Rabu, Jun 23, 2021

Azimat Thaun 2


Tuan Guru Haji Chik bin Ahmad @ Haji Chik Kodiang @ Haji Chik Kedah (1898 - 2002) rahimahullah adalah antara ulama kita yang banyak baktinya kepada umat. Di antara karya beliau adalah satu risalah berisikan beberapa faedah ayat - ayat, shalawat, doa, jampian, ubatan dan azimat Risalah ini beliau selesaikan karangannya pada 23 Ramadhan 1417H. Jika Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah menamakan kitab karangannya yang isi kandungannya adalah faedah - faedah ayat, amalan, doa, zikir, thalsam dan azimat, dengan nama Luqthatul 'Ajlan, maka Tuan Guru Haji Chik pula menamakan risalah beliau tersebut dengan nama "Luqthatul Aurad". Perlu diketahui bahawa Tuan Guru Haji Chik mempunyai sanad keilmuan daripada Syaikh Wan Ahmad al-Fathani melalui guru - guru beliau, antaranya yang tidak asing lagi, daripada Tok Kenali rahimahullah yang merupakan murid kesayangan Syaikh Wan Ahmad al-Fathani. Tuan Guru Haji Chik pun dalam risalah beliau tersebut ada menukilkan beberapa faedah dari kitab Luqthatul 'Ajlan karya Syaikh Wan Ahmad tersebut. 

Dalam risalah Luqthatul Aurad, Tuan Guru Haji Chik memuatkan satu amalan bagi menolak wabak dan bala. Kata beliau rahimahullah dalam risalahnya tersebut:- Amalan Menolak Wabak dan Bala. Bermula ini satu faedah dibaca atau ditulis buat azimat, pakai atau gantung pada binatang, lembu kerbau, supaya tiada kena penyakit hawar. Dan manusia, dibaca pagi petang dan buat azimat pakai supaya tiada kena hawar dan thaun dan penyakit cacar dan campak, iaitu: "Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Li khamsatun uthfi biha * Harral wabaa-il haathimah: Al-Musthafa wal Murthada * Wabnaahumaa wal Faathimah," kira akan dia tiga (3) kali......

Allahu ... Allah, Tuan Guru Haji Chik ini bukanlah pengikut mana - mana ajaran sesat. Beliau bukan pengikut Syiah dan bukan pula seorang dukun atau bomoh. Beliau adalah seorang tuan guru dan ulama yang tidak diragukan lagi ilmu dan amalannya. Maka, antara amalan yang diperturunkan oleh Tuan Guru Haji Chik Kodiang adalah membaca bait - bait Li khamsatun tersebut sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang. Dan boleh juga ditulis dan dijadikan azimat buat tabarrukan agar diberkati Allah dengan dipeliharakanNya dari segala bala bencana dan wabak penyakit. Ingat bahawa yang Maha Berkuasa lagi yang memberi bekas hanya Allah semata, amalan rohani seperti zikir, doa, azimat dan seumpamanya hanyalah sebagai sebab sebagaimana juga segala ubat dan vaksin apa jua jenisnya. Zaman ini manusia - manusia yang tergelincir akidahnya dek ubat dan vaksin, mungkin lebih ramai berbandingkan yang tergelincir dek tangkal azimat. Maka ambillah iktibar dan perkukuhkanlah iman berpaksikan akidah yang sebenar, al-Asyaa`irah dan al-Maturidiyyah, Ahlis Sunnah wal Jama`ah yang sebenar.




4 ulasan:

ebook anti wahabi berkata...

masya allah, bermanfaat

محمد بن جعفر berkata...

اسًلامُ علَيْكُمْ
Sejak setahun kebelakangan, tiap2 hari saya duk ceduk ilmu youtubeTuan Guru Ustaz Hj Ahmad Rohaini.
Adakan TG Hj Ahmad ni berguru dibawah jalur TG Hj Cik bin Ahmad?

Abu Muhammad berkata...

Maaf, hamba kurang periksa.

محمد بن جعفر berkata...

Hamba takut silap guru
Itu sebab tak pernah belajar khusus face to face - always in my mind this question what if guru yg hamba belajar tak betul!!!??
Tahun 90an hamba menimba ilmu secara sendiri melalui internet
Dengan tidak sedar banyaklah ke al banian dan ke wahabian yg didedahi hingga le ke tahun puluhan dimilenium 2000
Munculnya you tube hamba tertarik dgn majlis2 ilmu dpd indon khususnya ustaz basalamah dan ustaz adi hidayat
Hamba tak berapa minat dgn ustaz2 malaysia yg kalau tak berjenaka tak sah dan lebih kepada nak jawab semua walapun tak tahu
Hamba taklah daif nor bab ugama. Di besarkan d muar johor dlm tahun 50-60an, sempat besekolah ugama d sebelah petang
Tapi sebab 5-6 tahun usaha adulthood d uk, terapong lah ugama hingga sampai ke zaman parenthood pula

Semenjak tu macam2 penyelasan samaada betul ke tak betul ke, cuba d cari.....

Bulan ni bertemu dgn blog tuan hamba
Al hamdullillah banyak ilmu dan penjelasan d perolihi

Melalui youtube TG Ahmad Rozaini, dpd pengkalan hulu grik, perak, hamba sedang menimba ilmu aqidah - mengenali Allah serta sifat 20 dsb

Hamba tanyakan tuan hamba mengenai TG Hj Ahmad Rozaini, sebab hamba tak mau ter belajar di jalur yg bathil

Mohon maaf dan terima kasih kerana sudi membaca