Rasyid Ridha - Komen Mufti Brunei 1
Syaikh Rasyid Ridha, tokoh "reformis" yang dikagumi setengah pihak sehingga diagungkan melebihi ulama lain. Sebahagian lagi tidak bersetuju dengan pandangannya, oleh itu dia yang merupakan murid Muhammad Abduh adalah seorang tokoh kontroversial sebagaimana juga gurunya tersebut. Oleh itu, kalau ada yang mati-mati sokong Rasyid Ridha, gasak dialah tapi jangan pula paksa orang lain terima.
- Adapun asy-Syaikh Rasyid Ridha al-Qalamuni itu kata setengah ulama seperti al-'Allamah al-Kawtsari bahawa dia tiada mempunyai guru yang menunjukkan dia pada mengaji kitab-kitab, hanya ia membaca kitab-kitab dengan sendiri dengan menggunakan akal berlebih-lebihan.
Syaikh Rasyid Ridha mempunyai pendapat-pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah termasuklah dalam bab 'aqidah seperti masalah Dajjal dan "nuzul"nya Nabi Isa a.s. di akhir zaman. Inilah antara komen Pehin Mufti terhadap pendapat Syaikh Rasyid Ridha tersebut:-
- Tuan lihat kata "Tafsir al-Manar" yang dikarang oleh Rasyid Ridha al-Qalamuni itu muka 316 - 317, juzuk 3, bahawa al-Ustaz al-Imam (asy-Syaikh Muhammad Abduh) manakala ia ditanya berkenaan dengan al-Masih ad-Dajjal dan Nabi Isa a.s. membunuh akannya, jawab (asy-Syaikh Abduh) dengan kata bahawa "Dajjal itu suatu isyarat kepada perkara-perkara yang karut dan bohong dan perkara-perkara yang buruk yang akan hilang dengan menerangkan hukum syari`at dengan sebetul-betulnya, dan mencari rahsia-rahsianya dan hikmah-hikmahnya. Dan al-Quran sebesar-besar petunjuk kepada hikmah-hikmah itu dan rahsia-rahsia itu. Dan sunnah Rasul s.a.w. menerangkan yang demikian itu, maka tiadalah berhajat manusia pada ishlah selain dari rujuk kepada keduanya." (Ini takwil fasid daripadanya bererti tiada ada Dajjal dari jenis manusia dan tiada Nabi Isa turun dari langit membunuh Dajjal.
Rupa-rupanya Syaikh Abduh dan Rasyid Ridha antara orang yang menafikan munculnya Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s. di akhir zaman nanti. Insya-Allah, nanti kutulis lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan