Isnin, Disember 13, 2021
Jumaat, Disember 03, 2021
Madad Ya RasulAllah - Sidi Bajuri
.....Dan demikian pula, sebahagian ibarat kitab hasyiah ini telah aku tulis di al-Haram al-Madani (Masjid Nabawi) di sisi mimbar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dan semoga Allah merezekikan kami untuk kembali menziarahinya. Dan aku berkata di sisi baginda dan di hadapan baginda: "Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam, Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam, Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam." Dan aku juga berkata: "Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, ........
Tiada kesalahan dalam meminta pertolongan (madad) daripada para nabi, wali dan orang - orang shalih. Meminta pertolongan daripada para nabi, wali dan shalihin, samada yang masih hidup maupun yang sudah wafat adalah sebahagian perkara yang disyariatkan, yang telah menjadi amalan kaum Muslimin. - Dr. Shauqi 'Allam, Mufti Mesir.
Jumaat, November 26, 2021
"Painkiller" - Hadiah Khadhir
"Dunia ini adalah tempat pembuangan sampah kotoran dan tempat perhimpunan anjing - anjing. Dan yang lebih rendah daripada anjing adalah orang yang bergantung dengannya serta saling berkelahi sesamanya untuk merebut dunia. Sesungguhnya anjing hanya mengambil dari dunia ini sekadar keperluannya dan berpaling dari selebihnya, sedangkan orang yang kasih akan dunia tidak meninggalkan satu apa pun daripadanya, bahkan ketika keinginan dunianya sudah pun tercapai, masih sahaja dia mencari - cari lagi tambahannya (yakni tak kenal puas)."
Aku telah diajar oleh Nabi al-Khadhir `alaihis salam satu ruqyah (jampi) bagi mengubati penyakit. Baginda bersabda: "Apabila engkau ditimpa kesakitan, letakkan tanganmu di atas tempat yang sakit tersebut dan bacalah: " Dan Kami turunkan (al-Quran) itu dengan sebenar - benarnya dan al-Quran itu telah turun dengan (membawa) kebenaran." (Surah al-Isra`: 105). Maka tidaklah aku membacanya atas sesuatu kesakitan, melainkan dihilangkannya ketika itu juga.
Rabu, November 24, 2021
Ustaz H Abubakar Ya'qub
Isnin, November 22, 2021
Dzikrul Jalaalah 2
Selasa, November 16, 2021
50 Kali / Kali 50 Shalawat
Selasa, November 09, 2021
Hidayatus Salikin - Ustaz Fahmi
Hai saudara yang menuntuti makrifah * Dan kelebihan yang tinggi di akhirat;
Tuntut olehmu kan ilmu tasawwuf kerna * Ilmunya boleh mengangkat darjat;
Sekalian ilmu lain itu jasad * Ia nyawanya yang berikan manfaat;
Serta akan ilmunya kamu itu amal * Maka jikalau tiada rugi amat;
Baca kamu akan Hidayatus Salikin * Yang melepas akan kamu dari sesat;
Kitab amat banyak padanya faedah * Serta ibaratkan nyata lagi dekat;
Ya Rabbana, bagi muallifnya beri * Rahmat bagi kami berikan berkat.
Maka ramailah daripada tuan - tuan guru kita rahimahumullahu ta`ala jami`an menjadikan kitab ini sebagai kitab wirid mereka, yakni selepas dibaca dan diajar, maka diulang lagi sehingga lumat. Sempena memperingati pemergian Tuan Guru Syaikh Abu Ali al-Banjari Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah, maka antara khidmat dan jasa besar almarhum Syaikh Abu Ali al-Banjari Ahmad Fahmi Zamzam adalah memberikan nafas baru kepada kitab klasik ini, sehingga menjadikannya mudah untuk dibaca dan dikaji oleh generasi baru. Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah kerap kali menghimbau agar masyarakat mengaji kitab ini dan mengamalkan isi kandungannya. Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak sedikit orang yang mengaji dan mengamalkan isi kitab Hidayatus Salikin, menjadi orang shalih bahkan menjadi wali Allah. Mudah - mudahan Allah memberikan setinggi - tinggi ganjaran balasan berupa rahmat berkekalan ke atas beliau dan menempatkan beliau bersama dengan kekasihNya, Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam..... al-Fatihah.
Klip almarhum Ustaz Fahmi semoga rahmat Allah berkekalan atasnya, berkat Syaikh Samman, berkat Syaikh Arsyad, berkat Syaikh Shamad, dengan jah Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam.



























