Isnin, Januari 21, 2013

Kenapa halang kami ? - Syaikh Mutawalli


Bagi sesiapa yang tidak suka melihat kaum muslimin menyambut kelahiran pembawa cahaya hidayah, Junjungan Nabi SAW, maka renungi kata - kata  seorang alim besar, Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi rahimahullah yang beliau utarakan dalam "Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah" halaman 295 yang bermaksud:- 
 “Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.”
Maka, jika pun kita tidak suka akan sambutan mawlidnya baginda SAW, maka apa pula hak kita untuk menghalang orang lain untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Janganlah terpedaya dengan fatwa otai kat Saudi yang jelas "double standard". Menyambut mawlid difatwakannya sebagai perbuatan syirik yang tiada asas dalam agama tetapi menyambut hari kebangsaan Saudi boleh pulak bahkan dianjurkan agar dijadikan sebagai hari kesyukuran. Apa besar sangatkah nikmat hari kebangsaan deme tu berbandingkan hari kelahirannya Penghulu sekalian alam yang membawa panji-panji hidayah ? Poning .... poooniiinnggggggg....

Tiada ulasan: