Khamis, April 30, 2009

Jamuan Makan Tahlilan

Jamuan Makanan dalam Acara Tahlilan

Dalam setiap acara tahlilan, tuan rumah memberikan makanan kepada orang-orang yang mengikuti tahlilan. Selain sebagai sedekah yang pahalanya diberikan kepada orang yang telah meninggal dunia, motivasi tuan rumah adalah sebagai penghormatan kepada para tamu yang turut mendoakan keluarga yang meninggal dunia.

Dilihat dari sisi sedekah, bahwa dalam bentuk apapun sedekah merupakan sesuatu yang sangat dianjurkan. Memberikan makanan kepada orang lain dalah perbuatan yang sangat terpuji. Sabda Nabi Muhammad SAW:

عَنْ عَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ قَالَ أَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ مَا الإسْلَامُ قَالَ طِيْبُ الْكَلَامِ وَإطْعَامُ الطَّعَامِ. رواه أحمد
Dari Amr bin Abasah, ia berkata, saya mendatangi Rasulullah SAW kemudian saya bertanya, “Wahai Rasul, apakah Islam itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Bertutur kata yang baik dan menyuguhkan makanan.” (HR Ahmad)
Kaitannya dengan sedekah untuk mayit, pada masa Rasulullah SAW, jangankan makanan, kebun pun (harta yang sangat berharga) disedekahkan dan pahalanya diberikan kepada si mayit. Dalam sebuah hadits shahih disebutkan:

عَنْ بْنِ عَبَّاسٍ أنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّ أمِّي تُوُفِّيَتْ أَفَيَنْفَعُهَا إنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ قَالَ فَإنَّ لِيْ مَخْزَفًا فَُأشْهِدُكَ أَنِّي قَدْ تَصَدَّقْتُ بَهَ عَنْهَا. رواه الترمذي

Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya ada seorang laki-laki bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, apakah ada manfaatnya jika aku bersedekah untuknya?" Rasulullah menjawab, "Ya”. Laki-laki itu berkata, “Aku memiliki sebidang kebun, maka aku mempersaksikan kepadamu bahwa aku akan menyedekahkan kebun tersebut atas nama ibuku.” (HR Tirimidzi)
Ibnu Qayyim al-Jawziyah dengan tegas mengatakan bahwa sebaik-baik amal yang dihadiahkan kepada mayit adalah memerdekakan budak, sedekah, istigfar, doa dan haji. Adapun pahala membaca Al-Qur'an secara sukarela dan pahalanya diberikan kepada mayit, juga akan sampai kepada mayit tersebut sebagaimana pahala puasa dan haji. (Ibnul Qayyim, ar-Ruh, hal 142).

Jika kemudian perbuatan tersebut dikaitkan dengan usaha untuk memberikan penghormatan kepada para tamu, maka itu merupakan perbuatan yang dianjurkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَالْيُكْرِمْ جَارَهُ وَ مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أوْ لِيَصْمُتْ. رواه مسلم

Dari Abi Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, maka hormatilah tamunya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhir, hendaklah ia berkata dengan kebaikan atau (jika tidak bisa), diam.” (HR Muslim).
Seorang tamu yang keperluannya hanya urusan bisnis atau sekedar ngobrol dan main catur harus diterima dan dijamu dengan baik, apalagi tamu yang datang untuk mendoakan keluarga kita di akhirat, sudah seharusnya lebih dihormati dan diperhatikan.

Hanya saja, kemampuan ekonomi tetap harus tetap menjadi pertimbangan utama. Tidak boleh memaksakan diri untuk memberikan jamuan dalam acara tahlilan, apalagi sampai berhutang ke sana ke mari atau sampai mengambil harta anak yatim dan ahli waris yang lain. Hal tersebut jelas tidak dibenarkan. Dalam kondisi seperti ini, sebaiknya perjamuan itu diadakan ala kadarnya.

Lain halnya jika memiliki kemampuan ekonomi yang sangat memungkinkan. Selama tidak israf (berlebih-lebihan dan menghamburkan harta) atau sekedar menjaga gengsi, suguhan istimewa yang dihidangkan, dapat diperkenankan sebagai suatu bentuk penghormatan serta kecintaan kepada keluarga yang telah meninggal dunia.

Dan yang tak kalah pentingnya masyarakat yang melakukan tahlilan hendaknya menata niat di dalam hati bahwa apa yang dilakukan itu semata-mata karena Allah SWT. Dan jika ada bagian dari upacara tahlil itu yang menyimpang dari ketentuan syara' maka tugas para ulama untuk meluruskannya dengan penuh bijaksana.


KH Muhyiddin Abdusshomad
Pengasuh Pondok Pesantren Nurul Islam, Ketua PCNU Jember

Rabu, April 29, 2009

Talqin - Ibnu Taimiyyah

Talqin laie nampaknya ari ni. Sajo ese nak nambah tulisan mengenainya, bior kita yang beramal dengannya tahu mano punca mano asalnya amalan tersebut. Nun di sebolah itu ese bubuh gambo Syaikh Afeefuddin al-Jilani tongah membaco talqin. Sungguh bukan orang Melayu jo yang bertalqin, ese pun masih ingat, Raja Husein Jordan meninggal pun dibacakan talqin versi ringkas tapi cam biaso diserukan jugak namanya dan diajari. Ari ni ese nak nulih sikit berkaitan fatwanya Ibnu Taimiyyah mengenai amalan membaca talqin. Ni korang jangan plak tuduh ese ni wahabi ko, pengkagum Ibnu Taimiyyah ko, dan dan dan sebagainya. Ese sajo jo bawak kalam tokoh yang dikagumi oleh kaum mudah yang ado kek Mesia ni, biar kaum mudah ni rileks sikit ngan majoriti umat Islam yang beramal dengan amalan talqin. Maka tersebutlah dalam fatwanya Ibnu Taimiyyah dalam Majmu` Fatawa jilid 24 halaman 297 akan kata-kata berikut:-
Telah ditanyai orang akan Ibnu Taimiyyah berkaitan hukum talqin bagi mayyit di kuburan setelah selesai dikebumikan. Adakah shohih hadits padanya daripada Nabi s.a.w. atau daripada sahabat baginda? Dan adakah apabila tiada sesuatu riwayat mengenai amalan tersebut, ianya boleh diamalkan atau tidak? Maka dia menjawab:

هذا التلقين المذكور قد نقل عن طائفة من الصحابة‏ أنهم أمروا به، كأبي أمامة الباهلي، وغيره‏.‏ وروي فيه حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم، لكنه مما لا يحكم بصحته، ولم يكن كثير من الصحابة يفعل ذلك، فلهذا قال الإمام أحمد وغيره من العلماء‏:‏ إن هذا التلقين لا بأس به، فرخصوا فيه، ولم يأمروا به‏.‏ واستحبه طائفة من أصحاب الشافعي، وأحمد، وكرهه طائفة من العلماء من أصحاب مالك، وغيرهم‏........ وقد ثبت أن المقبور يسأل، ويمتحن، وأنه يؤمر بالدعاء له‏.‏ فلهذا قيل‏:‏ إن التلقين ينفعه، فإن الميت يسمع النداء‏.‏ كما ثبت في الصحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال‏:‏ ‏(‏إنه ليسمع قرع نعالهم‏)‏، وأنه قال‏:‏ ‏(‏ما أنتم بأسمع لما أقول منهم‏)‏، وأنه أمرنا بالسلام على الموتي‏.‏ فقال‏:‏ ‏(‏ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا رد اللّه روحه حتى يرد عليه السلام‏)‏‏.‏ واللّه أعلم‏.‏

Adalah talqin yang tersebut, ianya telah dinukilkan daripada sekelompok sahabat di mana mereka menyuruh melakukannya, seperti Sayyidina Abu Umamah al-Bahili dan selainnya. Telah diriwayatkan padanya hadits daripada Nabi s.a.w. akan tetapi ianya tidaklah dihukumkan sebagai hadits yang shohih dan kebanyakan sahabat tidak melakukannya. Maka atas dasar inilah berkata Imam Ahmad dan ulama lainnya bahawa talqin itu adalah amalan yang tidak ada apa-apa kesalahan jika dilakukan (yakni ianya adalah perkara yang harus atau mubah untuk dilakukan menurut Imam Ahmad), maka mereka memberi kelonggaran pada amalan tersebut (yakni tidak bersikap keras menegahnya) dan tidaklah pula mereka menyuruhnya. Dan sekumpulan ulama mazhab Imam Syafi`i dan mazhab Imam Ahmad menghukum amalan talqin ini sebagai MUSTAHAB (disukai), manakala sekumpulan ulama daripada mazhab Imam Malik dan selain mereka menghukumkannya sebagai makruh. .............. Dan telah sabit bahawasanya ahli kubur itu ditanya dan diuji, dan bahawasanya disuruh kita mendoakan dia, oleh itu dikatakan orang bahawa talqin itu bermanfaat bagi mayyit kerana sesungguhnya mayyit itu mendengar dia akan seruan (percakapan) sebagaimana sabit dalam hadis yang shohih daripada Nabi s.a.w. di mana baginda bersabda: "Bahawasanya dia (yakni si mati) mendengar derapan kasut-kasut mereka (yakni orang - orang yang menghantarnya ke kubur)." Dan bahawasanya Nabi menyuruh kita untuk memberi salam kepada orang mati, di mana baginda bersabda: "Tidaklah seseorang yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya sewaktu di dunia dahulu, lalu dia mengucapkan salam kepada si mati tersebut melainkan Allah akan mengembalikan rohnya sehingga dia boleh membalas salam tersebut."
Ibnu Taimiyyah juga menyatakan bahawa:-

تلقينه بعد موته ليس واجباً بالإجماع‏.‏ ولا كان من عمل المسلمين المشهور بينهم على عهد النبي صلى الله عليه وسلم وخلفائه‏.‏ بل ذلك مأثور عن طائفة من الصحابة، كأبي أمامة، وواثلة بن الأسقع‏. فمن الأئمة من رخص فيه كالإمـام أحمد‏.‏ وقد استحبه طائفة من أصحابه، وأصحاب الشافعي‏.‏ ومن العلماء من يكرهه لاعتقاده أنه بدعة‏.‏ فالأقـوال فيه ثلاثة‏:‏ الاستحباب، والكراهة، والإباحة، وهذا أعدل الأقوال

Talqin bagi si mati setelah kematiannya bukanlah satu kewajipan menurut ijma`, dan bukanlah amalan yang masyhur dilakukan oleh kaum Muslimin pada zaman Nabi s.a.w. dan para khalifah baginda. Tetapi amalan talqin yang sedemikian itu adalah sesuatu yang ma`tsur daripada sekumpulan sahabat seperti Sayyidina Abu Umamah dan Sayyidina Waatsilah bin al-Asqa' (yakni satu amalan yang ma`tsur diamalkan oleh sebahagian sahabat). Maka daripada kalangan para imam ada yang memberi kelonggaran bagi amalan tersebut seperti Imam Ahmad. Sekumpulan ulama mazhab Imam Ahmad dan ulama mazhab Imam Syafi`i menghukumkannya sebagai mustahab, dan sebahagian ulama lain pula menghukumkannya sebagai makruh kerana mereka memandangnya sebagai bid`ah. Maka hukum talqin itu ada 3 pendapat ulama, iaitu:- (i) mustahab, (ii) makruh dan (iii) mubah, dan inilah pendapat paling sederhana antara segala pendapat tersebut (yakni pendapat yang mengharuskan itu dipandang oleh Ibnu Taimiyyah sebagai pendapat yang paling sederhana).
Begitulah pandangan tokoh pujaan Asri mengenai talqin. Apa yang jelas bahawa Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan bahawa terdapatnya khilaf mengenai amalan talqin ini. Ibnu Taimiyyah turut menyatakan bahawa walaupun tiada hadits shohih (menurut pandangannya) yang menyuruh bertalqin dan ianya tidak masyhur diamalkan oleh kebanyakan sahabat, tetapi tidak dinafikan bahawa ada sebahagian sahabat yang melakukannya dan menyuruhnya seperti Sayyidina Abu Umamah r.a. dan Sayyidina Waatsilah r.a. Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menegah para pengikut mazhab Syafi`i menjalankan upacara talqin kerana ianya dihukumkan mustahab / sunnat untuk dilakukan menurut mazhab ini. Bahkan sebahagian ulama daripada kalangan mazhab yang lain tersebut turut bersependapat untuk memustahabkan amalan talqin atau setidak-tidaknya memubahkannya. Oleh itu, hentikanlah usaha untuk mencegah para pengikut Syafi`i untuk terus bertalqin di atas kubur. Kepada saudara-saudara semazhab yang ada kat Peghelih, jangan takut nak baca talqin, kalu mupeti baru tu berani nak cegah, habaq mai, nanti kita hantar Sarawak Ranger gi luku kepala dia.

**************************************


YB Nizar Jamaluddin sedang membaca talqin

Khamis, April 23, 2009

Karamah Sayyidina Tsaabit

Tatkala turun ayat 2 surah al-Hujurat yang kira-kira bererti: " Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan jangan kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedangkan kamu tidak menyedarinya.," Sayyidina Tsaabit bin Qais r.a. merasa amat khuatir. Ini adalah kerana beliau seorang yang memiliki suara lantang. Maka bersedihlah Sayyidina Tsaabit sehingga beliau tidak menghadap Junjungan Nabi kerana khuatir suara lantangnya akan mengganggu baginda. Setelah keadaannya diperihalkan kepada Junjungan Nabi s.a.w., maka baginda menyatakan bahawa Sayyidina Tsaabit adalah seorang ahli syurga dan bukannya ahli neraka. Kisah ini dapat kita baca dalam Shohih Bukhari pada kitab tafsir surah al-Hujurat.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam karyanya "Jaami' Karaamaatil Awliyaa`" juzuk 1 pada halaman 131 menukil satu kisah aneh yang berlaku ketika pengkebumian Sayyidina Tsaabit bin Qais r.a.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Ubaidillah al-Anshari sebagai berkata:- " Adalah aku termasuk di antara orang yang mengkebumikan jenazah Tsaabit bin Qais r.a. di mana beliau terbunuh dalam peperang Yamamah dan beliau adalah khatibnya kaum Anshar. Junjungan Nabi s.a.w. telah bersaksi baginya dengan syurga. Maka tatkala kami memasukkan beliau ke dalam kuburnya, kami mendengar dia berkata: "Muhammad Rasulullah, Abu Bakar ash-Shiddiq, 'Umar asy-Syahid , Utsman al-Barrur Rahim," lalu kami melihatnya (kerana beranggapan dia masih hidup) padahal dia telah mati.
Allahu ... Allah, begitulah kemuliaan Sayyidina Tsaabit yang ketika hayatnya berpegang teguh atas kerasulan Junjungan Nabi s.a.w., mendampingi baginda serta para khalifah baginda yang benar. Terbukti, kesaksian Sayyidina Tsaabit telah bersamanya sehinggalah beliau masuk ke persemadiannya. Bagaimana pula kita agaknya? Dengan kalimah apa kita memasuki gerbang kematian nanti? Kalimah apa yang kita sediakan untuk menghadapi soal Munkar dan Nakir? Kalimah apa yang kita sediakan untuk hari pertemuan? Apakah yang bakal kita ucapkan tatkala hari kebangkitan?

Khamis, April 16, 2009

Sholawat Nariyah - NU


Membaca shalawat nariyah adalah salah satu amalan yang disenangi orang-orang NU, di samping amalan-amalan lain semacam itu. Ada shalawat "thibbil qulub", ada shalawat "tunjina", dan masih banyak lagi. Belum lagi bacaan "hizib" dan "rawatib" yang tak terhitung banyaknya. Semua itu mendorong semangat keagamaan dan cinta kepada Rasulullah SAW sekaligus beribadah.

Salah satu hadits yang sangat populer yang membuat rajin kita membaca shalawat ialah bahwa Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca shalawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikan, diampuni 10 dosanya, dan ditambah 10 derajat baginya. Makanya, bagi orang-orang NU, setiap kegiatan keagamaan bisa disisipi bacaan shalawat dengan segala ragamnya.

Salah satu shalawat yang sangat populer ialah "shalawat badar". Hampir setiap warga NU, dari anak kecil sampai kakek dan nenek, dapat dipastikan bisa melantunkan shalawat Badar. Bahkan saking populernya, orang bukan NU pun ikut hafal karena pagi, siang, malam, acara di mana dan kapan saja shalawat badar selalu dilantunkan bersama-sama.

Nah shalawat yang satu ini, "shalawat Nariyah", tidak kalah populernya di kalangan warga NU. Khususnya bila menghadapi problem hidup yang sulit dipecahkan maka tidak ada jalan lain selain mengembalikan persoalan pelik itu kepada Allah. Dan Shalawat Nariyah adalah salah satu jalan mengadu kepada-Nya.

Berikut ini adalah bacaan shalawat nariyah:

أللّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ الّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Ya Allah, limpahkanlah shalawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.

Dalam kitab Khozinatul Asror (hlm. 179) dijelaskan, “Salah satu shalawat yang mustajab ialah Shalawat Tafrijiyah Qurthubiyah, yang disebut orang Maroko dengan Shalawat Nariyah karena jika mereka (umat Islam) mengharapkan apa yang dicita-citakan, atau ingin menolak yang tidak disukai mereka berkumpul dalam satu majelis untuk membaca shalawat nariyah ini sebanyak 4444 kali, tercapailah apa yang dikehendaki dengan cepat (bi idznillah).”

“Shalawat ini juga oleh para ahli yang tahu rahasia alam diyakini sebagai kunci gudang yang mumpuni:. .. Dan imam Dainuri memberikan komentarnya: Siapa membaca shalawat ini sehabis shalat (Fardhu) 11 kali digunakan sebagai wiridan maka rizekinya tidak akan putus, di samping mendapatkan pangkat kedudukan dan tingkatan orang kaya.”

Hadits riwayat Ibnu Mundah dari Jabir mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca shalawat kepadaku sehari 100 kali (dalam riwayat lain): Siapa membaca shalawal kepadaku 100 kali maka Allah akan mengijabahi 100 kali hajatnya; 70 hajatnya di akhirat, dan 30 di dunia... Dan hadits Rasulullah yang mengatakan; Perbanyaklah shahawat kepadaku karena dapat memecahkan masalah dan menghilangkan kesedihan. Demikian seperti tertuang dalam kitab an-Nuzhah yang dikutib juga dalam Khozinatul Asror.

Diriwayatkan juga Rasulullah di alam barzakh mendengar bacaan shalawat dan salam dan dia akan menjawabnya sesuai jawaban yang terkait dari salam dan shalawat tadi. Seperti tersebut dalam hadits, beliau bersabda: Hidupku, juga matiku, lebih baik dari kalian. Kalian membicarakan dan juga dibicarakan, amal­-amal kalian disampaikan kepadaku, jika saya tahu amal itu baik, aku memujii Allah, tetapi kalau buruk aku mintakan ampun kepada Allah. Hadits riwayat al-Hafizh Ismail al­Qadhi, dalam bab Shalawat ‘ala an-Naby. Imam Haitami menyebutkan dalam kitab Majma' az-Zawaid, ia menganggap shahih hadits di atas.

Hal ini jelas bahwa Rasulullah memintakan ampun umatnya di alam barzakh. Istighfar adalah doa, dan doa untuk umatnya pasti bermanfaat. Ada lagi hadits lain: Rasulullah bersabda: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku sehingga aku bisa mennjawab salam itu. (HR Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih).

KH Munawir Abdul Fattah
Pengasuh Pondok Pesantren Krapyak, Yogyakarta

Ceramah Hb Novel

Ceramah Habib Naufal @ Novel bin Muhammad al-'Aydrus pada haul Guru Bangil, KH. Syarwani Abdan rahmatUllah 'alaih. Peri pentingnya membalas jasa orang yang telah berjasa dengan kita. Para ulama terdahulu yang menjadi rantai penyambung ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. tidak wajar dilupakan. Sungguh siapa yang ingat akan diingati dan sesiapa yang lupa akan dilupai. Sambil-sambil mendengar, marilah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah bagi para ulama kita khususnya bagi yang empunya haul, KH Syarwani Abdan.

Isnin, April 13, 2009

Kullu Bid`atin - Ust. Luthfi

Ustaz Luthfi Bashori adalah pengasuh pondok pesantren Ribath al-Murthada al-Islami, Singosari, Malang, Jawa Timur. Beliau merupakan murid Buya al-Maliki yang menghirup kemanisan ilmunya selama kira-kira 8 tahun di Makkah al-Mukarramah. Selain mengasuh pesantren, Ustaz Luthfi juga adalah Ketua Umum Pesantren Ilmu al-Quran dan Ketua Komisi Hukum & Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kabupaten Malang. Selain aktif berdakwah dan mengajar, beliau turut menulis beberapa buku dan risalah, antaranya:-
  1. Alquran Versi Syi`ah Tidak Sama dengan Alquran Kaum Muslimin.
  2. Presiden Wanita dalam Wacana Hukum Islam.
  3. Musuh Besar Umat Islam.
  4. Islam dan Syi’ah Dua Agama yang Berbeda.
  5. Dibalik Upaya Pembubaran Departemen Agama.
  6. Doa Bersama Muslim-Non Muslim.
  7. Konsep NU dan Krisis Penegakan Syari’at.
  8. Bedah Pemikiran KH. Hasyim Asy’ari.
  9. Dialog Tokoh-tokoh Islam.
Untuk mengenali beliau dan membaca lain-lain artikel tulisan beliau, silalah melayari situs Pejuang Islam. Insya-Allah, banyak manfaatnya.

Pada firman Allah yang berbunyi : وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ . Lafadz KULLA disini, haruslah diterjemahkan dengan arti : SEBAGIAN. Sehingga ayat itu berarti: "Kami ciptakan dari air sperma, SEBAGIAN makhluq hidup".

Karena Allah juga berfirman menceritakan tentang penciptaan jin Iblis yang berbunyi: خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ. Artinya : "Engkau (Allah) telah menciptakan aku (iblis) dari api."

Dengan demikian, ternyata lafadl KULLU, tidak dapat diterjemahkan secara mutlaq dengan arti : SETIAP/SEMUA, sebagaimana umumnya jika merujuk ke dalam kamus bahasa Arab umum, karena hal itu tidak sesuai dengan kenyataan.

Demikian juga dengan arti hadits Nabi SAW : Fa inna KULLA BID`ATIN dhalalah,. Maka harus diartikan: Sesungguhnya SEBAGIAN dari BID`AH itu adalah sesat.

Kulla di dalam Hadits ini, tidak dapat diartikan SETIAP/SEMUA BID`AH itu sesat, karena Hadits ini juga muqayyad atau terikat dengan sabda Nabi SAW yang lain: Man sanna fil islami sunnatan hasanatan falahu ajruha wa ajru man `amila biha. Artinya : Barangsiapa memulai/menciptakan perbuatan baik di dalam Islam, maka dia mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya.

Jadi jelas, ada perbuatan baru yang diciptakan oleh orang-orang di jaman sekarang, tetapi dianggap baik oleh Nabi SAW, dan dijanjikan pahala bagi pencetusnya, serta tidak dikatagorikan BID`AH DHALALAH.

Sebagai contoh dari man sanna sunnatan hasanah (menciptakan perbuatan baik) adalah saat Hajjaj bin Yusuf memprakarsai pengharakatan pada mushaf Alquran, serta pembagiannya pada juz, ruku`, maqra, dll yang hingga kini lestari, dan sangat bermanfaat bagi seluruh umat Islam.

Untuk lebih jelasnya, maka bid`ah itu dapat diklasifikasi sebagai berikut : Ada pemahaman bahwa Hadits KULLU BID`ATIN DHALALAH diartikan dengan: SEBAGIAN BID`AH adalah SESAT, yang contohnya : 1. Adanya sebagian masyarakat yang secara kontinyu bermain remi atau domino setelah pulang dari mushalla. 2. Adanya kalangan umat Islam yang menghadiri undangan Natalan. 3. Adanya beberapa sekelompok muslim yang memusuhi sesama muslim, hanya karena berbeda pendapat dalam masalah-masalah ijtihadiyah furu`iyyah (masalah fiqih ibadah dan mu`amalah), padahal sama-sama mempunyai pegangan dalil Alquran-Hadits, yang motifnya hanya karena merasa paling benar sendiri. Perilaku semacam ini dapat diidentifikasi sebagai BID`AH DHALALAH.

Ada pula pemahaman yang mengatakan, bahwa amalan baik yang termasuk ciptaan baru di dalam Islam dan tidak bertentangan dengan syariat Islam yang sharih, maka disebut SANNA (menciptakan perbuatan baik). Contohnya: Adanya sekelompok orang yang mengadakan shalat malam (tahajjud) secara berjamaah setelah shalat tarawih, yang khusus dilakukan pada bulan Ramadhan di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi, seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh beraliran Wahhabi Arab Saudi semisal Syeikh Abdul Aziz Bin Baz dan Syeikh Sudaisi Imam masjidil Haram, dll. Perilaku ini juga tergolong amalan BID`AH karena tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tetapi dikatagorikan sebagai BID`AH HASANAH atau bid’ah yang baik.

Melaksanakan shalat sunnah malam hari dengan berjamaah yang khusus dilakukan pada bulan Ramadhan, adalah masalah ijtihadiyah yang tidak didapati tuntunannya secara langsung dari Nabi SAW maupun dari ulama salaf, tetapi kini menjadi tradisi yang baik di Arab Saudi. Dikatakan Bid`ah Hasanah karena masih adanya dalil-dalil dari Alquran-Hadits yang dijadikan dasar pegangan, sekalipun tidak didapat secara langsung/sharih, melainkan secara ma`nawiyah. Antara lain adanya ayat Alquran-Hadits yang memeerintahkan shalat sunnah malam (tahajjud), dan adanya perintah menghidupkan malam di bulan Ramadhan.

Tetapi mengkhususkan shalat sunnah malam (tahajjud) di bulan Ramadhan setelah shalat tarawih dengan berjamaah di masjid, adalah jelas-jelas perbuatan BID`AH yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan ulama salaf. Sekalipun demikian masih dapat dikatagorikan sebagai perilaku BID`AH HASANAH.

Demikian juga umat Islam yg melakukan pembacaan tahlil atau kirim doa untuk mayyit, melaksanakan perayaan maulid Nabi SAW, mengadakan isighatsah, dll, termasuk BID`AH HASANAH. Sekalipun amalan-amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW, namun masih terdapat dalil-dalil Alquran-Haditsnya sekalipun secara ma’nawiyah.

Contoh mudah, tentang pembacaan tahlil (tahlilan masyarakat), bahwa isi kegiatan tahlilan adalah membaca surat Al-ikhlas, Al-falaq, Annaas. Amalan ini jelas-jelas adalah perintah Alquran-Hadits. Dalam kegiatan tahlilan juga membaca kalimat Lailaha illallah, Subhanallah, astaghfirullah, membaca shalawat kepada Nabi SAW, yang jelas- jelas perintah Alquran-Hadits. Ada juga pembacaan doa yang disabdakan oleh Nabi SAW : Adduaa-u mukhkhul ‘ibadah. Artinya : Doa itu adalah intisari ibadah. Yang jelas, bahwa menghadiri majelis ta`lim atau majlis dzikir serta memberi jamuan kepada para tamu, adalah perintah syariat yang terdapat di dalam Alquran-Hadits.

Hanya saja mengemas amalan-amalan tersebut dalam satu rangkaian kegiatan acara tahlilan di rumah-rumah penduduk adalah BID`AH, tetapi termasuk bid’ah yang dikatagorikan sebagai BID`AH HASANAH. Hal itu, karena senada dengan shalat sunnah malam berjamaah yang dikhususkan di bulan Ramadhan, yang kini menjadi kebiasaan tokoh-tokoh Wahhabi Arab Saudi.

Nabi SAW dan para ulama salaf, juga tidak pernah berdakwah lewat pemancar radio atau menerbitkan majalah dan bulletin. Bahkan pada saat awal Islam berkembang, Nabi SAW pernah melarang penulisan apapun yang bersumber dari diri beliau SAW selain penulisan Alquran. Sebagaiman di dalam sabda beliau SAW : La taktub `anni ghairal quran, wa man yaktub `anni ghairal quran famhuhu. Artinya: Jangan kalian menulis dariku selain alquran, barangsiapa menulis dariku selain Alquran maka hapuslah. Sekalipun pada akhir perkembangan Islam, Nabi SAW menghapus larangan tersebut dengan Hadits : Uktub li Abi Syah. Artinya: Tuliskanlah hadits untuk Abu Syah.

Meskipun sudah ada perintah Nabi SAW untuk menuliskan Hadits, tetapi para ulama salaf tetap memberi batasan-batasan yang sangat ketat dan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh para muhadditsin. Fenomena di atas sangat berbeda dengan penerbitan majalah atau bulletin.

Dalam penulisan artikel untuk majalah atau bulletin, penulis hanyalah mencetuskan pemahaman dan pemikirannya, tanpa ada syarat-syarat yang mengikat, selain masalah susunan bahasa. Jika memenuhi standar jurnalistik maka artikel akan dimuat, sekalipun isi kandungannya jauh dari standar kebenaran syariat.

Contohnya, dalam penulisan artikel, tidak ada syarat tsiqah (terpercaya) pada diri penulis, sebagaimana yang disyaratkan dalam periwayatan dan penulisan Hadits NabiSAW. Jadi sangat berbeda dengan penulisan Hadits yang masalah ketsiqahan menjadi syarat utama untuk diterima-tidaknya Hadits yang diriwayatkannya.

Namun, artikel majalah atau bulletin dan yang semacamnya, jika berisi nilai-nilai kebaikan yang sejalan dengan syariat, dapat dikatagorikan sebagai BID’AH HASANAH, karena berdakwah lewat majalah atau bulletin ini, tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW maupun oleh ulama salaf manapun. Namun karena banyak manfaat bagi umat, maka dapat dibenarkan dalam ajaran Islam, selagi tidak keluar dari rel-rel syariat yang benar.

***************************
Wuquf bersama Sang Guru

Rabu, April 08, 2009

Ceramah Mawlid -Hb Ali

Habib Ali Zainal 'Abidin al-Jufri dalam ceramahnya di bawah antara lain menyentuh berkenaan tujuan dan faedah mengadakan sambutan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. Habib menyeru agar kita sentiasa melaksanakan acara mawlid setiap masa dan ketika sehingga lahir dalam diri kita kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam segala aspek dan segi, baik akhlak baginda, sirah baginda, keazaman baginda, sunnah serta agama baginda. Moga-moga jadilah wujud kita mencontohi wujudnya Junjungan Nabi s.a.w., pribadi kita mencontohi pribadi manusia teragung ini s.a.w. Allahu ... Allah.

Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib 'Ali al-Habsyi rahimahUllah, mengarang sebuah sholawat yang antara lain memohon agar kepribadian kita menjadi seperti kepribadian Junjungan Nabi s.a.w. dalam semua segi. Sholawat beliau tersebut berbunyi:-

Ya Allah Ya Tuhan kami
Sholawat dan salam mohon dilimpahi
Atas Nabi Muhammad Junjungan kami
Keluarga baginda turut disertai
Sholawat salam himpunan segala lisani
Hadhrat keluasan rahmatMu tak bertepi
Sholawat yang berkatnya kami dikurniai
Pertautan juga bantuan nurani
Dari jasmani Baginda Nabi
Dari hati Baginda Nabi
Dari ruh Baginda Nabi
Dari sir Baginda Nabi
Dari ilmu Baginda Nabi
Dari amal Baginda Nabi
Dari akhlak Baginda Nabi
Dari niat Baginda Nabi
Dari tawajjuh Baginda Nabi
Dari qashad Baginda Nabi
Terus ke jasmani kami
Terus ke hati kami
Terus ke ruh kami
Terus ke sir kami
Terus ke ilmu kami
Terus ke amal kami
Terus ke akhlak kami
Terus ke niat kami
Terus ke tawajjuh kami
Terus ke qashad kami
Serta Kau kembalikanlah Ya Rabbi
Keberkatan sholawat ini
Atas kami, atas keturunan kami,
Atas sahabat kami dan atas penghuni zaman kami
Ya Nur Ya Nur Ya Nur kami pohoni
Agar dijadikan kami satu nur menerangi
Demi haq an-Nur yang Maha Tinggi

************************************

Jumaat, April 03, 2009

Baginya atau Atasnya

Jumaat, 3 April 2009, bermulalah pemerintahan Perdana Menteri baru bagi Malaysia. Perdana Menteri yang ke-6 yang mengambil alih memikul tanggungjawab yang akan ditanya nanti di sidang Qadhi Rabbul Jalil. Selaku umat Islam dan rakyat negara ini, sewajarnya kita mendoakan agar apa yang berlaku adalah yang terbaik bagi Islam dan umatnya. Menariknya bagi Perdana Menteri yang ke-6 ini, Tuan Guru Haji Nik 'Abdul 'Aziz telah mendoakan beliau dalam satu perhimpunan agar Allah membuka hati beliau bagi Islam dan taqwa ATAU menurunkan bala` kepadanya apabila itu yang terbaik untuk Islam dan taqwa. Allahu ... Allah, seram jugak dengar doa tersebut. Moga Allah mendahulukan rahmatNya daripada azab. Apa-apa pun Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Marilah kita turut berdoa dengan doa:-
اللهم أصلح من في صلاحه صلاح الإسلام والمسلمين وأهلك من في هلاكه صــــلاح الإسلام والمسلمين 
ياحي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام

Rabu, April 01, 2009

Murah Rezeki

Kegawatan ekonomi dunia sekarang, bahangnya turut terasa di tanah air kita ini, di mana ramai yang telah atau bakal hilang pekerjaan. Maka selain berusaha secara zahir mencari jalan-jalan rezeki yang halal sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam agar umatnya berusaha mencari rezeki yang halal, lagi sekali CARI REZEKI HALAL, jangan lupa memohon kepada ar-Razzaq agar dilapangkan kita dalam urusan rezeki. Juga jangan lupa bersholawat ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. kerana jika Allah itu Maha Pemberi yang memberikan berbagai rupa macam anugerah seperti ilmu, waridat dan rezeki, maka Junjungan Nabi s.a.w. adalah pembahaginya. Inilah antara yang diisyaratkan oleh hadits Junjungan yang menyatakan:-

وَاللَّهُ الْمُعْطِي وَأَنَا الْقَاسِمُ

"Dan Allah itu al-Mu'thi dan aku adalah al-Qaasim."

Maka tidak hairanlah jika para ulama kita telah mengarang bermacam-macam shighah sholawat yang dijadikan wasilah memohon rezeki daripada Allah. Antara yang masyhur dan mudah diamalkan adalah sholawat tawsi`ul arzaq wa tahsinul akhlaq. Sayogia diamalkan sebagai usaha melancarkan urusan rezeki kita. Akhirul kalam, ingin kunukilkan akan pesanan Gus Mus yang nama sebenarnya Kiyai Haji Ahmad Mustofa Bisri. Beliau adalah pengasuh Pesantren Raudlatuth Tholibin, Rembang, Jawa Tengah. Mantan Rais PBNU ini dilahirkan di Rembang pada 10 Ogos 1944. Nyantri di berbagai pesantren seperti Pesantren Lirboyo Kediri di bawah asuhan KH Marzuqi dan KH Mahrus Ali; Pesantren al-Munawwar Krapyak Yogyakarta di bawah asuhan KH Ali Ma'shum dan KH Abdul Qadir; dan di Universiti al-Azhar di samping di pesantren milik ayahnya sendiri, KH Bisri Mustofa, Raudlatuth Tholibin Rembang. Gus Mus berkali-kali mengatakan:
“Jika tiap bibir kita yang sedang menganggur komat-kamit mengucapkan “Shallaahu ‘ala Muhammad" (Ya Allah, limpahkan sholawat untuk Nabi Muhammad s.a.w.) terus-menerus sedikitnya setahun, kok tidak sukses - bahagia - tentram - sentosa, datangi aku, ludahi mukaku dan caci-makilah diriku!”
************************************

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad, sholawat yang dengan keberkatannya diluaskan rezeki kami dan dielokkan akhlak kami, juga ke atas keluarga dan sahabat baginda moga dilimpahkan bersama disertai salam kesejahteraan.