Qasidah Syaikh al-Maami
Di hari Jumaat yang mulia ini, mari kita bermunajat kepada Allah, Tuhan yang Maha Hidup dan menjadi sumber bagi segala kehidupan, Tuhan yang menjadi tumpuan dan sandaran segala makhluk, Tuhan yang Maha Abadi kekal selama - lamanya, Dialah Tuhan yang memiliki segala rahmat perlindungan dan pemeliharaan yang hakiki. Mari kita bermunajat dan bertabaruk dengan qasidah yang disusun oleh seorang ulama Mauritania, wali Allah yang alim lagi `allaamah, Syaikh Abu `Abdullah Muhammad al-Maami bin al-Bukhari bin Habibullah bin Barakallah Fih.
Syaikh Muhammad al-Maami adalah salah seorang ulama Shinqith/Mauritania yang hidup dalam abad ke-13H. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1202/1206H dan tutup usia dalam tahun 1282/1286H rahimahullah. Syaikh Muhammad al-Maami adalah ulama yang mendokong akidah Ahlis Sunnah wal Jama`ah, beliau bermazhab Asy`ari dalam akidah, bermazhab Maliki dalam fiqh dan mengamalkan Thariqah al-Qadiriyyah. Beliau banyak menulis dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan karya - karya beliau ada yang telah dicetak dan ada yang masih berbentuk manuskrip. Di antara keistimewaan Syaikh al-Maami adalah banyak karya - karya beliau tersebut ditulis dalam bentuk nazam, tidak hanya terbatas kepada nazam syair pujian - pujian kepada Allah ta`ala dan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, juga meliputi berbagai bidang ilmu termasuklah fiqh dan qawaidnya. Di antara karangan beliau yang masyhur adalah nazam bagi kitab fiqh Maliki, Mukhtashar Khalil, ditulis dalam anggaran 10,000 bait. Selain ilmu - ilmu agama dan alat, beliau turut menguasai ilmu - ilmu seperti hisab dan geografi serta meninggalkan karya - karya tulis dalam bidang tersebut. Mudah - mudahan Allah merahmati beliau sentiasa dan mengalirkan keberkatannya kepada kita sekalian....Allahumma ....aamiin. Berikut adalah nazam yang digubah oleh Syaikh Muhammad al-Maami berisikan munajat memohon perlindungan Allah daripada segala bala bencana dan wabak penyakit.
Nazam Syaikh Muhammad al-Maami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan