Mufti Haji Said Haji Ibrahim
Mufti Haji Said bin Haji Ibrahim, mantan mufti Sabah, dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923. Dalam menimba pengetahuan ilmu agama, beliau telah mengaji sehingga ke Jambi, Sumatera dan Makkah al-Mukarramah. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, 'aqidah, perbandingan `aqidah dan fiqh.
Setelah tamat pengajian, Haji Said telah memulakan karyanya untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama ISlam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.
Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Selain dari mengajar, Haji Said juga telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, 'aqidah dan sebagainya. Antara karya beliau:-
- Sinaran Fiqh;
- Mengenal al-Quran;
- Manasik Haji & Umrah;
- Qanun Jenayah Syariah;
- Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam;
- Soal - Jawab Nikah Kahwin;
- Fiqh Mazhab Syafi`i & Pendapat Imam-Imam Mazhab;
- Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam;
- Minhaj Ilmu Fiqh.
Haji Said terkenal sebagai seorang yang tegas menangani gejala ajaran sesat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Karya beliau "Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam" dihasilkannya untuk menjelaskan perbezaan firqah-firqah yang sesat seperti Syiah, Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. Berhubung dengan fahaman Ibnu Taimiyyah, beliau menulis mengenai penyelewengannya secara khusus dalam Fasal ke-18, Fasal ke -19 dan Fasal ke-20. Mufti Haji Said adalah antara ulama yang tegas dalam pernyataannya bahawa fahaman Ibnu Taimiyyah adalah menyeleweng daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dalam muqaddimahnya bagi karya tersebut, beliau rahimahUllah menulis pada halaman ii, antara lain:-
Dalam sejarah telah tercatat bahawa umat Islam dari masa ke semasa hingga kini terdapat beberapa firqah `aqidah dan fahaman mereka yang berbeza dan bertentangan di antara satu firqah dengan firqah yang lain.Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau....al-Fatihah.
Perkara ini memang sudah menjadi suatu kenyataan yang tidak boleh dibantah dan ditolak, iaitu firqah-firqah Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Najaariyah, Musyabbihah (Mujasimah), Bahaiyah dan Ibnu Taimiyyah, kesemuanya firqah tersebut berlainan fahaman dan `aqidah mereka. Dan tidak sama juga fahaman `aqidah mereka dengan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain-lainnya.
13 ulasan:
Assalamualaikum
Subhanallah. Lama tidak menjenguk ke blog ini, buka-buka terus nampak wajah Tuan Guruku yang mulia. Jazakumullah Ya Aba Muhammad.. Terubat sedikit rindu di hati..
Teringat Tuan Guru dengan ketenangan, kelembutan, ketegasan dan kehebatannya sehingga ke akhir usia beliau...
Moga Allah merahmati beliau, dan memberi kita manfaat dengan ilmu dan barakah beliau. Moga terlahir lagi ulamak hebat di Malaysia sehebat beliau..
Wa 'alaikumus salam wa rahmatullah, ya habibna.
Marhaba ya marhaba.
salams.
menatap mingguan 18 october 2009, saya betul terpanggil merindui bekas tuanguru ustsaid. Ketegasannya dan kewarakannya mgg terserlah..seorang yang amat2 alim..saya sama2 menadah ilmu di rumah pak yazid..kini segalanya tinggal kenangan 1923-2001. ( semuga dicucuri rahmat dan kemuliaan buat tn guru..Syurgalah sebaik2 buat almarhum) AL FATIHAH
Al fatihah buat arwah atukku tersayang....
xsempat bermanja lebih2...kami sanak keluarga mu merindui mu terutama tokku!
Saya pun ngaji dgnnya. Seorang tawaduk. Begitu juga dirumah pak yazid. Allahyarham.pak yazid telah meninggalkan kita lebih kurang sebulan yg lalu. Moga berbahgia semuanya di sana.
Allah..ada ka anak murid beliau di sabah??
assalamualaikum,,sudah lama mencari dimana keluarga tuan guru said bin ibrahim..kami cucu sebelah adik tuan guru said bin ibrahim dari kabupaten Tebo provinsi Jambi - Indonesia, dulu tahun 1980 -an pernah kedatangan beliau semasa kecil ke kota Jambi..sampai sekarang terputus silaturahmi kami sekeluarga di Jambi..kalau pun ada dan berkenan dari Paman dan Pupuan untuk menjalin hubungan silaturahmi yang telah lama terputus dan bisa kita hubungan kembali..tertinggal no hp dan wa saya 085266757733..salam hormat kami sekeluarga di Jambi..
سموݢ بليو دتمڤتکن دالم کالڠن مريک يڠ برايمان
Asllamu'alaikumsallam saya kluarga dari indonesia cucu dari adik bliaw guru bajuri bin ibrahim di jambi sallam silaturahmi
Asllamu'alaikum
Sayo CUCUNYA Dr Jambi,..
Tak henti berdoa,..
Semoga ada d antara Anak Cucu beliau,yg mewarisi ilmunya,..
Tak dpt berkata kata,Sebb kata terlalu miskin ,ntuk mengungkapkan RASA
Barakallahhufikum...
Yaaa Rabb...akhiri kami umat nabi Rasullah SAW,Dgn Husnul Khatimah...
Berkat Mama ku,NADRATUL WARDIAH,..AL FATIHAH
Aku berlindung KPD mu yaa Rabb...
Jagalah HATI Dan Qalbu ku...
Catat Ulasan