Sabtu, Oktober 13, 2007
Jumaat, Oktober 12, 2007
Jubb al-Huzn
Alhamdulillah, dengan nikmat dan inayahNya serta keizinanNya dapat kita mengakhiri Ramadhan kita dengan melakukan berbagai ketaatan. Bersempenakan Ramadhan bulan di mana segala kitab suci diturunkan termasuklah al-Quran, maka amalan bertadarus dan mengkhatamkan al-Quran lazim dijadikan amalan. Junjungan Nabi s.a.w. pun dikhabarkan pada malam-malam Ramadhan akan bertadarus dengan malaikat Jibril, tapi ini tidaklah bermakna yang Junjungan Nabi s.a.w. hanya mengkhatamkan al-Quran hanya di bulan Ramadhan sahaja. Sewaktu mengkhatamkan al-Quran kita disunnatkan untuk memperbanyakkan doa kerana saat itu adalah antara saat yang mustajab berdoa serta doa pada waktu itu turut diaminkan oleh 4000 malaikat sebagaimana diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi dengan isnadnya daripada Humaid al-A'raj.
Keutamaan membaca al-Quran sudah umum diketahui, bahkan ianya dianggap sebagai zikir tak berwaktu yang paling afdhal. Akan tetapi sayogia diingat bahawa segala amalan hendaknya dilakukan dengan penuh ikhlas, jauh dari riya`, sum`ah dan 'ujub. Bagi para qurra` yang tidak ikhlas maka Junjungan Nabi s.a.w. telah memberi amaran akan azab yang pedih menunggu mereka. Antaranya ialah siksaan yang maha dahsyat di satu tempat di neraka Jahannam yang dipanggil Jubbul Huzn.
Maka hendaklah kita mengambil pengajaran dari sabdaan Junjungan kita s.a.w. ini. Beramal biarlah ikhlas, kalau masih belum boleh, maka hendaklah diusahakan. Penyakit-penyakit hati seumpama riya` ini terlalu amat bahaya dan terlebih besar mudaratnya dari segala penyakit dunia. Seteruk-teruk penyakit dunia hanya kematian akibatnya, tapi penyakit-penyakit hati akan menjadi sebab penderitaan yang berpanjangan, kalaupun tidak berkekalan, di neraka, na`udzubillah min dzalik. Kehidupan kita di atas dunia yang fana ini hendaklah diberi perhatian yang sungguh-sungguh untuk melaksanakan segala titah - perintah Allah s.w.t. Kehidupan duniawi ini terlalu amat penting untuk dipersia-siakan dan dilumur dengan dosa kederhakaan dan maksiat kepada Allah. Pentingnya fasa umur dunia ini kerana ianya adalah penentu bagi kebahagiaan di sana nanti.
Imam Abu 'Abdullah Muhammad bin Abu Bakar al-Anshari al-Qurthubi (w. 627H) dalam karyanya "at-Tadzkaar fi Afdhalil Adzkaar" menukilkan beberapa hadits Junjungan Nabi s.a.w. berkenaan dengan Jubbul Huzn ini. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi r.a. daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. berdoa:- "Kami berlindung dengan Allah dari Jub al-Huzn". Para sahabat bertanya kepada Junjungan s.a.w.: "Wahai Junjungan Rasulullah, apakah itu Jubb al-Huzn?" Junjungan s.a.w. menjawab: "Satu wadi di neraka Jahannam yang mana neraka Jahannam sendiri memohon perlindungan Allah darinya setiap hari 100 kali." Junjungan s.a.w. ditanya lagi: "Wahai Junjungan Rasulullah, siapakah yang akan memasukinya?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Para qari` yang riya` dengan amalan-amalan mereka."
Satu riwayat pula dikeluarkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu memohon perlindungan Allah daripada Jubb al-Huzn." Para sahabat bertanya: " Wahai Junjungan Rasulullah, apakah itu Jubb al-Huzn?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Satu wadi di neraka Jahannam di mana neraka Jahannam memohon perlindungan Allah darinya setiap hari 400 kali." Junjungan s.a.w. ditanyai lagi: "Siapkah yang bakal memasukinya?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Ianya disediakan Allah bagi para qari` yang riya` dengan amalan-amalan mereka, dan sesungguhnya qari yang paling dimurkai Allah ialah yang mendatangi para pemerintah (yakni pemerintah yang zalim dan dengan tujuan mencari hasil duniawi dengan menggadaikan ayat-ayat Allah)."
*****************************************************
Doa khatam yang biasa dibaca oleh guru kami almarhum Mawlana 'Abdul Lathif al-Hafiz Kadayanalur setiap kali khatam Tafsir al-Baidhawi. Moga Allah sentiasa mencucuri hujan rahmat dan kasihan belas buat beliau serta menempatkannya bersama para sholihin. Allahumma aamiin. al-Fatihah.
Ahad, Oktober 07, 2007
Melebihi 1000 bulan
Di penghujung Ramadhan, satu lagi anugerah Allah menunggu kita. Khazanah yang amat tinggi nilainya, dinilai melebihi 1000 bulan. Mujahid menceritakan bahawa satu ketika Junjungan s.a.w. mengkhabarkan kisah seorang pahlawan Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan. Kisah tersebut mentakjubkan para sahabat yang mendengarnya, siapakah yang dapat melakukan sedemikian itu dari kalangan umat yang rata-rata umurnya 60 ke 70 tahun. Namun umat ini amat bertuah kerana umat ini umat Nabi pilihan, Junjungan sekalian alam dan kekasih Allah yang paling dikasihiNya, maka dianugerahkanlah kepada umat ini satu malam yang diberi gandaan lebih baik dari 1000 bulan. Maka bertuahlah umat yang mendambakan kehadiran malam tersebut dan mencarinya penuh kerinduan demi meraih keredhaan Ilahi. Begitu tinggi nilai anugerah Allah tersebut, masakan kita yang mengaku umat Nabi Junjungan sanggup melepaskan peluang keemasan memperolehinya. Jika ganjaran duniawi yang tidak seberapa, bersengkang mata kita menghasilkannya, kenapa kebahagiaan ukhrawi yang kekal abadi dipersia-siakan. Oleh itu jangan lepas peluang keemasan ini.
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Sabtu, Oktober 06, 2007
Manaaqib Ashhaab al-Badriyyin
17 Ramadhan mengingatkan kita kepada berbagai peristiwa penting dalam lipatan sejarah umat ini. Nuzul al-Quran terjadi pada tanggal tersebut dan tidak lupa perang Badar al-Kubra terjadi pada tarikh tersebut. Sewajarnya peristiwa Badar al-Kubra dan para pejuangnya turut kita peringati, agar kita memperolehi keberkatan dan rahmat apabila nama para sholihin disebut., apatah lagi para sholihin ini terdiri daripada kalangan sahabat Junjungan Nabi yang mencapai darjat yang istimewa di sisi Allah dan rasulNya. Betapa tidak istimewa para pejuang Badar, di mana pada tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah, tika peperangan mula meletus, Junjungan Nabi s.a.w. bermunajat kepada Ilahi dengan doa baginda:-
اللهم انشدك عهدك و وعدك.
اللهم ان تهلك هذه العصابة لا تعبد في الارض
اللهم ان تهلك هذه العصابة لا تعبد في الارض
Ya Allah, aku mengharapkan janjiMu. Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini, nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini.
Allahu ... Allah, pasukan manakah yang dimaksudkan oleh Junjungan Nabi s.a.w. ini? Sungguh itulah para pejuang Badar yang agung, pasukan penegak tawhid yang menjadi sebab bagi agama Allah tetap lestari sehingga ke saat ini. Maka sewajarnyalah para pejuang ini mendapat kedudukan yang istimewa di kalangan para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Junjungan Nabi mensifatkan pasukan tentera Badar sebagai penentu bagi kesinambungan perjuangan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Bahkan mereka adalah benteng keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, sehingga jika benteng tersebut roboh, maka tiadalah Allah disembah lagi di muka bumi ini. Maka, syukur Allah dengan kehendakNya telah memenangkan pasukan tentera ini dan terus menghidupsuburkan agama tawhid di muka bumi. Lakal hamdu wa lakasy syukru ya Allah.
Maka tidak pelik, jika kemuliaan para pejuang Badar ini, oleh para ulama kita dijadikan sarana untuk berwasilah kepada Allah s.w.t. Dalam posting yang lepas telah kusebut beberapa karya yang sedemikian seperti "Saifun Nashar" dan "Jaliyatul Kadar", maka satu lagi kompilasi yang bertemakan pejuang Badar ialah "Manaaqib Ashhab al-Badriyyin" yang lazim dibaca di India Selatan dan Sri Lanka. Ikhwah boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi kita semua dan moga Allah sentiasa merahmati para pejuang Badar dan juga sekalian pejuang agamaNya .... al-Fatihah.
Maka tidak pelik, jika kemuliaan para pejuang Badar ini, oleh para ulama kita dijadikan sarana untuk berwasilah kepada Allah s.w.t. Dalam posting yang lepas telah kusebut beberapa karya yang sedemikian seperti "Saifun Nashar" dan "Jaliyatul Kadar", maka satu lagi kompilasi yang bertemakan pejuang Badar ialah "Manaaqib Ashhab al-Badriyyin" yang lazim dibaca di India Selatan dan Sri Lanka. Ikhwah boleh rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai karya ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya bagi kita semua dan moga Allah sentiasa merahmati para pejuang Badar dan juga sekalian pejuang agamaNya .... al-Fatihah.
Khamis, Oktober 04, 2007
'Alwi Yang Pertama
Nama "'Alwi" atau "'Alawi" amat masyhur di kalangan para habaib terutama yang berketurunan Imam al-Muhajir r.a. Tersebut dalam "Syarhul 'Ayniyyah" karya as-Sayyid asy-Syarif al-'Aliy al-Muniif al-'Allaamah al-Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi Ba 'Alawi yang mensyarahkan qasidah guru beliau Imam al-Haddad dinyatakan bahawa keturunan Rasulullah s.a.w. yang pertama diberi nama 'Alwi @ 'Alawi adalah cucu Imam Ahmad al-Muhajir yang pertama dilahirkan di Hadhramaut iaitu al-Imam as-Sayyid 'Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Daripada beliau inilah turun segala zuriat para habaib 'Alawiyyin @ Bani 'Alawi yang masyhur zaman berzaman. Maka kepada beliau inilah keluarga Junjungan Nabi s.a.w. keturunan Imam Husain r.a. dari jalur Imam 'Ali al-'Uraidhi dinisbahkan sebagai Aali Ba 'Alawi (keluarga Ba 'Alawi) atau 'Alawiyyin. Keturunan mulia yang amat berjasa dalam dakwah dan penyebaran Islam. Rumpun bangsa Melayu di Nusantara amat bertuah kerana Allah s.w.t. telah menjadikan Islamnya leluhur kita atas tangan para habaib yang mulia ini.
Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal sebagai Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang dihadiri oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang membahaskan antara lain mengenai kemasukan Islam ke Indonesia. Antara kesimpulan yang diperolehi hasil musyawarah tersebut dinyatakan sebagai berikut:-
Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal sebagai Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang dihadiri oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang membahaskan antara lain mengenai kemasukan Islam ke Indonesia. Antara kesimpulan yang diperolehi hasil musyawarah tersebut dinyatakan sebagai berikut:-
Selain mensifatkan Imam 'Alwi bin 'Ubaidillah dengan ilmu, warak, tawadhu, dermawan, tinggi budi pekerti dan berbagai sifat kepujian, penting juga untuk kita beri perhatian bahawa Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi dalam kitabnya tersebut dengan tegas menyatakan yang Imam 'Alwi bin 'Ubaidillah adalah seorang SUNNI SYAFI`I (SUNNIYYAN SYAAFI`IYYAN). Maka kenapa sekarang ada yang mengaku keturunan beliau tetapi menyalahi i'tiqad pegangan beliau, bahkan cuba metasywisykan umat dengan menimbulkan isu "mazhab Ahlil Bait" yang digambarkan sebagai berseberangan dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Oleh itu, sempena bulan yang mubarak ini, aku mengingatkan diriku yang faqir lagi haqir ini agar tetap istiqamah atas jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang melazimi salah satu mazhab dari mazhab empat yang muktabar. Pegangan i'tiqad yang jazam lagi muwafaqah dengan yang sebenarnya iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah, adalah maha penting kerana atas dasar inilah amalan yang makbul dibina. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan kita atas pegangan para salafus sholeh terdahulu yang disampaikan kepada kita melalui wasitah para ulama khalaf yang merupakan murid, pengikut dan khalifahnya para salaf terdahulu. Sungguh mata rantai para ulama Islam tidak pernah terputus, berbeda dengan agama-agama samawi selainnya. Binasalah orang yang cuba membeza-bezakan antara para ulama salaf dan ulama khalaf sehingga menimbulkan waham seolah-olah kedua-dua pihak itu saling bertentangan. Sungguh tiada pada khalaf melainkan ajaran salaf.
Kami atas nama Majlis Musyawarah menyampaikan bahwa Majlis Musyawarah dalam pertemuannya yang ketiga pada 8 Dzulhijjah 1382H bertepatan dengan 20 April 1962 yang dihadiri sekitar 165 ulama, setelah mendengarkan, membahas dan mencari bukti-bukti tentang hal tersebut di atas memutuskan bahwa yang pertama memasukkan Islam ke Indonesia adalah para Syarif 'Alawiyyin dari Hadhramaut yang bermadzhab Syafi`i.
Langgan:
Catatan (Atom)