Rabu, Disember 29, 2021
Isnin, Disember 27, 2021
Hadiah Bacaan - TG Nik Aziz
- Diriwayatkan oleh as-Silafy daripada hadis Sayyidina `Ali bin Abi Thalib radhiyaAllahu `anhu berkata: Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang melalui kawasan perkuburan dan membaca Surah al-Ikhlash 11 kali lalu dihadiahkan pahalanya kepada segala arwah orang mati, dia akan diberi ganjaran pahala menurut bilangan orang - orang yang telah mati".
- Dikatakan sebagai diriwayat daripada hadis Anas, khadam Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang berkata: Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seorang mukmin membaca Ayatul Kursi dan menjadikan pahalanya untuk ahli kubur, maka Allah akan memasukkan ke dalam setiap kubur orang mukmin dari Timur ke Barat 40 nur serta dilapangkanNya akan kubur - kubur mereka. Diberikan Allah kepada si pembaca tadi (seumpama) pahala 60 nabi, diangkatkan darjatnya menurut bilangan orang - orang mati tersebut dan diberikan baginya untuk setiap orang mati tersebut 10 pahala kebajikan.
Khamis, Disember 23, 2021
Qawl Muktamad Sampai Pahala
Selasa, Disember 21, 2021
Jangan Tinggalkan Barzanji
Jumaat, Disember 17, 2021
Shalawat Badawi - Kiyai Agung
Isnin, Disember 13, 2021
Bi Rasulillah wal Badawi
Jumaat, Disember 03, 2021
Madad Ya RasulAllah - Sidi Bajuri
.....Dan demikian pula, sebahagian ibarat kitab hasyiah ini telah aku tulis di al-Haram al-Madani (Masjid Nabawi) di sisi mimbar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dan semoga Allah merezekikan kami untuk kembali menziarahinya. Dan aku berkata di sisi baginda dan di hadapan baginda: "Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam, Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam, Madad-ka Ya RasulAllah, shallaAllahu `alaika wa sallam." Dan aku juga berkata: "Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, Madad-kum, Ya Ahlal Bait, radhiyaAllahu ta`ala `ankum ajma`in, ........
Tiada kesalahan dalam meminta pertolongan (madad) daripada para nabi, wali dan orang - orang shalih. Meminta pertolongan daripada para nabi, wali dan shalihin, samada yang masih hidup maupun yang sudah wafat adalah sebahagian perkara yang disyariatkan, yang telah menjadi amalan kaum Muslimin. - Dr. Shauqi 'Allam, Mufti Mesir.
Jumaat, November 26, 2021
"Painkiller" - Hadiah Khadhir
"Dunia ini adalah tempat pembuangan sampah kotoran dan tempat perhimpunan anjing - anjing. Dan yang lebih rendah daripada anjing adalah orang yang bergantung dengannya serta saling berkelahi sesamanya untuk merebut dunia. Sesungguhnya anjing hanya mengambil dari dunia ini sekadar keperluannya dan berpaling dari selebihnya, sedangkan orang yang kasih akan dunia tidak meninggalkan satu apa pun daripadanya, bahkan ketika keinginan dunianya sudah pun tercapai, masih sahaja dia mencari - cari lagi tambahannya (yakni tak kenal puas)."
Aku telah diajar oleh Nabi al-Khadhir `alaihis salam satu ruqyah (jampi) bagi mengubati penyakit. Baginda bersabda: "Apabila engkau ditimpa kesakitan, letakkan tanganmu di atas tempat yang sakit tersebut dan bacalah: " Dan Kami turunkan (al-Quran) itu dengan sebenar - benarnya dan al-Quran itu telah turun dengan (membawa) kebenaran." (Surah al-Isra`: 105). Maka tidaklah aku membacanya atas sesuatu kesakitan, melainkan dihilangkannya ketika itu juga.
Rabu, November 24, 2021
Ustaz H Abubakar Ya'qub
Isnin, November 22, 2021
Dzikrul Jalaalah 2
Selasa, November 16, 2021
50 Kali / Kali 50 Shalawat
Selasa, November 09, 2021
Hidayatus Salikin - Ustaz Fahmi
Hai saudara yang menuntuti makrifah * Dan kelebihan yang tinggi di akhirat;
Tuntut olehmu kan ilmu tasawwuf kerna * Ilmunya boleh mengangkat darjat;
Sekalian ilmu lain itu jasad * Ia nyawanya yang berikan manfaat;
Serta akan ilmunya kamu itu amal * Maka jikalau tiada rugi amat;
Baca kamu akan Hidayatus Salikin * Yang melepas akan kamu dari sesat;
Kitab amat banyak padanya faedah * Serta ibaratkan nyata lagi dekat;
Ya Rabbana, bagi muallifnya beri * Rahmat bagi kami berikan berkat.
Maka ramailah daripada tuan - tuan guru kita rahimahumullahu ta`ala jami`an menjadikan kitab ini sebagai kitab wirid mereka, yakni selepas dibaca dan diajar, maka diulang lagi sehingga lumat. Sempena memperingati pemergian Tuan Guru Syaikh Abu Ali al-Banjari Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah, maka antara khidmat dan jasa besar almarhum Syaikh Abu Ali al-Banjari Ahmad Fahmi Zamzam adalah memberikan nafas baru kepada kitab klasik ini, sehingga menjadikannya mudah untuk dibaca dan dikaji oleh generasi baru. Ustaz Fahmi Zamzam rahimahullah kerap kali menghimbau agar masyarakat mengaji kitab ini dan mengamalkan isi kandungannya. Beliau juga pernah menyatakan bahawa tidak sedikit orang yang mengaji dan mengamalkan isi kitab Hidayatus Salikin, menjadi orang shalih bahkan menjadi wali Allah. Mudah - mudahan Allah memberikan setinggi - tinggi ganjaran balasan berupa rahmat berkekalan ke atas beliau dan menempatkan beliau bersama dengan kekasihNya, Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam..... al-Fatihah.
Klip almarhum Ustaz Fahmi semoga rahmat Allah berkekalan atasnya, berkat Syaikh Samman, berkat Syaikh Arsyad, berkat Syaikh Shamad, dengan jah Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Jumaat, November 05, 2021
Barzanji - Habib `Alwi
"....Dan berkenaan Mawlid al-Barzanji, bukanlah wajib dan bukan sunnat. Tetapi wajib atas tiap - tiap muslim mengetahui sesuatu daripada tarikh perjalanan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, samada daripada kitab Mawlid al-Barzanji atau kitab - kitab lainnya. Dan Mawlid Barzanji itu dimustahabkan (disukai) kerana padanya menyebutkan sirah dan perjalanan dan sifat - sifat Nabi kita shallaAllahu `alaihi wa sallam."
Isnin, November 01, 2021
Ratibul Haddad - Tokku Melaka
....Terlintas pula atas hati faqir bahawa hendak disuratkan kemudian daripada ini akan Ratib al-Haddad nafa`anaAllahu bihi serta wiridnya yang kecil kemudian daripadanya kerana faqir mendengar adalah padanya kelebihan yang amat besar lagi amat banyak di dalam dunia dan akhirat, lagi memberi manfaat bagi orang yang mengekalkan atas keduanya itu di dalam dunia dan akhirat. (Seperti barang yang) telah berkata oleh yang empunya ratib ini, iaitu habib yang `alim lagi `allaamah lagi quthub yang besar, iaitu Habib `Abdullah bin `Alawi bin Muhammad al-Haddad nafa`aAllahu bihil muslimin, katanya: "Barangsiapa yang mengekalkan ia atas membaca ratib kami ini, nescaya dikurniakan dia mati atas sebaik - baik mati." Dan lagi dipeliharakan dia daripada pencuri dan terbakar dan tenggelam di laut. Dan adalah membaca akan dia serta berjemaah itu terlebih afdhal daripada seorang. (Maka apa - apa) faedah yang terlebih daripada mati atas iman dan terpelihara daripada pencuri dan terbakar dan karam dan lagi banyaklah segala faedahnya, setengah daripadanya dipeliharakan negeri yang dibawa ratib itu daripada kejahatan seteru, dan setengah, dipelihara akan orang yang membawa ratib daripada sengat oleh ular dan kala dan sebagainya, dan jika disengat akan dia tiada memberi mudarat ia akan dia seperti barang yang mengkhabarkan yang demikian itu oleh segala orang yang mengamalkan dia, daripada segala orang yang musafir di laut dan di darat. Lainnya daripada segala faedahnya, maka tiadalah faqir memanjangkan dia di sini. Maka barangsiapa yang hendak mengetahui akan sekalian yang demikian itu, maka hendaklah dilihanya pada kitab manaqibnya dan pada syarah ratib itu. Maka seyogianya janganlah ditinggalnya orang yang hendak kemenangan di dalam dunia dan akhirat. (Dan adalah ratib ini) dibaca kemudian daripada sembahyang Isya` , tiap - tiap malam dan tiap - tiap bulan melainkan pada bulan puasa, maka iaitu dibaca kemudian daripada sembahyang Maghrib. Dan jika dibaca pula kemudian daripada sembahyang Subuh, iaitu terlebih baik dan terlebih sempurna daripadanya.....