Selasa, November 12, 2024
Jumaat, November 01, 2024
Raja Shalawat Di Hari Jumaat
Rabu, Oktober 30, 2024
Talqin - Syaikhuna Kholil
Isnin, Oktober 07, 2024
Jangan Pukul Rata
- Pengamal yang masih dengan amalan Aurad Muhammadiah yang asal tanpa sebarang penambahan.
- Pengamal yang mengamalkannya dengan penambahan tersebut, tanpa sebarang iktiqad dan penentuan Syaikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi. Iktiqad mereka mengenai al-Mahdi adalah selari dengan apa yang diajar dalam ajaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
- Pengamal yang mengamalkannya dengan penambahan tersebut dan percaya Syaikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi; dan
- Pengamal yang mengamalkannya dengan penambahan tersebut, percaya Syaikh Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan memaksa kepercayaan tersebut kepada orang lain.
Selasa, Oktober 01, 2024
Dalailul Khairat - Syaikh Talidi
Atas nasihat dan pesanan itu, faqir akhiri entri ini. Semoga diterima nasihatnya dan bermanfaat dunia dan akhirat.
Syaikh Muhammad al-Yaqoubi
Ahad, September 29, 2024
Hadiah Pahala - Ibnu `Asyur
Isnin, September 23, 2024
Mawlid al-`Arus
Rabu, September 18, 2024
Mimpi Syah Abdur Rahim
.. Amma ba'du, maka berkatalah hamba yang paling dhaif daripada segala hamba - hamba Allah al-Karim, Ahmad yang dikenali dengan gelaran Waliyullah bin `Abdur Rahim al-`Umari al-Dehlawi: "Inilah 40 "hadits" [faqir letakkan dalam tanda petik sebagai isyarat bagi penggunaan kalimah "hadits" secara longgar sebagai apa sahaja yang diterima daripada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan bukannya atas pengertian hadits sebagaimana dalam istilah muhadditsin dan ilmu - ilmu hadits.] daripada "hadits - hadits" Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan secara mimpi atau secara musyahadah akan roh baginda yang mulia. Telah aku himpunkan akan dia [yakni, "hadits - hadits" tadi] dalam risalah ini, antaranya apa yang diterima tanpa ada sebarang perantara (wasithah) di antara aku dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam [yakni, pengalaman pribadi beliau sendiri, iaitu beliau meriwayat terus daripada baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam]; Antaranya, apa yang di antara aku dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam] ada satu wasithah sahaja [yakni, beliau menerima daripada riwayat seseorang yang mengalaminya sendiri seperti daripada pengalaman ayahandanya.]; Dan antaranya lagi, apa yang di antara aku dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam ada dua atau lebih wasithah (perantara / rawi). Aku namakan risalah ini ad-Durruts Tsamin fi mubasysyarat an-Nabiyyil Amin shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Adalah menjadi kebiasaanku pada setiap tahun untuk menyediakan makanan yang aku sedekahkan sebagai shilah dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam (yakni sedekah khusus untuk memuliakan kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam), maka jatuh pada satu tahun dari tahun - tahun tersebut, di mana aku tidak mempunyai kelapangan rezeki bagi menyediakan makanan untuk disedekahkan selain kacang kuda goreng. Lalu aku bahagi - bahagikan kacang kuda tersebut kepada orang sebagai sedekah. Setelah itu, aku telah bermimpi bertemu Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam keadaan baginda berseri - seri riang gembira dan di hadapan baginda terhidang kacang kuda yang telah aku sedekahkan (yakni, isyarat atas kegembiraan Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam terhadap perbuatan tersebut).
Jumaat, September 13, 2024
Maulud Nabi - Pesan TG Hj Sulong
Artinya: "Bandingan orang - orang yang membelanjakan segala harta mereka itu pada agama Allah seperti bandingan orang yang menanam sebiji gandum yang tumbuh ia tujuh tangkai. Adalah pada tiap - tiap satu tangkai itu berbuah seratus dan Allah ta`ala mengganda - ganda bagi mereka yang dikehendakiNya." Yakni, satu duit umpamanya membelanjakan berbuat kebajikan, diberi pahala di dalam akhirat dengan tujuh ratus duit atau lebih lagi. Dan membelanjakan membuat mawlid itu ialah sebesar - besar menzahirkan agama Allah ta`ala kerana memuliakan kebesaran nabi kita Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam yang semulia - mulia makhluk dan (me)nyatakan kasih sayang kepadanya.
Dan sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bahawasa sedekah itu menolak akan kemurkaan Allah dan menghilang akan mati di dalam kejahatan dan memadam daripada ahlinya akan panas di dalam kubur dan sungguhnya berteduhlah orang yang mukmin pada hari kiamat di dalam bayang - bayang sedekahnya. Dan apalah sedekah yang terlebih besar sedekah kerana memuliakan hari diperanakkan nabi kita Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Dan hendaklah bersungguh - sungguh mengamat - amati oleh orang yang ada kasih sayang kepada Agama Islam bahawa membesarkan umpama ini bulan yang mulia kerana kelebihannya amat banyak dan berkatnya amat nyata. Maka janganlah mensia-siakan hari yang diperanakkan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan tidak diperbuat akan apa - apa suatu tanda kemuliaannya dan kebesarannya oleh kerana sayang kepada harta yang ialah nikmat Allah subhanaHu wa ta`ala yang memberi akan kita supaya kita syukur kepadaNya dengan berbuat kebajikan yang jadi petaruhan bagi kita di dalam akhirat.....
Almarhum Guru Zuhdi