Ahad, Februari 26, 2006

Fitnah Albani

Di antara fitnah Albani ialah dia telah merobek ijmak apabila dia mendhaifkan beberapa hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Sedangkan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah telah sepakat dalam ertikata telah ada ijmak ulama sejak kurun ke-7 hijrah bahawa sesahih-sahih selepas al-Quran ialah kitab al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah ijmak ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnus Sholah dalam kitabnya "Muqaddimah fi 'Ulumil Hadits".

Contohnya dalam "Dha`if al-Jami' wa Ziyadatuhu", Albani dalam komentarnya bagi hadis:-
  • Allah s.w.t. berfirman: "Ada 3 orang yang akan menjadi lawanKu pada hari kiamat:- (i) orang yang diberi amanat keranaKu kemudian dia khianat; (ii) orang yang menjual orang lain yang merdeka, lalu makan harga jualannya itu; dan (iii) orang yang mengupah pekerja yang melakukan kerja tersebut dengan sempurna, tetapi tidak diberi upahnya."

mengatakan bahawa: "Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bukhari daripada Abu Hurairah, dhaif".

Begitu juga, Albani telah mendhaifkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim daripada Sayyidina Abu Hurairah :-

  • Apabila salah seorang di antara kamu bangun malam, maka bukalah shalatnya dengan dua rakaat yang ringan."

Ini antara contoh kecerobohan Albani terhadap Shahih Bukhari dan Muslim. Maka tidak hairanlah jika Syaikh Abdullah Al-Ghimari seorang ahli hadis terkemuka Maghribi dalam karangannya berjodol "Juz fihi ar-Radd 'ala al-Albani" menyatakan bahawa al-Albani tidak dapat dipertanggungjawab dalam menetapkan nilai hadis, baik shahih atau dhaif. Dan dinyatakan bahawa Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani, ulama besar hadis yang digelar musnid dunya yang tinggal di Makkah mengatakan bahawa "al-Albani adalah seorang yang sesat dan menyesatkan."

Malangnya kita orang awam di Malaysia, hidup-hidup ditipu oleh mereka-mereka yang ilmunya sekadar mengaji karangan al-Albani untuk menyanjung al-Albani sebagai muhadditsin ulung zaman ini, bahkan ada yang tergamak menobatkan Albani sebagai mujaddid. Aku yakin kalau mereka kaji betul-betul kitab-kitab ulama lain, pasti mereka akan tahu tembelang Albani dan akan kenal siapa sebenarnya Albani al-Mubtadi'.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bahrus Shofa.
Saya ada soalan nak tanya. Tapi rasa kat sini tak berapa sesuai. Boleh mintak e-mail tak?

Tanpa Nama berkata...

Saudara Bahrus Shofa,
Apa tuan pernah baca satu kitab yang ditulis oleh Mohd Nasib ar-Rifai mengenai hiwarnya dengan rakannya alBani mengenai kesucian isteri-isteri Nabi saw? Kitab tersebut bertajuk Nawalul Muna kalau tidak silap. Kalau dapat boleh saudara paparkan ... katanya rakannya itu mufaraqah dari group alBani kerana keceluparannya itu. Wallahu a'lam bisshowab.

Abu Muhammad berkata...

Akhina Tawel boleh hantar kat abumuhammad123@yahoo.com

Akhina Nuruddin, ana belum baca lagi hiwar tersebut. Insya-Allah, kalau ana dapat di masa mendatang. Sebenarnya ramai lagi ulama yang pada mulanya pro Albani tetapi selepas mengetahui keadaan sebenarnya mufaraqah dengannya kalau tak silap antaranya ialah Dr. Mustafa Azhami.

Tanpa Nama berkata...

Terimaksih.
Semoga saudara terus membongkar fitnah alBani agar masyarakat dapat menilainya. Puak Wahabi sangat menyanjunginya. Muhaddithin, mujaddid dan entah apa-apa lagi. Namun hakikatnya ulama sezamannya menolak dan mengkritik alBani. Semoga pendedahan ini dapat membantu masyarakat yang jahil dengan kitab-kitab 'arab akan membuka mata mereka. Penyokong alBani simpan segala kritikan ulama sezaman terhadap alBani. Teruskan saudaraku!
Demi menegakkan yang haq. apabila datang yang haq maka lenyaplah yang bathil.