Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi, Salafi Gadungan dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran.
Mati bukanlah kebinasaan yang memberi erti punah, binasa, tiada lagi. Tapi mati itu adalah gerbang menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Sebelum ke alam akhirat, maka si mati melalui kehidupan alam barzakh, sama ada dalam keni'matan atau dalam kesengsaraan berdasarkan apa yang telah dilakukan sewaktu menjalani kehidupan duniawi. Para nabi memiliki kehidupan barzakhiyyah yang paling istimewa diikuti oleh para shiddiqin, syuhada` dan sholihin. Lalu bagaimanakah keadaan kehidupan kita nanti di alam barzakh ? Mudah-mudahan kita hidup dengan kehidupan istimewa para kekasih Allah ini.
Junjungan Nabi s.a.w. diriwayatkan dalam sebuah hadits yang dikategorikan sebagai hasan oleh sebahagian muhadditsin bahawa:-
الأنبياء أحياء في قبورهم يصلون
Para nabi itu hidup dalam kubur-kubur mereka bersholat
Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim pula, Junjungan Nabi diriwayatkan bersabda:-
مررت بموسى ليلة أسري بي عند الكثيب الأحمر وهو قائم يصلي في قبره
Pada malam aku diisra`kan, aku telah melalui kubur Nabi Musa di al-Katsibul al-Ahmar dan dia sedang berdiri sembahyang dalam kuburnya.
Maka bersholatnya para nabi dalam kubur mereka bukanlah sebagai satu taklif tetapi sebagai satu ni'mat untuk mereka. Dan ada riwayat-riwayat lain yang menyatakan bahawa mereka turut melakukan berbagai ibadah lain seperti turut mengerjakan ibadah haji di Baitullah. Maka bila kita mengetahui bahawa para nabi, para wali, para sholihin itu mempunyai kehidupan barzakh yang istimewa, kenapa dihalang orang untuk menziarahi kubur-kubur mereka dengan adab dengan hormat dan dengan takzim ? Kenapa tergamak melontarkan tuduhan syirik dan khurafat kepada para ulama yang menziarahi kubur-kubur para anbiya` dan awliya` dengan takzim dan hormat penuh adab kesopanan yang layak diberikan sebagaimana mereka menjalani kehidupan duniawi dahulu? Kenapa mudah benar lidah kita yang tak bertulang untuk menghukum orang lain.....Allahu ... Allah. Marilah kita dengar cuplikan ceramah Habib Ali al-Jufri yang antara lain menyentuh hal ini.
Antara kitab mawlid yang paling masyhur dan paling terkenal di rantau kita ini dan juga di seantero dunia ialah kitab mawlid karangan Sayyidisy Syaikh Ja'far al-Barzanji rahimahUllah. Kitab mawlid karangan beliau itu dikenali dengan berbagai nama antaranya "'Iqdul Jawhar fi Mawlidin Nabiyyil Azhar", tetapi gelaran yang paling masyhur ialah "Mawlid al-Barzanji". Malangnya ada orang muda zaman kita ini yang tergamak memperlekeh dan merendah-rendah kesarjanaan Sayyidisy Syaikh Ja'far al-Barzanji dan karya beliau tersebut. Mungkin penyakit ujub pada diri menyebabkan seseorang itu menjadi buta dalam menilai ketokohan ulama yang telah diterima umat dan dijadikan ikutan, manakala karyanya dibaca oleh ribuan dan jutaan umat dari dahulu sehingga kini. Bukan sahaja orang awam, para ulama umat ini turut membaca, meneliti, mentelaah dan mewiridkan karya Imam besar al-Barzanji ini. Tiada yang menyalahkannya, apatah lagi mensyirikkan dan mengkhurafatkannya.
Untuk peringatan hari ke-3 pemergian almarhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan 'Abdullah rahimahUllah dan sebagai satu upaya menyebarkan ilmu beliau, kunukilkan tulisan beliau berhubung Sayyid Ja'far al-Barzanji dan karya mawlidnya. Mudah-mudahan kalian dapat membacanya dengan teliti dan penuh keinsafan, biar tahu di mana kedudukan kita dan di mana pula Sidi Ja'far berada. Tulisannya ini terkandung dalam buku beliau yang berjodol "Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu". Pada halaman 69 - 71, beliau rahimahUllah menulis, antara lain:-
..... Karyanya yang terkenal ialah Maulid al-Barzanji atau Jawahir 'Iqd atau 'Iqd al-Jawahir dan nama yang lain ialah al-Burud yubaiyinul Murad. Kitab ini telah disyarah oleh ramai orang di antaranya ialah oleh Syeikh Nawawi al-Bantani yang diberi judul Madarijus Shu`ud ila Iktisa` al-Burud. Syarah yang lain pula diusahakan oleh Syeikh 'Abdul Hamid bin Syeikh Muhammad 'Ali Kudus yang diberi judul Maulidin Nabiyi s.a.w. 'ala nasijil Barzanji. Kedua-duanya adalah ulama yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Kedua-dua syarah itu ditulis dalam Bahasa 'Arab. Selain syarah, kitab Maulid al-Barzanji pula diterjemah ke dalam beberapa bahasa. Dalam Bahasa Melayu / Indonesia terdapat cukup banyak. Tidak perlu disebut lagi kerana telah disebutkan pada perbicaraan sebelum ini.
Apabila kita jejaki keseluruhan datuk-nenek Saiyid Ja'far al-Barzanji hingga ke atas adalah terdiri dari ulama-ulama besar yang berjasa sebagai pengarang, pendidik atau penyebar agama Islam yang suci dan benar, yang tiada diragui oleh sekian ramai ulama. Bahkan nasabnya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.
.......Saiyid Ja'far al-Barzanji penyusun Maulid al-Barzanji adalah seorang ulama Madinah dan beliau adalah seorang Mufti Mazhab Syafi`ie di Madinah al-Munawwarah...........
Ulama - ulama besar yang telah diakui oleh ulama sedunia Islam demikian ramai adalah tidak mungkin untuk ditolak dengan propaganda palsu dan tidak berasas oleh orang-orang tertentu, tetapi adalah sebaliknya tokoh-tokoh yang menyalah-nyalahkan ulama itulah mesti ditolak, fatwa dan pendapat mereka tidak dapat diterimapakai.
Begitulah pesanan almarhum Tuan Guru kita, harap ikhwah dapat fahami dan jadikan panduan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh fitnah dan pancaroba. Kepada golongan serpihan umat yang tidak sejalan dengan umat kebanyakan, maka pesanku hanya satu. Jika kamu boleh menolak fatwa mufti dan ulama kami, maka kami pun boleh menolak fatwa mufti dan ulama kamu. Jika ulama kami tidak maksum, maka begitulah juga ulama kamu. Oleh itu berlapanglah dada, biarlah bumi ini aman tanpa sebarang kekecohan isu-isu sepele, biar kami aman beramal dengan pegangan kami dan kami akan biarkan kamu aman dengan pegangan kamu. TAPI kalau kamu berani berlaku biadap dengan para Pewaris Nabi yang telah diakui umat ini, kami tidak akan berdiam diri.
عطر اللهم قبره الكريم * بعرف شذي من صلاة و تسليم اللهم صل و سلم و بارك عليه و على اله و اصحابه
Atas pemergian Penjaga Khazanah Ulama Melayu Sebutir Permata Alam Melayu Seorang Guru Tokoh yang tak kenal lelah dan jemu Memartabatkan ulama dan ilmu Itulah dia Ustaz Wan Muhammad Shoghir Tuan Guru Walaupun hanya sekali dua bertemu Alhamdulillah, sempat mukhoothabah duduk semeja berjamu Karya-karyanya jadi bacaanku sedari dulu SubhanAllah, isinya penuh ilmu dan kecintaan ulama terdahulu Ulama berjasa menyebarkan Islam ke Rantau Melayu Ulama berjasa menyempurnakan Islam Umat Melayu Ulama panutan ikutan leluhurku Membaca karyanya hadir terasa dalam jiwaku Perjuangan, kehebatan, ketinggian iman dan ilmu Para Ulama di Dunia Melayu Kini Tuan Guru telah pergi dahulu Moga perginya segera datang pengganti agar kita tak yatim piatu Buatmu wahai Tuan Guru Kan ku doakan sewaktu-waktu Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu Rahmat Allah dicucuri sentiasa atasmu wahai Tuan Guru Sekalung al-Fatihah buatmu
Khamis, 24 Rabi`ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007, kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahUllah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka. Boleh dikatakan umur beliau telah dihabiskannya untuk tujuan tersebut kerana kesedarannya terhadap khazanah yang terkandung dalam kitab-kitab karya ulama silam kita dan jasa-jasa mereka. Semua ini dibuatnya tanpa memikir ganjaran duniawi buat dirinya, semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana cintanya kepada para ulama tersebut. Beliau mahu agar khazanah peninggalan ulama tersebut terus dihayati oleh generasi kini dan yang akan datang. Agar masyarakat mengenali kehebatan ulama terdahulu dan sumbangan mereka terhadap umat Nusantara dalam menyebar dan memartabatkan Islam di rantau ini.
Beliau telah mengembara ke berbagai tempat untuk mengkaji, mengumpul maklumat dan bahan. Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu. Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan. Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.
Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan lebih kurang 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Selain menulis buku, beliau juga aktif mengadakan seminar, membuat kertaskerja-kertaskerja dan menulis berbagai rencana dan artikel. Tulisan-tulisannya pernah mengisi majalah-majalah seperti Dewan Budaya, Majalah Dakwah, Al-Islam dan Jurnal Dewan Bahasa. Dan sejak beberapa waktu dahulu, Utusan Malaysia setiap Isnin memuatkan tulisan beliau memperkenalkan para ulama kita terdahulu. Dengan ilmu dan bahan yang diperolehnya, Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir boleh dianggap sebagai pakar rujuk manuskrip klasik Melayu dan ulama Nusantara. Apa tidaknya, beliau menjadi tumpuan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai alam Melayu. Bahkan, tidak kurang 500 pelajar dan pensyarah dari seluruh dunia yang mendapat khidmatnya untuk membuat thesis dan bahan pengajaran mereka.
Maka sewajarnya, jasa dan pengorbanan yang telah dilakukannya kita kenangkan dalam benak sanubari kita. Pemergiannya kembali ke hadrat Allah s.w.t. merupakan satu kehilangan kepada dunia Islam amnya dan dunia Melayu khasnya. Mudah-mudahan Allah membalasi beliau dengan sebaik-baik balasan dan menempatkan beliau bersama dengan para ulama yang beliau kasihi dan para sholihin. Juga semoga sepeninggalan beliau, tempatnya dijadikan ada penggantinya. Allahumma ....aamiin ...... al-Fatihah.
Cuplikan dari website Iqra Islamic Publication mengenai ucapan salam yang disusun oleh Syaikh Ahmad Ridha Khan Barelwi al-Qadiri al-Hanafi yang biasa dilantunkan tatkala berdiri oleh para muhibbin di benua Indo-Pakistan dalam majlis-majlis peringatan mawlid. Elok ikhwah melawat website tersebut, banyak manfaat dan penuh kecintaan. Agar kita tak rasa yang hanya kita umat Melayu sahaja yang sibuk bermawlid dan bermarhaban, memuji Junjungan s.a.w. Juga agar ianya tersimpan di blog ini selama hayatnya yang diizinkan Allah, moga rahmat juga melimpah ruah selama-lama.
*********************
SALAAM BY IMAM AHMED RAZA KHAN
The salaam by Imam Ahmed Raza Khan Rahmatullahi 'alaih in Urdu is spontaneous and overflowing as if inspired, and brings out the best of both the 'aalim (learned scholar) and the kaamil murshid (accomplished spiritual master) in the great Imam. He has composed all types of Muslim religious poetry in Urdu (and some in Farsi) like hamd, munajaat, na'at, gazal, qasaid, rubaiyyat, munqabat, madah, shajjarah, salawaat and mathnawi, all contained in his kitabHadaaiqi Bakhshish (Gardens of Gifts) but A'la Hadrat as he is affectionately called, will for ever be remembered for his most memorable "salaam" on the Holy Prophet Sallallahu 'alaihi wa Sallam which is the longest salaam in any language with 169 verses.
It is so spiritually captivating that you will see tears run down the cheeks of muhibbeen (beloved disciples) as they render it in their melodious voices. It is a complete integrated whole but for purposes of understanding, it can be said to be composed of:
1. Sifat (praise) of the Holy Prophet Sallallahu 'alaihi wa Sallam in general (verses 1 to 32), 2. His physical appearance (verses 33 to 80), 3. His life and times (verses 81 to 107), 4. Sifat of the Ahl u'l Bayt and Sahaba, Rady Allahu 'Anhum (his family and companions) (verses 108 to 147), 5. Sifat of the awliya and saleheen (the saints and the pious) (verses 148 to 169).
This salaam is unique in that the Imam has sung the praises of the miraculous powers of Muhammad-e-'Arabi, Sallallahu 'alaihi wa Sallam, as well as the miraculous powers of each of his physical features, for example, his ears, his vision, his blessed mouth, his blessed tongue, his speech and khutbah (sermons), his smile, the mohr Nubuwwah (seal of Prophethood), his arms, and his fingers. The miraculous powers of his fingers is borne out in the following hadith:
Narrated Jabir bin Abdullah (Rady Allahu Anhu): I was with the Holy Prophet Sallallahu 'alaihi wa Sallam and the time for the Asr prayer became due. We had no water with us except a little which was put in a vessel and was brought to the Prophet Sallallahu 'alaihi wa Sallam. He put his hand into it and spread out his fingers and then said, "Come along! Hurry up! All those who want to perform ablution. The blessing is from Allah". I saw the water gushing out from his fingers. So the people performed the ablution and drank, and I tried to drink more of that water (beyond my thirst and capacity), for I knew that it was a blessing. The sub-narrator said: I asked Jabir (Rady Allahu Anhu), "How many persons were you then?". He replied, "We were one thousand four hundred men". (Bukhari).
The Imam captures this incident in his own inimitable style:
Nur ke chashme lehraen darya bahen Ungliyon ki karamat pe lakhon salaam.
Fountains of spiritual light, like seas overflowing Millions of salutations on the miracle of his fingers.
And everyone would respond with the chorus:
Mustafa jaane rahmat pe lakhon salaam Sham-ay bazme hidayat pe lakhon salaam
Millions of salutations on Mustafa, essence of mercy Millions of salutations on the light of guidance.
Let us savour 12 selected verses to gain the baraka (blessing) of this salaam (verse numbers are given in brackets).
Fat'he baabe nubuwwat pe bayhad durood Khatme dauray risaalat pe lakhon salaam
Jis ke aage saraysarwara kham rahe Us saretaaj rif'at pe lakhon salaam
Jis ke maathe shafa'at ka sehra raha Us Jabheene sa'adat pe lakhon salaam
Jis taraf uth gaee dham may dham aagaya Us nigaahe inayat pe lakhon salaam
Wo dahan jis ki har baat wahiye Khuda Chashmae ilmo hikmat pe lakhon salaam
Wo zabaan jis ko sab kun ki kunjee kahen Us ki naafaz hukumat pe lakhon salaam
Kul jahan milk aur jaun ki roti gizaa Us shikan ki qana'at pe lakhon salaam
Jis suhanee garee chamka Tayba ka chaandh Us dhil afroze sa'at pe lakhon salaam
Unke Maula ke un par karoron durood Unke as'haab-o-'itrat pe lakhon salaam
Kaamilaane Tariqat pe kaamil durood Haamilaane Shariat pe lakhon salaam
Ek mera hee Rahmat pe da'wa naheen Shah ki saari ummat pe lakhon salaam
Unlimited blessings on the Seal of Prophethood Millions of salutations on the end of the era of Messengers (13)
Millions of salutations on one crowned with success Before whom the kings silently stood to attention (34)
The bridegroom garlanded with powers of intercession Millions of salutations on his immensely good nature (40)
Millions of salutations on that enriching glance Which brought life in whichever direction it turned (45)
The blessed mouth whose every word was a revelation from Allah Millions of salutations on the fountain of knowledge and wisdom (55)
The tongue which was the key to all the orders of Allah Millions of salutations on its well-established governance (58)
Millions of salutations on the seal of Prophethood Which abides like the Black Stone of the Ka'ba in the heart (66)
He owned the whole world yet fed on barley bread alone Millions of salutations on that contented appetite (76)
The beautiful moment when Tayba's moon shone bright Millions of salutations on that joy-filling moment of his birth (81)
A billion salutations on him from his Lord Millions of salutations on his companions and offspring (108)
Complete blessings on those who tread the spiritual Path Millions of salutations on those who live by the Sacred Law (153)
I am not the only one with a claim in his mercy Millions of salutations on all the followers of that king (167)
This salaam has become so popular among devotees in all Tariqas like the Qadiriyya, Naqshbandiyya and Chishtiyya that many other scholars have composed salaams in Urdu with the same rhyme and rhythm, as for example, Janab Hamid Siddiqi, Mawlana 'Abdul Masjud Wujud Jabalpuri and Pirzadah Muhammad 'AbdulSabur Baig Manshur as given in Majmu'a Na'at (Collected Hymns) compiled by Janab Anis Ahmad Nuri Saheb.
Yet other scholars like Janab Akhtar-ul-Hamdi Saheb have made a takhmees of it! In Urdu, it is called tazmeen. They have taken a couplet from A'la Hadrat and prefixed to it three more verses of their own to make it a quintet! The following quintet for example, is developed on the all too familiar verse number 45.
Aur pargaee jis pe mehshar may bakhshaa gaya Dekha jis simt abray karam chaa gaya Aur rukh jidhar hogaya zindhagi paa gaya Jis taraf uth gaee dham may dham aagaya Us nigaahe inayat pe lakhon salaam.
Those he glances at on the Day of Judgement are saved Mercy enveloped the direction he looked at And whichever place he turned to, received life, (indeed) Millions of salutations on that enriching glance Which brought life in whichever direction it turned.
Imam Ahmed Raza Khan Rahmatullahi 'alaih composed yet one more salaam in Urdu with 45 verses, also given in Hadaaiqi Bakhshish (Gardens of Gifts) whose chorus is the universally familiar Yaa Nabi Salaam 'Alaika. Its opening couplet is:
Mustafa Khairul Waraa Ho Sarware har Dosaraa Ho Apne Ach-chon ka Tasadduq Ham Bhadon ko bhi Nibhaho
Mustafa you are the best of creation You are the leader of both the worlds For the sake of your good followers Take in your fold us sinners as well.
Satu kisah yang cukup terkenal, cukup masyhur dan dinukilkan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya Imam Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar", Imam Ibnu 'Asaakir dalam Tarikhnya, Imam Taqiyuddin as-Subki dalam "Syifa-us Saqam fi Ziyaarati Khairil Anam", Imam al-Mazaali dalam "Mishbahul Dzalaam fil mustaghitsiina bi Sayyidil Anaam fil yaqadzati wal manaam" dan Imam al-Hafiz Ibnul Jawzi dalam "Matsiirul 'Azmis Saakin". Kisah yang menceritakan perbuatan seorang lelaki yang bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w., lalu kemudian dia mendapat bisyarah daripada Junjungan Nabi s.a.w. melalui lidah seorang ulama yang bernama Imam Abu 'Abdur Rahman Muhammad bin 'Abdullah @ 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`aawiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi. Untuk teks cerita ini aku nukilkan tulisan Imamuna an-Nawawi rahimahUllah dalam kitabnya "al-Adzkar" halaman 308, di mana Imam an-Nawawi menulis:-
Daripada Imam al-'Utbi di mana dia telah berkata: " Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi s.a.w., maka telah datang seorang A'raabi ( 'Arab dusun @ penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi s.a.w. dengan katanya:
"Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah ta`ala berfirman:
[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.]
Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku."
Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-
يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع و الأكم نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف و فيه الجود و الكرم
Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia
Al-'Utbi meneruskan ceritanya: "Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi s.a.w., tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku: "Wahai 'Utbi, segera pergi berjumpa si A'rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.
Ikhwah, ini bukan hadits Junjungan Nabi s.a.w. sekadar cerita. Walau bagaimanapun, ianya bukan cerita yang dihikayatkan oleh Tok Awang Batil, tetapi cerita yang disampaikan dan dinukil dan dicatat oleh para ulama terbilang umat ini dalam kitab-kitab mereka. Maka terpulanglah bagi ikhwah, sama ada untuk mempercayai cerita ini atau tidak. Para ulama yang menukilkan cerita ini, adakah mereka mengkritik perlakuan si A'rabi tadi ? Adakah mereka mengkafirkan si A'rabi tadi kerana telah melakukan istighatsah dengan Junjungan Nabi s.a.w.? Adakah mereka menghukum si A'rabi sebagai musyrik? Imam an-Nawawi meletakkan cerita al-'Utbi ini dalam kitabnya yang masyhur "al-Adzkar" dalam fasal mengenai ziarah kubur Junjungan Nabi s.a.w. tanpa kritikan apa-apa. Tidak pula Imam an-Nawawi mensyirikkan perbuatan A'rabi tadi dan sebagainya. Dan dalam kitabnya "al-Iidhaah fi Manaasikil Hajj wal Umrah" halaman 454 - 455, Imam an-Nawawi memuji ucapan A'raabi tersebut dan menganjurkan agar ianya diamalkan tatkala kita berziarah ke maqam Junjungan Nabi s.a.w. dengan katanya:-
ثم يرجع الى موقفه الأول قبال وجه رسول الله صلى الله عليه و سلم و يتوسل به في حق نفسه و يتشفع به الى ربه سبحانه و تعالى، و من احسن ما يقول ما حكاه اصحابنا عن العتبي مستحسنين له قال:..... قصة العتبي
.... Kemudian hendaklah penziarah maqam Junjungan Nabi s.a.w. kembali ke tempat berhentinya yang pertama yang menghadap wajah Junjungan Nabi s.a.w. (yakni setelah dia bergerak kadar sehasta ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. dan sehasta lagi untuk salam kepada Sayyidina 'Umar, maka dia kembali ke tempat awalnya yang menghadap Junjungan Nabi s.a.w.). Dan si penziarah bertawassullah dengan Junjungan Nabi s.a.w. bagi hak dirinya dan dia memohon syafaat baginda kepada Tuhannya s.w.t. Dan daripada sebaik-baik ucapan yang (boleh) diucapkannya (tatkala itu) ialah apa yang telah diceritakan dan dipandang baik oleh para sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) daripada al-'Utbi di mana dia berkata:- ........ kisah al-'Utbi di atas tadi cuma di sini ada penambahan dua bait lagi iaitu:
............................ ............................ انت الشفيع الذي ترجى شفاعته * على الصراط اذا ما زلت القدم و صاحباك فلا انساهما ابدا * مني السلام عليكم ما جرى القلم
Engkaulah pemberi syafaat yang diharapkan syafaatnya Ketika tergelincir segala kaki tatkala melintas shirath Dan dua sahabatmu sekali-kali tidak aku lupa Dariku ucapan salam kepada kamu sebanyak tulisan Qalam
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Alhamdulillah, walaupun saban tahun dakyah mereka-mereka yang tidak suka kepada kita menyambut Mawlidur Rasul berkumandang, tapi sambutan tetap meriah. Majlis-majlis mawlid tetap diadakan, Barzanji, Diba`ie, Habsyi, Dhiya-ul Lami`, Azab, Syaraful Anam, tetap dibaca dengan penuh syahdu. Masih ada yang menitiskan air mata kerinduan dan kegembiraan atas kelahiran Rahmat bagi sekalian alam. Alhamdulillah. Dalil dan hujjah telah lama dimaklumkan oleh para ulama kita, cuma yang matanya sakit tidak dapat melihat cahaya mentari. Biarlah mereka dengan hujjah dan dalil mereka, kita pun ada hujjah dan sandaran kita. Mari kita renungi kata-kata Habib Munzir al-Musawa yang ditulisnya dalam website "Majelis Rasulullah s.a.w." antara lain:-
Saudara-saudaraku, kelompok anti maulid semakin gencar berusaha menghalangi tegaknya panji dakwah, maka kalian jangan mundur dan berdiam diri, bela Nabimu saw, bela idolamu s.a.w, tunjukkan akidah sucimu dan semangat juangmu, bukan hanya mereka yg memiliki semangat juang dan mengotori masjid-masjid Ahlus Sunnah dengan pencacian dengan memfitnah kita adalah kaum musyrik karena mengkultuskan Nabi.
Saudaraku bangkitlah, karena bila kau berdiam diri maka kau turut bertanggung jawab pula atas kesesatan mereka, padahal mereka saudara-saudara kita, mereka teman kita, mereka keluarga kita, maka bangkitlah untuk memperbaiki keadaan mereka, bukan dengan pedang dan pertikaian, sungguh kekerasan hanya akan membuka fitnah lebih besar, namun dengan semangat dan gigih untuk menegakkan kebenaran, mengobati fitnah yg merasuki muslimin muslimat..
Nah saudara-saudaraku, para pembela Rasulullah s.a.w. jadikan 12 Rabiul awwal adalah sumpah setiamu pada Nabimu Muhammad saw, Sumpah Cintamu pada Rasulullah saw, dan Sumpah Pembelaanmu pada Habibullah Muhammad saw.
Oleh itu, marilah kita wahai ikhwani Dalam bulan Mawlid ini Kita baharui bai`ah kita dengan Junjungan Nabi Bersumpah setia kita berjanji Atas ajaran Junjungan Nabi sentiasa dijalani dipegangi Ajaran yang kita telah kita warisi Zaman berzaman daripada para ulama yang dihormati Sambung menyambung generasi ke generasi Dari zaman ini hingga zaman sahabi Lalu terus bersambung kepada Junjungan Nabi Ingatlah tatkala mahalul qiyam kita berdiri Marhaban, sholawat serta salam dilantuni Jangan lupa satu bait yang kita lazimi
Bait berbunyi:-
ايها المبعوث فينا * جئت بالأمر المطاع
ِ
Ayyuhal Mab`uutsu fiina * ji'ta bil amril mutho`i
Wahai Junjungan Nabi yang dibangkitkan kepada kami Datangmu membawa perintah urusan agama yang mesti ditaati Jadikan bait ini sumpah janji setia mu wahai ikhwani Bai`ahmu agar segala titah perintah Junjungan Nabi ditaati Tiap saat tiap ketika tiap waktu silih berganti Saat malam dan siang hari Bangun tidur berjalan duduk sentiasa diingati Segala panduan ajaran Junjungan Nabi Biar hidup kita diberkati Pabila mati syafaat baginda diperolehi
اللهم صل و سلم على سيد المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه اجمعين
Hari Isnin, waktu Zohor tanggal 7 Rabi`ul Awwal 1428H (26 Mac 2007) kembali seorang lagi ulama kita ke rahmatUllah. Habib 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf dilahirkan di Cimanggu, Bogor. Beliau telah menjadi yatim sejak kecil lagi apabila ayahandanya berpulang ke rahmatUllah dan meninggalkan beliau dalam keadaan dhoif dan miskin. Bahkan beliau sewaktu-waktu terkenang zaman kanak-kanaknya pernah menyatakan: "Barangkali dari seluruh anak yatim, yang termiskin adalah saya. Waktu Lebaran, anak-anak mengenakan sandal atau sepatu, tapi saya tidak punya sandal apa lagi sepatu."
Tapi kemiskinan tidak sekali-kali menghalangi beliau dalam menuntut ilmu agama. Bermula dengan pendidikan di Jamiat al-Khair, Jakarta, dan seterusnya menekuni belajar dengan para ulama sepuh seperti Habib 'Abdullah bin Muhsin al-Aththas rahimahUllah yang lebih terkenal dengan panggilan Habib Empang Bogor. Beliau sanggup berjalan kaki berbatu-batu semata-mata untuk hadir pengajian Habib Empang Bogor. Selain berguru dengan Habib Empang Bogor, beliau turut menjadi murid kepada Habib 'Alwi bin Thahir al-Haddad (mantan Mufti Johor), Habib 'Ali bin Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Ali bin Husein al-Aththas (Habib Ali Bungur), Habib Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib Ali Kwitang) dan beberapa orang guru lagi. Dengan ketekunan, kesungguhan serta keikhlasannya, beliau dapat menguasai segala pelajaran yang diberikan dengan baik. Penguasaan ilmu-ilmu alat seperti nahwu telah membuat guru-gurunya kagum, bahkan menganjurkan agar murid-murid mereka yang lain untuk belajar dengan beliau.
Maka bermulalah hidup beliau menjadi penabur dan penyebar ilmu di berbagai madrasah sehinggalah akhirnya beliau mendirikan pusat pendidikan beliau sendiri yang dinamakan Madrasah Tsaqafah Islamiyyah di Bukit Duri, Jakarta. Dunia pendidikan memang tidak mungkin dipisahkan dari jiwa almarhum Habib 'Abdur Rahman, yang hampir seluruh umurnya dibaktikan untuk ilmu dan pendidikan sehingga dia disebut sebagai gurunya para ulama. Sungguh almarhum adalah seorang pembimbing yang siang dan malamnya menyaksikan keluhuran akhlak dan budi pekertinya, termasyhur dengan kelembutan perangainya, termasyhur dengan khusyu'nya, termasyhur dengan keramahannya oleh segenap kalangan masyarakat, orang-orang miskin, orang kaya, pedagang, petani, kiyai, ulama dan orang-orang awam yang masih belum mendapat hidayah pun menyaksikan kemuliaan akhlak dan keramahan beliau rahimahullah, termasyhur dengan keluasan ilmunya, guru besar bagi para Kiyai dan Fuqaha di Indonesia, siang dan malamnya ibadah, rumahnya adalah madrasahnya, makan dan minumnya selalu bersama tamunya, ayah dan ibu untuk ribuan murid-muridnya.
Selain meninggalkan anak-anak kandung serta ribuan murid yang menyambung usahanya, beliau turut meninggalkan karangan-karangan bukan sahaja dalam Bahasa 'Arab tetapi juga dalam Bahasa Jawa dan Sunda. Karangannya pula tidak terbatas pada satu cabang ilmu sahaja, tetapi berbagai macam ilmu, mulai dari tauhid, tafsir, akhlak, fiqh hinggalah sastera. Antara karangannya yang dicetak untuk kegunaan santri-santrinya:-
Hilyatul Janan fi hadyil Quran;
Safinatus Sa`id;
Misbahuz Zaman;
Bunyatul Ummahat; dan
Buah Delima.
Maka bulan mawlid tahun ini menyaksikan pemergian beliau ke rahmatUllah. Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau bersama para leluhur beliau sehingga Junjungan Nabi s.a.w. dan semoga Allah jadikan bagi kita yang ditinggalkannya pengganti.
Terjumpa klip video yang menarik berhubung amalan bersholawat yang suka aku letak di sini untuk tatapan bersama. Mudah-mudahan menambahkan lagi semangat kita untuk istiqamah bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. Tapi sebelum itu, kita lihat dulu kalam Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rahimahUllahdalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" berhubung kelebihan bersholawat di mana beliau rahimahUllah menulis antara lain:-
(Kata Syaikh al-Faasi) pada syarah "Dalaailul Khairaat":- “Ketahui olehmu bahawasanya bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. sepuluh karamah:-
mensholawat akan dia oleh Malikul-Jabbar;
mensyafaatkan dia oleh an-Nabiyul-Mukhtar;
mengikut dengan malaikatul-akhyar;
menyalahi akan munafiqin dan kuffaar;
menghapuskan kesalahan dan awzaar;
menolong bagi menyampaikan hajat dan awthaar;
bercahaya dan cemerlang zahir dan asraar;
kelepasan daripada huru-hara negeri Darul-Bawaar;
memasuk akan negeri Darul-Qaraar;
salam daripada Tuhan ar-Rahiimul Ghaffar.
(Dan lagi katanya): “Tersebut di dalam "Hadaaiqul Anwaar", bermula segala faedah dan pertaruhan bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w.itu empat puluh satu:-
menjunjung titah Allah dengan sholawat itu.
muwafaqah akan dia Allah ta`ala pada sholawat atas Nabi s.a.w.
muwafaqah akan dia malaikat pada sholawat atas Nabi s.a.w.
hasil sepuluh sholawat daripada Allah atas orang yang sholawat atas Nabi satu kali.
diangkat baginya sepuluh darjat.
disurat baginya sepuluh kebajikan.
dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
diharapkan qabul doanya.
sebab bagi syafaat Nabi s.a.w.
sebab bagi ghufran dosanya dan menutupi segala ‘uyub.
sebab bagi memadakan barang yang dicitanya.
sebab bagi mendampingkan hamba daripada Nabi s.a.w.
sebab bagi menempati bersedekah.
sebab bagi menunaikan segala hajat.
sebab bagi sholawat Allah dan malaikat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
sebab bagi menyucikan dan berkat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
sebab bagi kesukaan hamba yang disukakan dengan syurga dahulu daripada matinya.
sebab bagi kelepasan daripada huru-hara hari qiamat.
sebab bagi menjawab Nabi atas orang yang sholawat atasnya.
sebab menjaga bagi lupa akan Nabi s.a.w.
sebab menghilangkan papa orang yang sholawat atasnya.
sebab bagi mengharumkan bau tempat sholawat dan tiada kembali atas ahlinya menyesal pada hari qiamat.
menafikan daripada hamba itu bakhil daripada sholawat atas nabi tatkala disebut namanya.
kemenangan daripada doa orang atasnya dan hinalah orang yang meninggal sholawat atasnya tatkala disebut akan namanya s.a.w.
datang orang yang sholawat itu atas jalan syurga dan tersalah jalan orang yang meninggalkan dia daripada jalan syurga.
lepas daripada busuk majlis yang tiada mengucap padanya zikrullah dan rasulNya.
sebab bagi sempurna kalam yang dimulai dengan "alhamdulillah" dan sholawat atas Rasulullah s.a.w.
sebab bagi kemenangan hamba dengan lalu atas shirathul-mustaqiim.
sebab bagi berjumpa orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. dengan Allah dan tsana’ yang hasan antara langit dan bumi.
sebab bagi rahmat Allah.
bagi berkat.
sebab bagi berkekalan kasih akan Nabi s.a.w. dan bertambah-tambah kasih akan dia dan yang demikian itu satu tempat daripada tambatan iman kerana tiada sempurna iman melainkan kasih akan dia.
sebab bagi kasih Nabi akan orang yang mensholawat atasnya.
sebab bagi dapat penunjuk hamba dan hidup hatinya.
sebab bagi dilentangkan orang yang sholawat atas Nabi s.a.w. dan disebutkan dia padanya.
sebab bagi tetap atas imannya.
menunaikan dengan sholawat itu daripada hak Nabi s.a.w. dan syukur atas ni’mat Allah yang memberi ni’mat dengan dia atas kita.
mengandung bagi menyebut zikrullah dan syukur akan Dia dan ma’rifah akan ni’matNya.
bahawasanya sholawat daripada hamba itu doa dan memohonkan daripada Tuhan bagi dirinya.
adalah bagi orang yang membanyakkan sholawat itu melihat akan rupanya yang mulia dan termenteri pada hatinya.
adalah orang yang membanyakkan sholawat itu menempati akan maqam syaikh yang murabbi akan dia dan lagi sholawat itu isi-kahwin anak bidadari dan harga mahligai dan menempati akan merdeka akan sahaya dengan dia.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Memandang kubah hijau Masjid Nabawi, mengingatkan aku kepada bait-bait syair yang ditulis oleh al-Imam al-Muhaddits Wajihuddin 'Abdur Rahman 'Ali bin Muhammad bin 'Umar bin 'Ali bin Yusuf bin Ahmad bin 'Umar asy-Syaibani asy-Syafi`i ad-Diba`ie yang wafat tahun 944H. Bagi yang suka mencemoh, menghina dan mulutnya gatal hendak memperlekehkan karangan mawlid beliau ini, maka sebelum membuka mulut ketahuilah bahawa beliau ini adalah seorang ulama yang terkenal bahkan mendapat gelaran "wajihuddin (pemuka agama)" dan beliau juga adalah seorang ahli hadits yang tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau telah mengajar "Jami`ush Shohih" bagi Imam al-Bukhari lebih 100 kali dan dalam bidang hadits beliau berada pada darjat hafiz iaitu seseorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya (Agaknyalah, adakah orang yang mengaku dirinya ada Phd. dalam hadits kat Malaysia ini telah sampai ke darjat ini? Berapa banyakkah hadits dengan sanadnya yang telah dihafalnya???? Tolong kengkawang pergi tanya). Oleh itu, sebagaimana yang selalu aku dok peringat, berhati-hatilah bila mengkritik para ulama terdahulu.
Dalam mawlidnya yang masyhur tersebut, Imam ad-Diba`ie menulis, antara lain:-
و تلك القبة الخضرا و فيها * نبي نوره يجلو الغياهب
Itulah dia Kubah Hijau yang padanya (bermaqam) Nabi yang cahayanya telah menyinari segala kegelapan
Kubah Hijau telah lama menjadi mercu tanda Kota Madinah, bahkan menjadi lambang yang mengingatkan kita kepada Junjungan Nabi s.a.w. kerana di bawah kubah itulah bersemadinya jasad Sayyidul Kawnain wats Tsaqalain s.a.w. Menurut sejarah, maqam Junjungan Nabi s.a.w. sentiasa mempunyai bumbung untuk menaunginya kerana ia asalnya adalah rumah (bilik) Sayyidatina 'Aisyah r.a. Pernah berlaku dalam sejarah bahawa penduduk Kota Madinah tatkala menghadapi musim kemarau yang teruk telah dinasihatkan untuk membuat satu bukaan pada bumbung atas maqam Junjungan s.a.w. sebagai upaya berwasilah dengan baginda. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya seperti berikut:
حدّثنا أبو النُعمانِ حدثنا سعيدُ بنُ زيدٍ ، حدثنا عَمْرُو بنُ مالكٍ النكريُّ ، حدثنا أبو الجوزاء أوسُ بنُ عبدِ اللَّهِ قال: قحطَ أهل المدينة قَحْطاً شديداً، فشَكَوْا إلى عائشةَ فقالَتْ: انظُروا قبرَ النبيِّ صلى الله عليه وسلّم فاجعلُوا منه كواً إلى السماءِ، حتى لا يكون بَيْنَهُ وبينَ السماءِ سقْفٌ. قال: فَفَعَلُوا فمطِرْنا مطراً حتى نَبَتَ العشبُ، وسَمِنَتِ الإبِلُ حتى تَفَتَّقَتْ من الشحمِ، فسُمِّيَ عامَ الفتقِ....انتهى
Diriwayatkan daripada Abu an-Nu'maan daripada Sa`id bin Zaid daripada 'Amr bin Malik daripada Abul Jawzaa` Aus bin Abdullah yang telah berkata: "Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah r.'anha. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi s.a.w. dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh - tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqi" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."
Hadits ini telah dijadikan antara dalil yang mengharus bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dinyatakan oleh ulama dan ahli sejarah Kota Madinah yang masyhur, Sayyid as-Samhudi, dalam "Khulashatul Wafa`". Imam as-Samhudi menyatakan bahawa membuat lubang pada atap atas maqam Junjungan Nabi s.a.w. supaya ada lubang terus ke langit telah menjadi amalan penduduk Madinah sewaktu musim kemarau. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa pada kebelakangannya penduduk Madinah tidak lagi membuat lubang pada atas maqam Junjungan s.a.w. tetapi mereka akan membuka pintu yang menghadap wajah baginda yang mulia dan bertawassul dengan baginda serta memohon syafaat baginda di situ. Mulla 'Ali al-Qari dalam "Mirqaatul Mafaatiih" turut menukilkan hadits ini dan menyebut bahawa Aus bin 'Abdullah al-Azdi adalah ahli Bashrah dan seorang tabi`in masyhur yang meriwayatkan hadits daripada Sayyidatina 'Aisyah, Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu 'Umar r.'anhum. Hadhratusy Syaikh KH Hasyim Asy`ari juga memuatkan hadits ini sebagai antara dalil bagi mengharuskan tawassul, istighosah dan memohon syafaat kepada Nabi, para wali dan sholihin sebagaimana dimuatkannya dalam kitabnya "an-Nuurul Mubiin fi Mahabbati Sayyidil Mursaliin".
Juga daripada hadits di atas kita ketahui keadaan maqam Junjungan s.a.w. yang mulia itu mempunyai bumbung yang menaunginya. Dan kubah adalah satu rupa bentuk bumbung yang menaungi sesuatu. Oleh itu apa yang nyata di sisi ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tidak ada seorang pun yang menghukum haram membangunkan kubah atas maqam Junjungan Nabi s.a.w., baik ulama terdahulu maupun yang ada sekarang. Hanya ulama Wahhabi sahaja yang tidak senang dengannya sehingga pernah berusaha untuk memusnahkan kubah tersebut dan mengeluarkan fatwa untuk tujuan itu, seperti yang dilakukan oleh gembong Wahhabi yang bernama Muqbil bin Hadi al-Waadi`ii. Insya-Allah, nanti lain ketika kita bicarakan hukum berhubung membangun kubah atas kuburan para nabi dan sholihin menurut para ulama kita.
Menurut sejarah, orang yang pertama membuat bumbung berbentuk kubah atas maqam Junjungan Nabi s.a.w. adalah Sultan Manshur Qalawuun ash-Sholihi pada tahun 678H (1282M). Dan antara yang pernah membina dan memperbaharui kubah atas maqam yang mulia tersebut adalah Sultan an-Nashir Hasan bin Muhammad Qalawuun ash-Sholihi, asy-Syaraf Sya`ban bin Husein bin Muhammad, Sultan Qait Bey dan pembaharuan yang terakhir adalah oleh Sultan al-Ghozy Mahmud bin Sultan 'Abdul Hamid Khan al-Uthmani dalam tahun 1233H (1817M). Kubah ini dahulunya tidak mempunyai warna tetap, selain diwarnakan dengan warna hijau, ia juga pernah diberi warna biru, kelabu dan putih. Maka apabila Sultan 'Abdul Hamid al-Uthmani memperbaharui cat kubah tersebut pada tahun 1253H, maka baginda telah mengekalkan warna hijau padanya dan memerintahkan agar warna itu dikekalkan sebagai warna rasmi kubah tersebut. Maka berterusan sehingga ke hari ini kubah tersebut diwarnakan dengan warna hijau dan masyhurlah panggilannya sebagai "Qubbatul Khadhra`". Itulah kubah yang di bawahnya bersemadi jasad Junjungan Nabi s.a.w.
يا صاحب قبة الخضراء و منبرها يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Pesanan Mufti
Mufti Haji Said
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.
Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhidan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.