'Asyura`
Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Qatadah al-Anshari r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura` dan baginda menjawabnya: "yukaffirus sanatal maadhiyah" (dapat mengkafarahkan dosa setahun yang lalu).
Disunnatkan juga berpuasa pada hari Tasu`a kerana Junjungan s.a.w. bercita-cita untuk mempuasai hari tersebut agar tidak menyerupai kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura`. Jadi eloklah kita berpuasa hari-hari tersebut, kalau nak makan bubur 'Asyura` tunggulah waktu berbuka. Jangan pula benda yang nyata sunnat kita tinggalkan.
Imam ath-Thabrani dan Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Sayyidina Abu Sa`id al-Khudri, Sayyidina Abu Hurairah, Sayyidina Jabir dan Sayyidina Ibnu Mas`ud r.'anhum bahawa Junjungan s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang memberi keluasan / kelapangan (yakni keluasan rezki) kepada keluarganya pada hari 'Asyura`, maka Allah akan meluaskan rezkinya sepanjang tahun tersebut." Berhubung hadis ini muhadditsin berbeza pendapat, ada yang mensabitkannya dan ada yang mendha`ifkan. Imam as-Sayuthi dalam "ad-Durarul-Muntatsirah" mensabitkan hadis ini sebagai sahih. Syaikh Zainuddin al-Malibari menulis dalam "Irsyadul 'Ibad ila Sabilir Rasyad" bahawa Imam Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Kami telah mengamalkan hadis ini selama 50 atau 60 tahun, dan benar-benar sedemikian (yakni terjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut, iaitu luas rezki sepanjang tahun).
2 ulasan:
alhamdulillah..
kiranya sohih laa hadith nie ek:
Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad " Berpuasalah di hari AsSura, jangan menyerupai Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya."
so, kene puasa esok dgn jumaat laa.. sib baik ada org ingatkan..
jazakallah
+ akhie +
Sebenar, kesahihan sesuatu hadis itu merupakan ijtihad muhadditsin. Dan muhadditsin juga berkhilaf dalam pensabitan sesuatu hadis. Oleh itu janganlah taksub sangat dengan menghukum-hukum sesuatu hadis. Imu hadis ni ilmu ulama, kita orang awam, baik serahkan urusan tersebut kepada ulama.
Insya-Allah, lain posting boleh cerita.
Begitulah, nampaknya disunnatkan kita menyalahi kaum Yahudi dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya. Junjungan Nabi s.a.w. dalam satu hadis menyatakan hasrat atau keinginan baginda untuk berpuasa pada 9 haribulan Muharram (hari Tasu`a), tetapi cita-cita atau keinginan baginda tidak terlaksana kerana Allah terlalu kasih kepada bagindan lalu menjemput baginda pulang ke hadratNya. Ini antara contoh yang diberikan ulama usul sebagai sunnah hammiyyah (yakni sunnat yang merupa keinginan yang dicita-citakan oleh Junjungan s.a.w.)
Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan
Catat Ulasan