Jumaat, Disember 23, 2022
Isnin, Disember 05, 2022
Sayyidul Istighfar Penyertu Hati
Telah berkata Syaikhul Islam Sirajuddin al-Bulqini: Syaitan itu umpama anjing bagi orang mukmin. Ia senantiasa mengintai - ngintai kesempatan untuk menerpa hati sanubarinya. Selagi mana hati si mukmin tadi sibuk dengan mengingati Allah (dzikrullah), maka si syaitan akan menjauhkan dirinya. Tatkala mana hati tadi alpa dan lalai daripada mengingati Allah, syaitan akan menerkam hatinya dengan lahap lalu mengotorinya. Apabila engkau terkena najis anjing (yakni najis mughallazah), untuk mensucikannya engkau perlu membasuh 7 kali. Sayyidul Istighfar itu mempunyai 7 kalimah (yakni pengertian maknanya), maka apabila seseorang mukmin membacanya bersihlah hatinya daripada jilatan syaitan tersebut. Ketika anak beliau, Syaikh Jalaluddin, mendengar perkataan ayahandanya, beliau pun bersyair:
Tika syaitan menerpa hatimu yang alpa;
Lalu si durjana menjilat sekotor - kotornya;
Bersegeralah engkau sucikan dia;
Berpandukan ajaran sunnah sebaik - baik riwayatnya;
Tujuh rangkaian kalimah daripada Sebaik - baik Pemberi Ingatan adanya;
Mentauhidkan Tuhan dan bahawasanya kita hambaNya;
Atas perjanjian patuh mentaati, tiada kita langgar, tidak pula mengubahnya;
Demikian perlindungan dari kejahatan perbuatanmu mohon akan Dia;
Lalu akuilah segala nikmat yang banyak kepadamu dikurniakanNya;
Juga akuilah segala dosa kesalahanmu terhadapNya;
Seraya merendah diri bermunajat kepadaNya;
Katakanlah: Wahai Tuhanku maafkan dosa kesalahanku ampunilah ia;
Ketika itu, dengan taubatmu, engkau mencampak debu ke hidungnya;
Maka itulah sebenar - benar penghinaan baginya;
Dan bagimu satu penyucian adanya.
Yang dimaksudkan 7 rangkaian kalimah yang terkandung dalam Sayyidul Istighfar adalah intipati yang terkandung dalam Sayyidul Istighfar ada 7 sebagaimana berikut:- (i) Pengakuan rububiyyah dan uluhiyyah hanya bagi Allah; (ii) Pengakuan bahawa kita adalah hamba yang dicipta Allah; (iii) Pengakuan bahawa kita akan tunduk dan patuh atas segala hukum - hakam yang ditetapkan Allah semampu - mampunya; (iv) Kita memohon perlindungan Allah dari segala kesalahan yang telah kita lakukan (v) Pengiktirafan kita bahawa segala nikmat yang telah kita perolehi adalah anugerah kurniaan Allah (vi) Pengakuan atas segala dosa kesalahan yang telah kita lakukan (vii) Permohonan keampunan daripada Allah kerana hanya Dialah berhak mengampunkan segala dosa.
Maka, hendaklah kita sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Penerima Taubat. Amalkanlah Sayyidul Istighfar ini dengan tulus ikhlas dan penuh penghayatan. Mudah - mudahan segala dosa kesalahan kita diampuniNya.....Allahumma aamiin.
Rabu, November 09, 2022
Matilah, Jangan Tumbuh Lagi
Kata sebahagian ulama, doa ini juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar bagi orang - orang yang terkena ulcer atau apa - apa penyakit yang sifatnya merebak pada badan seperti kudis, kurap, burok yang lambat sembuh, atau penyakit ketumbuhan seperti barah atau kanser dan seumpamanya. Mudah - mudahan penyakit - penyakit tersebut dimatikan Allah dan tidak merebak lagi, juga diberikanNya kesembuhan yang sempurna.
Rabu, Oktober 26, 2022
Tika al-Haddad Masuk Neraka ...
Khamis, Oktober 20, 2022
Perarakan Mawlid - an-Nahrawali
Isnin, Oktober 17, 2022
Fida' Dengan Shalawat Sa'aadah.
Rabu, Oktober 12, 2022
Qiyam Mawlid Tanda Hormat
(Telah berkata Shahibul Barzanji) .......(artinya: "Telah mengelok akan berdiri" artinya "Telah mensunnat akan dia") pada ketika menyebut beranak Nabi yang mulia oleh beberapa imam yang mempunyai beberapa naqal daripada segala ulama dan shalihin yang mutaqaddimin lagi yang mempunyai mereka itu akan beberapa fikir yang sempurna, ( kerana barang yang padanya itu) menambahkan bagi menzahir akan kesukaan dan hormat dan takzim. (Dan kata mushannif) "wa qadis-tahsanal qiyaam" iaitu isyarat kepada bahawasanya pekerjaan berdiri pada ketika itu bid`ah yang hasanah yang tiada asal daripada nas Quran dan hadis, tetapi kerana `illah yang tersebut itu, memperbuat dan mengerja oleh segala ulama akan dia kerana mereka itu sangat kasih bagi zat Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan sangat redha mereka itu dan suka dan terima pemberian dan kurnia Allah ta`ala dengan menzahir Allah ta`ala akan demikian itu zat. (Hai nafsuku) maka janganlah engkau memudahkan perkataan dengan bahawa engkau kata: "Ini pekerjaan bid`ah dan tiada asal daripada nas dan tiada sunnah." Maka jika engkau kata yang demikian itu dan engkau qasad dengan dia mudah - mudahkan dan menghina-hina dan mengurang akan demikian itu zat dan mudah - mudah akan kurnia Allah ta`ala dengan menzahir akan itu zat, padahal Allah ta`ala suruh memulia akan dia, nescaya gugurlah engkau daripada `ainur rahmah. (Dan tiadakah engkau) ketahui akan pekerjaan bid`ah itu terbahagi ia atas lima bahagi. ....... (Dan pada perasaan engkau) segala ulama yang perbuat segala pekerjaan yang tersebut itu dengan sebab jahil mereka itu dengan pekerjaan agama jua dan engkaulah seorang yang alim di dalam dunia ini yang mengetahui pekerjaan agama. (Maka sangatlah keji dan bodoh engkau) dengan perkataan itu dan perasaan engkau itu, dan dengan engkau dengar dan yakin dengan segala fatwa syaikh sebagai dan tiada engkau ikut dengan perbuatannya, padahal syaikh sebagai bangun berdiri ia dengan segera dan demikian lagi segala fudhala` dan ulama yang hadir mereka itu di hadapannya bangun sekalian mereka itu dengan segera dengan tiada enggan dan engkar seperti engkau ........
Jumaat, Oktober 07, 2022
Wirid Jumaat - Ibnus Sunni
Rabu, September 28, 2022
Shalawat Amjad
Isnin, September 26, 2022
Mawlid - Bustanul Arifin
Selasa, September 13, 2022
Adab Zikir - Sidi `Abdullah
Sebagai penutup, diingatkan lagi bahawa tujuan berzikir adalah untuk mengingati Allah, dengan tunduk dan patuh kepada segala titah perintahNya, penuh kerelaan dan keikhlasan. Hadirnya hati ketika berzikir itulah adab yang utama dalam berzikir. Imam al-Haddad rahimahullah dalam an-Nashoih ad-Diniyyah menerangkan sebagai berikut:-