Masjidil Aqsha
Imam an-Nasa-i dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan Junjungan Nabi s.a.w. mengkhabarkan bahawa tatkala Nabi Sulaiman selesai membina Masjidil Aqsha memohon ke hadhrat Allah seperti berikut:-
Allahu .... Allah, sholat di masjid suci tersebut selain memiliki keutamaan menggandakan pahala sholat turut menjadi penyuci dosa seseorang seperti kita yang banyak dosa dan nista ini. Entah bila agaknya dapat kita kunjungi masjid suci ini seperti kita mengunjungi Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Mudah-mudahan disampaikan Allah niat dan cita kita atau diganjariNya kita atas niat tersebut walaupun tidak kesampaian. Allah Maha Pemurah, niyyatul mu'min khairun min 'amalih. Allahumma aamiiin.سأل الله عز و جل حين فرغ من بناء المسجد ان لا يأتيه احد لا ينهزه إلا الصلاة فيه أن يخرجه من خطيئته كيوم ولدته أمه
"Baginda Sulaiman memohon Allah 'azza wa jalla tatkala selesai pembinaan Masjidil Aqsha agar sesiapa yang mengunjungi masjid tersebut semata-mata untuk bersholat di dalamnya dikeluarkan dari segala kesalahannya sehingga jadilah dia bersih seperti hari dia dilahirkan ibunya."