Gelengan Zikir
Ikhwah, rezeki semuanya daripada pemberian Allah, dah jadi rezeki mike Ukhtina Mardhiah, tergolek bahan untuk aku buat posting pertanyaanmu. Aku cakap pasal gaya-gaya zikir dulu, hak lain tunggu dulu noooo. Ikhwah, yang kumaksudkan dengan gaya di sini ialah perlakuan zahir seseorang tatkala berzikir, yakni biasa kita lihat sewaktu berzikir ada yang mengeleng - gelengkan kepalanya ke kiri ke kanan dan sebagainya. Bagi sebahagian orang yang menerima baiah thoriqat, maka dalam ijazah zikir mereka diajar gaya-gaya tertentu sewaktu melaksanakan zikir tersebut dengan falsafahnya masing-masing. Ada yang mengajar agar tarikan kalimah "Laa" itu bermula dari bawah pusat, kemudian dibawa sehingga ke dahi kemudian diturunkan kalimah "ilaha" ke bahu kiri dan akhirnya dipalu kalimah "Allah" terus masuk ke dalam hati sanubari. Ada yang menarik kalimah "La ilaha" daripada hati sanubari sebagai isyarat mengeluarkan dan menafikan segala aghyar yang ada di dalamnya, kemudian dilontarkan ke belakang melalui bahu kanan, kemudian dikembalikan kalimah "illa" ke bahu kanan dan dipukul kalimah "Allah" ke dalam hati sanubari. Gaya-gaya ini biasanya diajar oleh syaikh yang mursyid kepada anak muridnya sewaktu menerima baiah thoriqat mereka. Bagi yang bukan ahlinya maka mereka memandang sinis perlakuan ini tanpa terlebih dahulu melihat dan mengkaji dalil dan alasan mereka berbuat sedemikian. Oleh itu, kalau nak tahu pergilah bertanya dengan mereka-mereka yang ahlinya, seperti Ustaz Jahid Haji Sidek, Prof. Dr. Harun Din dan sebagainya. Jangan tanya ngan THTL, MAZA, pilot, karang percuma free je kena bid`ah haarrrrraammmmmm.
Bagi orang awam yang tidak berthoriqah seperti di atas, mereka juga apabila berzikir, kebiasaannya dan pada umumnya, bergerak-gerak dan tergeleng-geleng kepala mereka. Sebenarnya semua ini punya sebab, alasan dan dalil. Antaranya ialah riwayat daripada Sayyidina Ali r.a. yang mensifatkan perlakuan para sahabat antaranya:-
"fa idza ashbahuu fa dzakarUllah maaduu kamaa yamiidusy syajar fi yawmir riih" yang bermaksud: "para sahabat apabila mereka berpagi-pagi mereka berzikrullah dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan pokok-pokok pada hari berangin." Perkara ini juga disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id Linggi dalam kitabnya "Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah" di mana pada mukasurat 56 sebagai berikut:-
Oleh itu, janganlah dibesar-besarkan masalah manusia berzikir dengan gerakan badan dan gelengan kepala. Aku sendiri kalau berzikir dengan duduk diam je samalah macam berjalan tak hayun tangan gamaknye, macam robot. Apa yang lebih patut difikirkan kita dan mereka yang seberang tu ialah anak-anak muda termasuk juga kekadang anak-anak tua, yang tergeleng-geleng, terloncat-loncat kat konsert Jom Heboh yang turut diadakan di Negeri Darus Sunnah yang langsung tidak sunnah. Sebenarnya banyak lagi dalil, cuma aku tak larat nak muatkan di sini. Insya-Allah, ada kesempatan di lain ketika, dua`ukum.

فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر في يوم الريح
"fa idza ashbahuu fa dzakarUllah maaduu kamaa yamiidusy syajar fi yawmir riih" yang bermaksud: "para sahabat apabila mereka berpagi-pagi mereka berzikrullah dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan pokok-pokok pada hari berangin." Perkara ini juga disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id Linggi dalam kitabnya "Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah" di mana pada mukasurat 56 sebagai berikut:-
- Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin 'Iyyadh berkata:- "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat." Inilah di antara cara berzikir untuk keterangan lanjut mengenai cara ini, hendaklah ia menggerakkan tubuh badannya condong ke sebelah kanan memulakan dengan perkataan nafi "La" (daripada ayat tahlil La ilaha illa Allah) di sebelah kanan kerana nafsu yang condong kepada kejahatan ada di sebelah kanan. Kemudian menyebut lafaz "Allah" ketika badannya condong ke sebelah kiri, supaya hati menerima segala cahaya dan rahsia lafaz "Allah".
- Sebenarnya tidak ada keharusan (peringatan: "harus" di sini mengikut pengertian bahasa Indonesia yang bererti "wajib atau mesti" dalam bahasa kita, jadi makna "tidak ada keharusan" ertinya "tidak ada kewajipan atau kemestian", fahami betul-betul jangan salah faham karang sosat jalan) menggerak-gerakkan kepada ke kanan dan ke kiri dalam tatacara membaca kalimat tahlil. Akan tetapi jika cara itu dapat menambah kekhusyu'an pembaca dalam menghayati makna kalimat, maka hukumnya sunnah. Sedangkan cara yang umum adalah menoleh ke kanan pada kalimah nafi (la ilaha) dan menoleh ke kiri pada kalimah itsbat (illaAllah). Cara ini berdasarkan riwayat hadits yang artinya:- "Berkata Rasulullah s.a.w. kepada 'Ali kw.: "Dengarkan perkataanku tiga kali, kemudian tirukan tiga kali dan aku mendengarkannya". Lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan 'La ilaha illa Allah' tiga kali dengan menoleh ke kanan pada kalimah nafi dan menoleh ke kiri dalam kalimah itsbat sambil memejamkan matanya. Demikian juga tentang gerakan badan secara spontan yang biasa dijumpai pada saat berdzikir, hukumnya adalah boleh. Karena gerakan itu merupakan reaksi spontan yang wajar ketika perasaan sedang terbawa oleh bacaan dzikir. Lihat: Bariqoh Mahmudiyah juz IV hal. 139 - 140, Mausu`ah Yusufiah hal 175.
Oleh itu, janganlah dibesar-besarkan masalah manusia berzikir dengan gerakan badan dan gelengan kepala. Aku sendiri kalau berzikir dengan duduk diam je samalah macam berjalan tak hayun tangan gamaknye, macam robot. Apa yang lebih patut difikirkan kita dan mereka yang seberang tu ialah anak-anak muda termasuk juga kekadang anak-anak tua, yang tergeleng-geleng, terloncat-loncat kat konsert Jom Heboh yang turut diadakan di Negeri Darus Sunnah yang langsung tidak sunnah. Sebenarnya banyak lagi dalil, cuma aku tak larat nak muatkan di sini. Insya-Allah, ada kesempatan di lain ketika, dua`ukum.
- p/s - Cahaya Nabawiy online ada gak, tapi update biasanya lambat. URLnya kat:- http://www.cahayanabawiy.or.id/
2 ulasan:
Wah...bestnya baca posting ni, Jazakumullah Abu Muhammad
Alhamdulillah, ana fi khidmatikum
Catat Ulasan