I'tiqad Imam al-Haddad
- Hendaklah engkau membentengi pegangan kepercayaanmu (yakni i'tiqadmu), memperbaikinya dan memperkukuhkannya atas jalan kumpulan yang mendapat kejayaan, iaitu kumpulan yang terkenal antara berbagai kumpulan sebagai 'Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ahlus Sunnah wal Jama`ah adalah orang yang berpegang teguh dengan jalan Junjungan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum. Jika engkau teliti nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah - yang berhubung dengan keimanan - dengan pemahaman yang benar, fikiran sihat yang terbit dari hati yang bersih, serta engkau pelajari perjalanan hidup para salafus sholeh daripada kalangan sahabat dan tabi`in, nescaya engkau akan mengetahui dengan yakin bahawa kebenaran itu berada bersama kumpulan yang dikenali sebagai al-Asy`ariyyah yang dinisbahkan kepada asy-Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari rhm. yang telah menyusun segala kaedah pegangan 'aqidah ahlul haq serta menyaring segala dalilnya. Inilah 'aqidah yang dipegangi oleh para sahabat r.anhum dan orang-orang selepas mereka daripada kalangan para tabi`in yang terpilih."
Jadi, sia-sialah golongan yang ingin menyesatkan golongan al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah kerana dua inilah Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sejati, bukan sempelan. Imam al-Haddad telah menyatakan bahawa kedua-dua golongan ini, adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang selainnya Allahu a'laam. Mudah-mudahan kita selamat dari kesesatan yang bertopengkan tauhid dan sunnah.
2 ulasan:
tulisan yang bagus..
Salam,
Mahdi Jamalullail
http://idhamdeyas.blogspot.com
terima kasih. mohon perkongsian
Catat Ulasan