Qadha` Subuh Siang Hari
Seorang sahabat hafizahullah telah bertanya mengenai bacaan ketika qiyam, iaitu bacaan surah al-Fatihah dan surah selepasnya, dalam solat Subuh yang diqadha` pada waktu siang, samada ianya sunnat dibaca jahar sebagaimana perlaksanaannya ketika ada` (tunai) atau sunnat dibaca sir kerana ianya diqadha` pada siang hari. Beliau keliru setelah membaca keterangan dalam terjemahan al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari hafizahullah bagi karya guru beliau 'Allaamah Dr. Hassan Ali al-Saqqaf hafizahullah yang berjodol "Sifat Solat Nabi Yang Sahih", yang menyatakan bahawa bacaan dalam qadha` solat Subuh mesti dijaharkan secara mutlak. Perkara ini berbeza dengan apa yang pernah dipelajari daripada tuan - tuan guru yang menyatakan bahawa jahar atau sir dalam sesuatu solat qadha` termasuklah qadha` solat Subuh adalah mengikut kepada waktu ianya dilaksanakan, jika pada waktu malam ianya dijaharkan walaupun solat tersebut adalah qadha` solat Zohor atau 'Asar dan jika waktu siang, bacaan disirkan walaupun solat tersebut adalah qadha` solat Maghrib atau Isya` atau Subuh.
Setelah meneliti karya tersebut, pada halaman 159 dinyatakan antara lain, sebagai berikut:-
Setelah meneliti karya tersebut, pada halaman 159 dinyatakan antara lain, sebagai berikut:-
Jika seseorang itu mengqada'kan solatnya yang tertinggal samada solat malam mahupun siang dan jika dilakukannya pada malam hari maka dia mesti menjaharkan bacaannya. Sebaliknya jika dia mengqada solat yang tertinggal itu di siang hari maka dia mesti mengsirkan bacaannya melainkan pada solat subuh. Ia mesti dijaharkan secara mutlak samada diqadha pada malam atau siang hari. ............ Akan tetapi terdapat pengecualian dalam ketentuan ini iaitu pada solat subuh. Berkenaan solat subuh terdapat satu hadis yang sahih yang menjelaskan bahawa Nabi SAW pernah mengqada'kan solatnya setelah terbit matahari. Baginda melakukannya sebagaimana solat subuh setiap hari. Iaitu Baginda membaca secara jahar dan tidak mengecualikannya (iaitu tidak mengsirkan)..... Diriwayatkan dari Abu Qatadah di dalam hadis yang panjang ........"Baginda melakukannya sebagaimana solat subuh biasa"....
Di sini ese hanya ingin memberikan dua komentar ringkas terhadap pernyataan di atas. Pertama, menjahar atau mengsirkan bacaan dalam solat bukanlah satu kemestian (baca: wajib) tetapi ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai SUNNAT. Kedua, mengenai pernyataan bahawa bacaan pada qadha` Subuh di siang hari dibaca jahar secara mutlak, maka pendapat ini bukanlah pendapat yang dimuktamadkan dalam mazhab. Ianya adalah salah satu daripada dua pendapat para ulama Syafi`iyyah yang boleh dianggap sebagai muqabilul asah, manakala pendapat yang ASAH adalah bacaan dalam qadha` Subuh di siang hari sunnat dibaca secara sir dan tidak sunnat dibaca jahar kerana mengikut waktu ianya diqadha. Hal ini tuan - tuan boleh rujuk mana-mana kitab fiqh mazhab kita dan pasti akan berjumpa dengan pernyataan bahawa sir atau jahar dalam sesuatu solat qadha adalah di`itibarkan kepada waktu qadha` dan bukannya waktu `ada (tunai) solat tersebut. Maka jika ianya diqadha` pada siang hari, maka ianya dibacakan secara sir walaupun ianya solat jahar pada waktu `ada.
Mengenai hadis Sayyidina Abu Qatadah RA yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya yang antara lain menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW telah mengqadhakan solat Subuh pada waktu siang sebagaimana baginda melakukannya pada setiap hari - "fa shona`a kama kaana yashna`u kulla yawmin..", maka sebahagian ulama telah menjadikannya dalil untuk menghukumkan bahawa qadha` solat Subuh pada waktu siang pun sunnat dibaca jahar. Namun, pendapat ini bukanlah pendapat yang muktamad dalam mazhab kita kerana pendapat yang asah adalah sebaliknya, sebagaimana dijelaskan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah dalam "Syarah Muslim", antara lain, menyatakan sebagai berikut:-
Mengenai hadis Sayyidina Abu Qatadah RA yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya yang antara lain menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW telah mengqadhakan solat Subuh pada waktu siang sebagaimana baginda melakukannya pada setiap hari - "fa shona`a kama kaana yashna`u kulla yawmin..", maka sebahagian ulama telah menjadikannya dalil untuk menghukumkan bahawa qadha` solat Subuh pada waktu siang pun sunnat dibaca jahar. Namun, pendapat ini bukanlah pendapat yang muktamad dalam mazhab kita kerana pendapat yang asah adalah sebaliknya, sebagaimana dijelaskan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah dalam "Syarah Muslim", antara lain, menyatakan sebagai berikut:-
" Perkataannya: (Kemudian telah azan Sayyidina Bilal bagi solat, maka telah solat Junjungan Nabi SAW dua rakaat lalu setelah itu baginda pun solat Subuh, maka baginda telah mengerjakannya sebagaimana yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari] padanya (ada hukum bahawa) mustahab melakukan azan bagi qadha` solat yang luput. Dan padanya (hukum) bahawa diqadhakan juga sembahyang ratibah kerana yang zahir dua rakaat yang dilakukan sebelum solat Subuh adalah solat sunnat Subuh. Dan perkataannya [Sebagaimana yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari] padanya isyarat kepada sifat solat qadha` Subuh yang luput itu seperti sifat solat tunainya, maka diambil daripada perkataan tersebut bahawa dalam qadha` solat Subuh yang luput sunnat juga dibacakan qunut dan perkara ini tiada khilaf di sisi kita (yakni di sisi ulama Mazhab Syafie). Dan telah berhujjah dengan hadis ini (yakni dengan pernyataan bahawa - baginda sholat sebagaimana yang dikerjakannya pada setiap hari ), ulama yang berpendapat bahawa dijaharkan bacaan dalam solat Subuh yang diqadha` setelah terbit matahari. Dan pendapat ini adalah satu wajah (pendapat) daripada dua wajah bagi para sahabat kami (yakni para ulama Mazhab Syafie), namun yang asah daripada dua wajah tersebut adalah disirkan bacaan padanya (yakni pendapat yang asah dalam Mazhab Syafie bahawa bacaan dalam qadha` solat Subuh di siang hari sunnat disirkan). Dan ditanggung kata-kata dalam hadis - " kama kaana yashna`u" - sebagaimana yang biasa dia lakukan ..." - kepada segala af`al (yakni kepada segala perbuatan seperti azan, iqamah, sholat sunat sebelum subuh, berqunut dan seumpamanya).Diharap kita dapat memahami penjelasan di atas, yang menyimpulkan bahawa pendapat yang asah dalam Mazhab asy-Syafi`iyyah adalah sunnat mengsirkan bacaan dalam qadha` solat Subuh yang luput jika ianya dilakukan pada waktu siang sebagaimana lain - lain solat yang diqadha` pada waktu siang. Apa-apa pun, berusahalah agar jangan sampai terbabas solat Subuh supaya tak payah kita nak poning - poning mikir, sir ke jahar ... sir ke jahar.
1 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian pencerahan ustaz
Catat Ulasan