Kisah Mimpi Imam Syafi`i
Di sini aku hendak menukilkan satu kisah yang disampaikan dalam salah satu khutbahnya berhubung Imam kita asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan khutbahnya yang diberi jodol "Huna Madrasatu Muhammad s.a.w.", halaman 48 beliau menulis:
"Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: "Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa aku?" Lalu jawabku: "Aku daripadamu dan engkau daripadaku, Ya RasulAllah." Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku."Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu` yang ditunjukkan oleh Imam kita asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak keilmuan dan kesholehan, tetap tidak mengaku punya apa-apa maqam di sisi Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya hina dan masih bermaksiat kepada Allah. Benarlah perkataan sebahagian:-
Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan bahawa dirinya adalah daripada Junjungan Nabi s.a.w. adalah kerana beliau mempunyai nasab kepada Hasyim bin 'Abdu Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w. Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah Fathimah az-Zahra` r.'anha, manakala isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah dari nasab Sayyidina 'Utsman bin 'Affan r.a.
Sungguh pun demikian kemuliaan yang dimilikinya, namun pernah satu ketika tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin Hanbal, Imam asy-Syafi'i melantunkan syair berikut:-أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن أنال بهم شفاعة
و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا سويا في البضاعةKucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti mereka
Mendengar syair gurunya, Imam Ahmad membalas balik dengan penuh adab ketinggian dengan katanya kepada Imam asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,تحب الصالحين و أنت منهم * و منكم سوف يلقون الشفاعة
و تكره من تجارتهم معاصى * وقاك الله من شر البضاعةKau cintai para salihin dan engkau dari kalangan mereka
Akan terhasil segala syafaat dengan kalian semua
Dan kebencianmu kepada pelaku maksiat durhaka
Moga Allah memelihara dirimu dari kejahatan mereka
Allahu ...Allah, bukan saja ulama, umat semuanya disuruh bersikap tawadhu`. Tidak membesarkan diri, walaupun menyandang berbagai predikat. Jika umat biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka apatah lagi para pemuka umat. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang sombong membesarkan dirinya, Allah akan merendahkannya.