Isnin, Disember 26, 2005

Penolakan Ulama terhadap Wahhabi


Ikhwah, sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu 'Abdul Wahhab an-Najdi. Antaranya ialah:-
  1. "Misbahul Anam wa Jala`udz Dzalam fi Radd Syubah al-bid`i an-Najdi allati adhalla bihal 'awam" karangan Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Habib Abdullah al-Haddad, beliau merupakan cicit kepada Imam al-Haddad yang masyhur.
  2. "As-Saiful-Batir li 'unuqil munkir 'alal akabir" juga karangan Habib Alwi al-Haddad;
  3. "As-Sarim al-Hindi fi 'unuqin-Najdi" karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;
  4. "As-Sarim al-Hindi fi ibanat tariqat asy-Syaikh an-Najdi" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani;
  5. "Tahakkum al-Muqallidin bi mudda`i tajdid ad-din" karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Ibnu Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa;
  6. "Sawa`iqul Ilahiyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin 'Abdul Wahhab;
  7. "Saiful Jihad li mudda`i al-ijtihad" karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i;
  8. "As-Sawa`iq war Ru`ud 'ala al-Shaqi 'Abd al-'Aziz ibn Sa`ud" karangan Syaikh 'Afifudin 'Abdulah bin Dawud al-Hanbali;
  9. "Ad-Durarus Saniyyah fir raddi 'alal Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Makkah;
  10. "Fitnatul Wahhabiyyah" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
  11. "Khulasatul Kalam fi bayani 'umara` al-Balad al-Haram" karangan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan;
  12. "Faydul Wahhab fi bayan ahl al-haq wa man dhalla 'an ash-shawab" karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i;
  13. "al-Basha`ir li munkiri at-tawassul ka amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab" karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi;
  14. "Al-Minha al-Wahhabiyyah fi radd al-Wahhabiyyah" karangan Syaikhul Islam Dawud bin Sulaiman al-Baghdadi al-Hanafi;
  15. "'Adzab Allah al-Mujdi li jununi al-munkiri an-Najdi" karangan Syaikh Muhammad 'Asyiqur Rahman al-Habibi;
  16. "Ghawtsul 'Ibad bi bayan ar-rasyad" karangan Syaikh Mustafa al-Hamami al-Misri;
  17. "Jalal al-Haqq fi kasyfi ahwal asyrar al-khalq" karangan Syaikh Ibrahim al-Hilmi al-Qadiri al-Iskandari;
  18. "Maqalat al-Kawtsari" karangan Syaikh Muhammad Zahid al-Kawtsari al-Hanafi;
  19. "Fajrul Shadiq fi ar-radd 'ala munkiri at-tawassul wal khawariq" karangan Syaikh Jamil Effendi Sidqi az-Zahawi al-Baghdadi;
  20. "Sa`adatud Darain fi al-radd 'ala al-firqatain al-Wahhabiyyah wa muqallidat az-Zahiriyyah" karangan Syaikh Ibrahim al-Samnudi al-Mansuri.

Inilah antara kitab-kitab yang ditulis berbagai ulama membahas kesesatan dan penyelewengan ajaran Wahhabi. Sebenarnya ramai lagi ulama dan banyak lagi kitab serta tulisan yang sedemikian. Ulama-ulama Jawi juga ada menyentuh berhubung kesesatan puak Wahhabi ini dalam tulisan-tulisan mereka seperti mantan Mufti Negeri Sembilan Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id al-Linggi al-Melayuwi dan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni dalam karangannya berjodol "Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin". Maka terpulanglah kepada kita hendak mempercayai ulama yang ramai atau mempercayai sahaja kata-kata Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi dan pengikut-pengikutnya.

Allahummahdi ila sawaa-is sabil

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, shukur Allah ketemukan beberapa site yang memahami konsep ilmu dan akidah ahlus sunnah wal jamaah (ASWJ) yg sebenar-benarnya di tengah-tengah gelombang fahaman baru yang menular ke dalam pemikiran ummat skrg. Moga kebaikan ini akan bertambah dari hari ke hari.

Moga sama-sama dapat di ambil manfaat drnya dan disampaikan pd yang lain.

Apabila Allah swt mahukan kebaikan drpd setiap seseorang itu, Dia akan beri kefahaman agama yang sebenarnya kpd orang tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Abu Muhammad, I have copied ur article and paste it to my web site. Actually, I want to share with other my friends which is not very good in understanding what is wahabi and who are they. They're think and set up that wahabi is a group that confirm ahlul jannah.

May u can give permission. I copied and not remove your name and I'm not altered it.

Abu Muhammad berkata...

Tafadhdhaliy, bersama menegak Sunniyun Syafi`iyyun dan mazhabiy. Mana blog enti?

Tanpa Nama berkata...

elzahra.com lah is ana punya website.