Ratib Haddad - Hb Abdullah
Di antara faedah - faedah dan rahsia Ratib al-Haddad:-
(1) al-Habib `Abdullah bin `Alawi al-Haddad telah mengatur ratibnya dan menganjurkan orang ramai di Hadhramaut membacanya di masa antara Maghrib dan `Isyak demi menentang seruan - seruan ulama sesat yang datang ke Hadhramaut dari luar negeri. Orang ramai pun mengamalkan bacaan Ratib al-Haddad itu. Dengan izin Allah ta`ala, seruan ulama sesat itu menjadi lemah dan akhirnya tidak berjaya. Oleh itu barangsiapa mengamalkan Ratib al-Haddad ini dengan betul dan ikhlas, in sya Allah, ia dilindungi Allah ta`ala dari segala bala` bencana dan kesusahan.(2) Segala zikir dan doa di dalam Ratib al-Haddad ini adalah sah dan betul dipetik daripada Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, kecuali bilangan kalinya. Tuan punya ratib ini menjadikan zikir (Astaghfirullah...) empat kali dan zikir (Ya Dzal Jalaali wal Ikram .....) tujuh kali dan zikir (La ilaha illa Allah) lima puluh kali dan zikir - zikir yang lain tiga - tiga kali. Kadar bilangan - bilangan ini adalah untuk meringankan pembacanya. Kerana zikir yang pendek dan kekal itu lebih afdhal daripada zikir yang panjang tetapi tidak kekal.
Mudah - mudahan dapat kita amalkan ratib yang berkat ini. Amalkanlah ikut kemampuan, ingat kaedah: "apa yang tidak dapat diambil semua, jangan ditinggal semua". Amalkan setiap hari atau seminggu sekali atau sebulan sekali, in sya Allah, ada manfaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan