Entri ke-414
Ini entri aku yang ke-414, pejam celik pejam celik dah 414 entri dipostkan dalam blog yang dhoif ini. Allahu ... Allah, entah apakah nilaiannya di sisi Allah? Harap ikhwah doakan agar kebajikan hendaknya. Ingat satu hari di mana, segala anggota kita akan dipanggil menjadi saksi sama ada atas kita atau bagi kita di hadapan Qadhi Rabbul Jalil. Kita menulis, hafazah juga menulis, harap biarlah apa yang kita tulis ditulis sebagai kebajikan oleh hafazah. Biarlah apa yang kita tulis selari dengan ajaran Junjungan Nabi yang ummi s.a.w. yang disampaikan kepada kita oleh para pewaris baginda yang terdiri daripada kalangan para ulama yang 'amilin. Ingatlah wahai ikhwah, akan bahr Syaikh Dzun Nun al-Mishri, moga jari- jemari kita tidak mengetik melainkan kebajikan dan nur hidayah petunjuk kepada mencintai Allah s.w.t., mencintai Rasulullah s.a.w., mencintai para salaf dan khalaf serta agama yang mulia ini.
Moga ketergelinciran kita dalam menulis diampuni Allah dan dihapuskanNya tulisan tersebut agar terhenti dosa yang terhasil darinya. Bertaubatlah kita dari segala kesalahan kita, ucapkanlah banyak-banyak istighfar sebagai sarana memohon pengampunan Allah s.w.t., sungguh Allah adalah at-Tawwab yang Maha Penerima Taubat. Berbahagialah sesiapa yang sentiasa bertaubat dan lidahnya sentiasa basah mengucap istighfar sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w.:-
Tiada akhir bagi si penulis melainkan punah dengan kematian
Tinggal berzaman apa yang telah ditulis oleh tangannya
Maka jangan kau tulis dengan tanganmu, selain apa
Yang akan menyukakanmu di hari kiamat tika kau melihatnya
Tinggal berzaman apa yang telah ditulis oleh tangannya
Maka jangan kau tulis dengan tanganmu, selain apa
Yang akan menyukakanmu di hari kiamat tika kau melihatnya
Moga ketergelinciran kita dalam menulis diampuni Allah dan dihapuskanNya tulisan tersebut agar terhenti dosa yang terhasil darinya. Bertaubatlah kita dari segala kesalahan kita, ucapkanlah banyak-banyak istighfar sebagai sarana memohon pengampunan Allah s.w.t., sungguh Allah adalah at-Tawwab yang Maha Penerima Taubat. Berbahagialah sesiapa yang sentiasa bertaubat dan lidahnya sentiasa basah mengucap istighfar sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w.:-
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفاراً كثيراً
Berbahagialah sesiapa yang mendapati sahifah amalannya dipenuhi dengan istighfar yang banyak.
استغفر الله رب البرايا * استغفر الله من الخطايا
*************************
*************************
3 ulasan:
Assalamu`alaikum.
Eh Sidi, yang mana satu ni? Kejap kata 501, kejap 414? Hehe..
Apahal pun hamba ingin buat pengakuan bahawa kerana Sidilah (atau lebih tepat, kerana terjumpa blog inilah, dan saya pun dah lupa bagaimana saya terserempak dengannya) saya berjaya "melarikan" diri daripada aqidah Syi`ah dan Wahhabi.
Ya, saya sebetulnya nak lari daripada aqidah Syi`ah, eh secara tak sengaja terjerumus ke lembah Wahhabi lah pulak. Tapi macam saya kata tadi, saya beruntung terjumpa blog Sidi. Baru saya tahu apakah aqidah yang saya dan majoriti umat Islam, baik di Malaysia maupun di dunia, dok pegang selama ini.
Terima kasih untuk artikel² Sidi. Dan saya doakan agar Sidi boleh terus berkarya di sini dan diberkahi di dunia dan akhirat, amiin.
Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah,
hehehe, maap le ambo rabun skit, tengok kat dashboard 500, rupe-rupenya itu semua entries termasuk yang belum ambo postkan, terlajak dah menulis, ambo biorkan saje, cuma letak yang dah dipostkan saje. Allahu ... Allah.
Moga kita ditetapkan Allah atas sabilil mukminin as-sawadul a'dzam.
Salam Sidi,
Betul kata convoy. Ana pun lupa bagaimana ana terserempak dengan blog sidi.
Dulu, org boleh memperdayakan kita. Org bilang zikir berjemaah, sufi, tahlil, mawlid itu bid'ah. Qur'an Sunnah kata dia, kita pun ikutlah. Dulu kita jahil (sekarang pun masih jahil lagi), maka kita angguklah.
Sekarang, dengan adanya blog mcm Bahrus Shofa yang diberkati (amin!), kita tahu bahawa sebenarnya kita tidak sendirian.
Bukan kita sahaja yg bertauhidkan akidah sifat 20, bermazhab, bersedekah pahala dan bermawlid. Tetapi merekalah yg sendirian.
Sidi Abu Muhammad, moga2 dirimu dipanjangkan umur dlm kebajikan dan keberkatan, agar bermanfaat buat umat. Amin
Catat Ulasan