Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi, Salafi Gadungan dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran.
Qashidah Li 'Asyratun sebagaimana yang tercatat dalam terjemahan Kiyai Haji Fathullah Harun rahimahullah bagi Ratib al-'Aththas yang berkat susunan wali quthub almarhum Habib 'Umar bin 'Abdur Rahman al-'Aththasyang dinamakan 'Aziizul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal. Sebenarnya Aziizul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal atau terjemahannya "sesuatu yang bernilai yang sukar untuk diperolehi dan kunci pembuka pintu penghubung kepada Allah" adalah antara nama bagi merujuk kepada Ratib al-'Aththas, nama - nama lain yang diberikan kepadanya oleh para ulama, antaranya:- (i) Hishnus Hashin (Benteng yang kukuh); (ii) al-Kibrit al-Ahmar (Belerang merah); (iii) Zubdatul Adzkar (Pati segala zikir): (iv) Maghnaathisul Asraar li man waadzaba 'alaihi bil laili wan nahaar (Magnet penarik segala asrar bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkannya pada malam dan siang); (v) at-Tiryaq al-Mujarrab (Penawar yang mujarrab); dan (vi) Manhalul Manaal wa Fathu Baabil Wishaal (Sumber untuk mencapai dan kunci bagi pintu penghubung kepada Allah). Memandangkan tujuan utama karangan KH Fathullah Harun tersebut adalah sebagai terjemahan kepada Ratib al-'Aththas, maka dinamakan ia dengan nama ratib tersebut sahaja. Terhimpun juga dalam buku tersebut beberapa amalan dan zikir lain termasuklah Qashidah Li 'Asyratun dan Hizbul Bahr bagi Syaikh Abul Hasan `Ali asy-Syadzili rahimahullah. Mudah - mudahan keberkatannya berkelanjutan sehingga ke akhir masa.
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Pesanan Mufti
Mufti Haji Said
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.
Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhidan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
2 ulasan:
Saya nak beli buku azizul manal ni boleh beli di mana ya?
Mungkin boleh dicari sekitar Wisma Yakin dekat Pustaka al-Hafiz umpamanya atau kedai - kedai sekitar Kampung Baru.
Catat Ulasan