Fatwa Imam al-Haddad 2
- Diberitakan kepada kami, bahawa ada orang bermimpikan seseorang yang telah mati, lalu dia bertanya kepada orang mati tersebut berhubung hal ehwalnya di dalam kubur. Maka dijawab oleh si mati itu: "Aku telah disambut oleh Malaikat yang membawa satu cokmar dari api untuk membakar mukaku, maka telah mengucap salah seorang yang masih hidup: "Moga-moga Allah merahmati si polan (yakni orang mati tadi), lalu api tersebut pun padam."
- Dan antara sebesar-besar hadiah yang berkat dan banyak manfaatnya kepada orang mati ialah pembacaan al-Quran al-'Adzhim dan dihadiahkan pahalannya kepada mereka. Amalan ini telah dilakukan oleh kaum muslimin sepanjang masa di berbagai tempat. Amalan ini diakui oleh jumhur ulama dan orang-orang sholeh dari kalangan salaf dan khalaf. Terdapat juga berbagai hadis yang menerangkan tentang amalan ini, tetapi hadis-hadis tersebut dhaif, sebagaimana dikatakan oleh al-Hafiz as-Sayuthi rhm. Akan tetapi hadis-hadis dhaif boleh diamalkan dalam perkara-perkara "fadhoilul-a'maal" dan semua yang dikatakan di atas tadi termasuk dalam perkara fadhoilul-a'maal.
Ikhwah sekalian, Imam al-Haddad tidak menentang pembacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang-orang mati. Bahkan dijelaskan bahawa pendapat yang membolehkan amalan sebegini merupakan pendapat jumhur ulama. Sekarang kaum muda @ kaum mudah @ wahhabi-salafi @ silapi, mempertikaikan amalan sebegini sebagai bid`ah dan sesat. Yang paling sedih, nama Imam kita asy-Syafi`i dijual sebagai kononnya telah berfatwa bahawa bacaan al-Qur`an tidak sampai kepada orang mati. Kita kena tahu bahawa dalam ilmu tafsir, ilmu hadis sebab-sebab sesuatu ayat atau hadis difirman atau disabda adalah penting, contohnya dalam ilmu tafsir ada ilmu asbabun-nuzul. Oleh itu, seseorang harus memahami konteks mana fatwa tidak sampai pahala bacaan yang dimaksudkan oleh Imam asy-Syafi`i. Maka rajin-rajinlah mentelaah dan berguru dengan para ulama yang menerima ilmu secara bersanad untuk memahami hal ini. Jangan lupa Imam asy-Syafi`i berfatwa menghukumkan sunnat membaca al-Qur`an di kubur. Oleh itu, jangan terkeliru dengan dakyah kaum mudah tersebut. Oleh itu fatwa yang mengatakan tidak sampai itu bukanlah mutlak, tetapi ada ihtimalnya. Fahamilah dengan sebaik mungkin agar kita selamat dari fitnah Wahhabiyyah.
....... bersambung ...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan