Marhaban Ya Ramadhan
Insya-Allah, bulan Ramadhan menjelang tiba. Menurut taqwim Kiyai Agung jatuhnya pada Selasa 4 Oktober, sama dengan taqwim Raja Haron bin Raja Mohammad Salleh. Almanak kerajaan pula jatuhnya 5 Oktober dan dengar khabar katanya anak bulan insya-Allah tak nampak, jadi puasa tahun ni jatuh 5 Oktober, insya-Allah. Apa pun, kita orang awam ikut kata pemerintahlah, puasa kata dia, puasalah. Kalau ikut ahli falak macam mana ? Khilaf dalam mazhab, mu'tamad kata tak boleh ikut, kena rukyah dan hisab, ini pendapat Imam an-Nawawi dan diikuti ulama lain antaranya Imam Ibnu Hajar. Tapi kata Imam Ramli, boleh mula puasa guna falak, bagi ahli falak tersebut dan mereka - mereka yang mempercayainya. Allahu a'laam.
- Kiyai Agung puasa ikut falak, kerana tak nak miss satu haripun dalam bulan Ramadhan, tak ada pula ulama di zamannya yang berani membantah secara terang-terangan mungkin kerana mereka tahu ada khilaf, bila ada khilaf tok sahlah nak berbalah sampai bid`ah-membid`ah, kafir mengkafir. Kalau ada yang membantah pun, tak berani secara terang-terangan kerana mereka tahu darjat kedudukan serta ilmu Kiyai Agung yang telah belajar di merata tempat, bahkan belajar di Makkah dan Timur Tengah selama 12 tahun. Meraka tahu yang Kiyai Agung ni murid Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, murid Imam Nawawi Banten, murid Imam az-Zawawi dan lain-lain lagi ulama besar. Jadi yang membantah mengadu dengan Setiausaha Tanah Jajahan British kerana Singapura zaman tu bawah takluk omputih. Omputih tu namanya Tuan Farrer, jadi omputih ni pun bawak Kiyai Agung ke laut, campak batu dan mintak Kiayai Agung kira bila batu tersebut sampai ke dasar laut dan berapa dalam air laut di situ. Kiyai Agung pun kira, dan ternyata kiraan Kiyai Agung tepat, omputih tu bawak lagi ke beberapa tempat, campak batu dan suruh kira bila sampai dan berapa dalam, semuanya Kiyai Agung jawab dengan tepat. Akhirnya surrender omputih tu dan dia kata sama Kiyai Agung : " Saya rasa Tuan Haji boleh dapat tahu awal bulan puasa dengan betul. Cuma saya harap jika Tuan Haji dan murid-murid Tuan Haji berhari raya lebih dahulu daripada orang ramai, janganlah nampak-nampakkan hal itu kepada mereka."
1 ulasan:
Assalamua'laikum
Saya dapat merasakan bahawa saudara memiliki kitab tulisan Saiyidi Syeikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi yang dirahmati Allah.
Bolehkah saya mendapat naskah-naskah kitab Embah Agung sebagai koleksi peribadi ?
Daripada :
Muhammad Bin Yaakob
012-7410048
Tampin
Catat Ulasan