Shalawat al-Mikyaal al-Awfa
Di antara shalawat yang warid daripada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, sebagaimana riwayat Imam Abu Daud rahimahullah bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang suka agar ganjaran pahalanya ditimbang dengan timbangan yang sempurna ketika dia bershalawat ke atas kami ahlil bait, maka hendaklah dia mengucapkan: Allahumma shalli `ala Muhammadinin Nabiy, wa azwaajihi ummahaatil mu`miniin, wa dzurriyyatihi wa ahli baitihi, kama shallaita `ala aali Ibrahim, innaka Hamiidum Majiid (Ya Allah, limpahkanlah shalawat ke atas Nabi Muhammad, para isteri baginda yang merupakan ibu-ibu orang beriman, zuriat keturunan baginda dan ahli bait baginda, sebagaimana shalawat yang telah Engkau limpahkan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia)." Shighah shalawat ini dikenali sebagai "Shalawat al-Mikyaal al-Awfa" yakni shalawat yang timbangan pahalanya sempurna.
Maulana Syamsul Haq Adzimabadi rahimahullah dalam "`Auunul Ma'buud " syarah bagi Sunan Abi Daud menyatakan bahawa shalawat ini adalah shalawat agung berbandingkan yang lain dan balasan pahalanya besar lagi sempurna. Dinyatakan juga bahawa menurut Imam Asnawi rahimahullah, menambah lafaz "sayyidina" sebelum nama "Muhammad" telah masyhur dilakukan oleh kebanyakan manusia, walaupun wujud perselisihan tentang keutamaan penambahan lafaz siyadah ini. Imam Ibnu Abdis Salam rahimahullah memasukkan perbuatan menambah lafaz "sayyidina" ketika bershalawat dalam bab sulukil adab (yakni menjaga atau menjalani jalan beradab dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam), sebagaimana Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyaAllahu `anhu enggan menjadi imam ketika Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang sedang uzur, bershalat di belakangnya walaupun telah disuruh oleh Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk menjadi imam bagi baginda. Sayyidina Abu Bakar menolak dan berkata: "Tidaklah layak bagi anak Abi Quhaafah untuk bershalat di hadapan Rasulullah (yakni untuk menjadi imam bagi Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam). Juga sebagaimana keengganan Sayyidina Ali radhiyaAllahu `anhu memadamkan nama Junjungan "Muhammad Rasulullah" dalam Surat Perjanjian Hudaibiyyah walaupun diperintahkan oleh baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam, di mana Sayyidina Ali menjawab perintah Junjungan dengan katanya: "Sekali-kali aku tidak akan memadam namamu selama-lamanya". Kedua-dua kisah ini adalah sahih dan Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam hanya berdiam diri sebagai tanda persetujuan atas sikap kedua-dua sahabat agung ini yang enggan mengikut suruhan baginda demi menjaga kemuliaan adab dengan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Oleh itu, bolehlah kita jadikan shalawat yang mulia ini sebagai amalan kita sehari-hari, samada dengan penambahan lafaz siyadah kerana menjalankan adab atau tanpa penambahan kerana mengikut zahir nas yang warid. Kedua-duanya adalah baik, sunnah dan sunnah hasanah, manakala yang bid`ah tarkiyyah sayyi-ah dhalalah adalah meninggalkan atau enggan bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sekali-kali. Mudah-mudahan hati dan mulut kita dipenuhi shalawat ke atas Junjungan sepanjang masa dan ketika.