Hidayatus Salikin - Ustaz Fahmi
Hai saudara yang menuntuti makrifah * Dan kelebihan yang tinggi di akhirat;
Tuntut olehmu kan ilmu tasawwuf kerna * Ilmunya boleh mengangkat darjat;
Sekalian ilmu lain itu jasad * Ia nyawanya yang berikan manfaat;
Serta akan ilmunya kamu itu amal * Maka jikalau tiada rugi amat;
Baca kamu akan Hidayatus Salikin * Yang melepas akan kamu dari sesat;
Kitab amat banyak padanya faedah * Serta ibaratkan nyata lagi dekat;
Ya Rabbana, bagi muallifnya beri * Rahmat bagi kami berikan berkat.
Maka ramailah daripada tuan - tuan guru kita rahimahumullahu ta`ala jami`an menjadikan kitab ini sebagai kitab wirid mereka, yakni selepas dibaca dan diajar, maka diulang lagi sehingga lumat. Sempena memperingati pemergian Tuan Guru Syaikh Abu Ali al-Banjari Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah, maka antara khidmat dan jasa besar almarhum Syaikh Abu Ali al-Banjari Ahmad Fahmi Zamzam adalah memberikan nafas baru kepada kitab klasik ini, sehingga menjadikannya mudah untuk dibaca dan dikaji oleh generasi baru. Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah kerap kali menghimbau agar masyarakat mengaji kitab ini dan mengamalkan isi kandungannya. Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak sedikit orang yang mengaji dan mengamalkan isi kitab Hidayatus Salikin, menjadi orang shalih bahkan menjadi wali Allah. Mudah - mudahan Allah memberikan setinggi - tinggi ganjaran balasan berupa rahmat berkekalan ke atas beliau dan menempatkan beliau bersama dengan kekasihNya, Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam..... al-Fatihah.
Klip almarhum Ustaz Fahmi semoga rahmat Allah berkekalan atasnya, berkat Syaikh Samman, berkat Syaikh Arsyad, berkat Syaikh Shamad, dengan jah Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam.
2 ulasan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan Wahdatul Wujud. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Bersetuju dengan Fatwa rasmi Negeri Johor yang telah diputuskan pada tahun 1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti berikut: ” Mengikut pendapat ijma ulama’ fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal “
Kitab Kasyf al-Asrar, al-Dar an-Nafis, Hidayah as-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di masjid-masjid dan di suaru-surau.
Fatwa Negeri Berkaitan:
Bil Tajuk Negeri Penwartaan Tarikh Keputusan
1 Fahaman Wahdatul Wujud Kedah Diwartakan 29 Jul, 2000
2 Fatwa Tentang Fahaman Wahdatul Wujud Selangor Diwartakan 20 Jul, 2000
Sila tuan rujuk kepada fatwa asal 1948. Yg difokuskan adalah kepada ajaran wihdatul wujud, kalau tak salah ingatan Mufti Johor sendiri mengaku tak pernah baca Durrun Nafis dan beliau kata kitab Durrun Nafis ada dicetak di tepi Hidayatus Salikin. Dia tak kata Hidayatus Salikin kitab sesat ajaran Wihdatul Wujud. Dia cuma cakap kitab durrun nafis dicetak di pinggir Hidayatus Salikin itu saja. Pihak yang selepasnya tangkap muat dengan men"sesat"kan sekali Hidayatus Salikin. Silalah tuan buat rujukan semula. Perhamba pun lupa lupa ingat akan fatwa 1948 yang pernah dibaca suatu ketika dahulu.
Tambahan pula jika ditelusuri kitab Hidayatus Salikin, celah mana wihdatul wujud dan martabat tujuhnya? SIla tuan berlaku adil dan bacalah dulu kitab Hidayatus Salikin yang sudah banyak dicetak bahkan dalam tulisan rumi.
Catat Ulasan