al-Mu`allim
Guru, teacher, mu`allim, cikgu, adalah antara gelaran yang diberikan kepada seseorang yang menjalankan tugas mengajar dan mendidik. Satu profession yang diberi penghargaan khas oleh Junjungan Nabi s.a.w. sehingga baginda sendiri mengaku bahawa baginda diutuskan sebagai seorang mu`allim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi, Imam ath-Thabrani dan ath-Thoyaalisi bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:
انما بعثت معلما
Bahawasanya aku diutuskan sebagai seorang mu`allim
Junjungan Nabi s.a.w. telah menunjukkan satu pengiktirafan yang besar kepada seseorang yang mahu mengajar sehingga dalam peperangan Badar al-Kubra, tawanan-tawanan musyrikin diberi peluang untuk menebus diri mereka dengan mengajar 10 anak-anak kaum muslimin untuk menulis dan membaca. Justru, kita sewajarnya memberikan pengiktirafan kepada para guru yang benar-benar menjalankan tanggungjawab mengajar dan mendidik murid-murid mereka supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair. Sungguh mereka menjalankan tugas yang sangat mulia. Segala ilmu yang benar mereka taburkan tidak akan dipersia-siakan Allah, bahkan dianggap sebagai amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun si guru telah tiada lagi di dunia. Sebenarnya, kita semua tidak terlepas daripada tugas mengajar dan mendidik, setidak-tidaknya kepada ahli keluarga dan rakan taulan kita. Tugas mengajar ilmu yang bermanfaat pasti mendatangkan ganjaran yang besar daripada Allah. Ianya juga dianggap sebagai satu sedekah, bahkan seafdhal-afdhal sedekah, sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w.:
Kepada semua guru-guru kuucapkan Selamat Hari Guru. Mudah-mudahan kamu dapat menjalankan tugas kamu dengan sebaiknya dan penuh kesabaran, almaklumlah murid-murid tu macam-macam perangai dan pe`elnya. Kepada yang bertugas jauh di pendalaman, moga lebih tabah lagi. Ingatlah bahawa segala jerih payah tersebut akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah yang Maha Pemurah.

أفضل الصدقة ان يتعلم المراء المسلم علما ثم يعلمه اخاه المسلم
Seafdhal-afdhal sedekah itu bahawa seorang muslim itu belajar akan suatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudaranya yang Islam
Kepada semua guru-guru kuucapkan Selamat Hari Guru. Mudah-mudahan kamu dapat menjalankan tugas kamu dengan sebaiknya dan penuh kesabaran, almaklumlah murid-murid tu macam-macam perangai dan pe`elnya. Kepada yang bertugas jauh di pendalaman, moga lebih tabah lagi. Ingatlah bahawa segala jerih payah tersebut akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah yang Maha Pemurah.
A tribute to the Teacher of teachers
***************************************
*****************************************
اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على اله و صحبه اجمعين

2 ulasan:
selamat hari guru, kpd guru, mu'allim, murabbi, dan yg sejenama dgnnya
Teringat daku pada suatu kisah di mana berkata Iskandar Zulkarnain di mana menyebut beliau bahawa : Ayahku menurunku ke dunia tetapi guruku mengangkatku ke langit.
Apex2hal. Terima kasih para guru, Ustaz, mu'allim sempena hari Guru..!!(biarpun dah lepas tapi tak salah mendoakan kesejahteraan terhadap guru samada masih idup/meninggal)
Pelik gak geng-geng pak wahab ngan yg seumpama dengannya tak delah pulak kate menyambut ari guru ni satu bidaah yg masuk neraka.
Eh mungkin kerana mereka belajar secare self-studies or cut-copy-paste sematex2 or semue perasan guru. takpelah bersangke baik aje :)
Catat Ulasan