Khamis, September 30, 2021
Selasa, September 28, 2021
Isnin, September 27, 2021
Ratibul Haddad - TG Hj Sulong
Ini ratib bagi Habib `Abdullah bin `Alawi al-Haddad, juga yang banyak manfaat dunia dan akhirat, lagi zahir berkatnya bagi mereka yang beramal akan dia. Iaitu diamal lepas sembahyang `Isyak dan Subuh. Dan jika diamalkan dengan perhimpunan ramai terlebih berkat daripada seorang diri. Berkata empunya ratib: "Barang siapa mengekali membaca ratib kami ini, dikurnia oleh Allah ta`ala akan dia atas sebaik -baik mati". Dan dipeliharakan daripada kebakaran rumahnya dan rumah yang sekampung dengan dia. Dan dipeliharakan daripada kecurian dan karam di dalam laut dan daripada kejahatan seteru dan daripada segala binatang - binatang yang bisa seperti ular dan kala dan lain - lain. Dan banyak lagi faedahnya, maka hendaklah beramal akan dia dengan berkekalan.
Jumaat, September 24, 2021
Doa Nabi Khadhir
Selasa, September 21, 2021
Bayangan Tuhan
Faqir tidak berminat untuk pergi kepada status kedudukan hadis tersebut, telah banyak diperkatakan. Faqir hanya hendak membawa pandangan dari satu sisi buat fikir dan renungan diri. Apa kata, jika kita pandang dari bawah ke atas, lalu kita tanya diri:-
Bagi Allah tiada bayang
Ibarat hadis hanya kiasan
Fahami ini muhim jiddan
Agar tidak tersesat jalan
Khaliq dan makhluk jangan samakan
Maha Suci Tuhan
Daripada makhluk diserupakan.
Fahami ibaratnya wahai tuan
Bayang itu apa kelakuan
Tiada ada pada bayang melainkan
Hanya tunduk menyerah turutkan
Tuan si empunya bayangan
Maka itu tuan ingatkan
Tiada presiden tiada raja tiada sultan
Mengaku diri hamba Tuhan
Pengikut Nabi Akhir Zaman
Umpama bayang-bayang Tuhan tamsilkan
Pada dirinya sentiasa turutkan
Perintah Kehendak Kemahuan Tuhan
Lawan bercanggah menyalahi jangan
Hukum Tuhan ditegakkan
Berlepas sekali - kali jangan
Ibarat bayang dengan badan
Juga pada menurut mencontohkan
Sifat jamaal penuh keindahan
Kasih sayang belas ihsan jadi pakaian
Hamba rakyat diberi perlindungan
Umpama bernaung di bawah bayangan
Ini ibarat fahamkan tuan
Isyarat kepada bayangan Tuhan
Maha Suci Tuhan
Daripada makhluk diserupakan.
Oleh itu fikirlah tuan
Jika mengaku bayang Tuhan
Tapi tingkah kelakuan tiada sekatan
Bebas tanpa batasan tanpa ikatan
Diumpamakan dirinya bak Tuhan
Bukannya lagi tamsil bayangan
Keangkuhan Namrud jadi ikutan
Adakah layak yang sedemikian
Diaku disanjung dipuji bayang Tuhan ??
Atau hanyalah bayangan Fir`aun dan Haman??
Maha Suci Tuhan
Daripada makhluk diserupakan.
Khamis, September 16, 2021
Anjuran KH Zainuddin
Selasa, September 14, 2021
Kisah Ibu Syabib
Ahad, September 12, 2021
Talqin Pendek
Kita mungkin sudah biasa mendengar istilah "Qunut Pendek", iaitu rangkaian beberapa kalimah doa seperti "Allahummagh firli, ya Ghafuur" atau seumpamanya, ditambah shalawat dan salam yang singkat, sebagai ganti qunut yang biasa dibaca dalam shalat Subuh, bagi sesiapa yang belum hafal qunut panjang atau sedang ada keperluan untuk meringkaskan shalatnya atau yang sengaja malas. Dalam entri ini, faqir bawakan "Talqin Pendek" yang dinukil oleh Mahaguru ilmu hadis bergelar amirul mu'minin fil hadits, Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-`Asqalani rahimahullah. Faqir petik dari kitab beliau yang khusus menghimpunkan hadis -hadis yang menjadi sebahagian dalil bagi hukum hakam dengan jodol "Bulughul Maraam min Adillatil Ahkam".
Oleh itu disukai untuk menghimpunkan dua shighah talqin, iaitu talqin panjang yang berasaskan kepada riwayat Abu Umamah al-Bahili dengan talqin pendek berdasarkan kepada riwayat Dhamrah bin Habib. Maka sebagaimana disukai untuk menghimpunkan Qunut Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan Qunut Sayyidina `Umar radhiyaAllahu `anhu, dan memadai dengan salah satu daripadanya, maka begitulah juga dengan talqin. Maka disukai untuk menghimpunkan keduanya dan memadai dengan salah satu daripadanya jua.
Kesimpulannya, bahawa talqin itu ditujukan kepada si mati setelah selesai dikebumikan dengan apa jua bentuk lafaz yang boleh membantunya menghadapi soalan Munkar dan Nakir `alaihimas salam. Ianya boleh dilakukan dengan apa jua bahasa kerana ulama berbeza pendapat mengenai bahasa yang digunakan. Secara umum, ianya dilafazkan dalam Bahasa Arab, namun boleh sahaja jika digunakan Bahasa Melayu atau apa jua bahasa yang difahami oleh simati, bahkan ada juga qil mengatakan dengan Bahasa Farsi atau dengan empat kalimah dalam Bahasa Siryani. Begitulah keluasan yang ada dalam melaksanakan amalan talqin bagi si mati. Oleh itu, eloklah bagi kita yang mengikut para ulama asy-Syafi`iyyah untuk melakukannya walaupun dengan ucapan yang ringkas, mudah - mudahan kita mendapat ganjaran pahala atasnya dan juga atas ihsan yang kita tunjukkan kepada si mati. Kita juga mengharapkan si mati yang di dalam kubur itu mendengarnya dan diberi bimbingan dalam menghadapi soal kubur. Kepada Allah jualah kita berserah dan berharap. Akhirul kalam, faqir datangkan dengan satu doa yang ringkas yang sewajarnya kita baca ketika proses pengkebumian, tak kiralah dibaca talqin atau tidak. Doanya ringkas sahaja, nak yang panjang hang pa cari sendiri. Doanya faqir tulis, dengan gantinama bagi mayat lelaki, jika perempuan tukar sahaja dhamir "hu" ke "ha", jika tak ditukar pun tak mengapa yang penting jangan jadi "huha" "huha", inilah doanya:-
اَللَّهُمَّ لَقِّنْهُ حُجَّتَهُ
Allahumma laqqin-hu hujjata-hu
(Ya Allah, bimbingkan dia dalam hujjahnya)
Syaikh Mahmud al-Huut mentalqinkan almarhumah ibu beliau.