Ketika terpadam lampu .....
Jadi bagaimana hendak kita tinggalkan mereka untuk berpaut kepada dahan-dahan rapuh yang dimakan anai-anai ananiyah dan keangkuhan. Tidak sekali-kali tidak, takkan ku tukar permata terpilih dengan kaca.Telah berkata Imam al-Haddad r.a.: Dalam pandangan kami, (kitab - kitab yang menjadi) tiang atau fondasi bagi ilmu-ilmu agama serta segala kaedahnya ada 4. "Shahih al-Bukhari" dalam ilmu hadits; "Tafsir al-Baghawi" dalam ilmu tafsir; "al-Minhaj" (yakni "Minhajuth Tholibin" karya Imam an-Nawawi)" dalam ilmu fiqh (yakni fiqh Syafi`i); dan di antara kitab yang menghimpun berbagai ilmu agama adalah "Ihya` 'Ulumiddin". Inilah kaedah-kaedah untuk dijadikan landasan bagi memahami ilmu-ilmu agama. Kami telah mentelaah banyak kitab tetapi tidak kami lihat yang lebih himpunan ilmunya berbanding kitab "Ihya` 'Ulumiddin". Waktu sangat singkat dan segala kaedah yang disebutkan tadi itulah yang menjadi landasan bagi pengetahuan agama, itulah tiang-tiangnya pengetahuan agama. Dan tiadalah mazhab kami melainkan al-Quran dan as-Sunnah (yakni mazhab kita semuanya bersandarkan kepada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah ertinya Imam al-Haddad menolak mazhab walaupun beliau dikatakan telah mencapai kedudukan untuk berijtihad). Ketika kami menunaikan haji, sebahagian orang bertanyakan mengenai mazhab kami. Maka aku katakan kepada mereka: "(Kami bermazhab) Syafi`i". Dan hadir dalam majlis itu seorang wali yang kasyaf dari kalangan ahlul khuthwah, dia berkata kepadaku: "Kenapa engkau mengatakan bahawa mazhabmu Syafi`i, sedangkan mazhabmu adalah al-hadits?" Maka aku menjawabnya: "Bagaimana tidak, bahawasanya para leluhur kami semuanya atas mazhab Imam asy-Syafi`i."
Tersebut juga dalam "Tuhfatul Asyraf" tadi, bahawa Imam ar-Rafi`i rahimahullah juga mempunyai kekeramatan yang hampir serupa. Diriwayatkan bahawa bagi beliau apabila terpadam lampu, maka segala pepohonan akan mengeluarkan cahaya buat menerangi beliau yang sedang mentelaah. Dan tidak kurang juga kita pernah mendengar kekeramatan yang seumpamanya yang berlaku kepada para ulama Jawi kita seperti yang berlaku kepada Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah. Mudah-mudahan kita yang istiqamah mengikut jalan mereka juga akan diberikan kemuliaan di dunia dan di akhirat.