Khamis, Disember 08, 2005

Fatwa Imam al-Haddad 3

Sambungan dari semalam lagi, kalam al-Habib dari kitab "Sabilul-Adzkar / Sabilul Iddikar":-

  • Dan yang paling bermanfaat untuk dihadiahkan kepada orang mati daripada al-Qur`an, walaupun keseluruhan al-Qur`an itu bermanfaat dan berkat, ialah sebelas (11) kali bacaan Suratul-Ikhlash yang agung. Hal ini telah diperlihatkan dalam banyak mimpi-mimpi yang berkat.
  • Maka sewajarnya bagi setiap orang untuk membacakan surah yang mulia tersebut menurut bilangan tadi, sama ada setiap malam atau setiap hari, ataupun lebih dari itu atau kurang, walaupun hanya pada malam Jumaat. Dan hadiahkanlah pahalanya kepada dua ibubapanya, guru-gurunya dan orang yang mempunyai hak atasnya.

Begitulah, ikhwah sekalian, semoga dapat diamalkan jangan sampai lupa. Siapa yang lupa akan dilupa, siapa yang ingat akan diingat.

Tiada ulasan: