Gembong Syiah Bangil
Kita selalu disajikan dengan semua yang indah-indah mengenai keluarga Ba `Alawi sehingga ada yang leka dengannya dan lupa bahawa keturunan Ba `Alawi juga insan yang tidak maksum. Kita tidak menafikan ramai daripada kalangan keluarga yang mulia ini adalah ulama dan awliya` yang sentiasa berada atas jalan kebenaran. Namun di samping itu, ada juga sisi gelap keluarga yang mulia ini yang perlu kita sedari agar jangan mudah terpedaya dengan orang - orang yang suka menjaja nama keluarga mulia ini untuk tujuan tertentu dan kepentingan pribadi, bahkan ada yang tujuannya adalah untuk menjerumuskan kita dalam kesesatan dan kefanatikan.
Kita selaku pengikut Ahlus Sunnah wal Jama`ah sentiasa mencintai dan menyanjungi keluarga yang mulia ini selagimana mereka menuruti jejak langkah para leluhur mereka terdahulu. Namun, jika ada di antara mereka yang melakukan penyimpangan dari jalan kebenaran, maka janganlah kita ikut sama, hanya kerana bersamdarkan kepada kemuliaan keturunan mereka sahaja. Semulia mana pun sesuatu keluarga itu, tetap sahaja tiada jaminan yang mereka adalah maksum. Ini pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Oleh itu berhati-hatilah, jangan hanya kerana mereka menonjolkan imej sebagai keluarga Ba `Alawi, maka kita pun tunduk dan menyanjungi mereka sedangkan mereka sendiri sudah menyalahi jalan para leluhur mereka akibat termakan racun Syiah. Jangan hanya melihat kepada marga atau serban atau rida` sahaja, ingatlah bahawa pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah hendaklah sentiasa diutamakan berbanding yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan