Nabi Khidhir - 4
Satu lagi posting berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol "al-Hisnul Hasin" ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali, tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata. Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle "Condolence of Sayyidona Khidr a.s.":-
According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- "Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune."
Sebagaimana yang aku jelaskan dalam posting-posting terdahulu berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji. Berhubung hadits mengenai ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting aku akan nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a'laam.
مدد يا نبي الله يا الخضر عليه السلام
6 ulasan:
Syeikh buleh anta bg rujukan hadis tu
syeikh buleh anta bg rujukan hadis tu
Assalamualaikum ya syeikh. Pertama kali saya mengucapkan tahniah atas kewujudan blog ini (memandangkan pengunjung baru) yang memberikan hujjah yang bagus untuk melawan hujjah hujjah golongan salafi. Saya berasal dari kelantan dan disana pun mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai bermanhaj salafi cuba juga untuk melebarkan pengaruh mereka di sana tp alhamdulillah setakat ini kemaraan mereka berjaya di 'check' oleh tuan tuan guru disana.
Ana sendiri merasa hairan juga bagaimana org org seperti hafiz firdaus itu boleh berlagak menjadi seorang alim sehingga seolah olah boleh mengeluarkan hukum? Walhal kalau diteliti dr segi pekerjaannya pun sudah terlibat dalam perkara syubhah iaitu bekerja dengan syarikat MAS yang terlibat dalam perniagaan arak dan menyediakan arak utk penumpang. Sedangkan ulama ulama dulu yang berkaliber dalam hal makanan, dan hasil pendapatan hairan cukup berhati hati menyebabkan perkara yang kita rasakan sudah jelas halal pun masih dianggap syubhah dan dielakkan. Begitu juga org org lain terutama sekali Dr Asri yang berlagak seolah olah pakar hadith. Sedangkan Syeikh Nuruddin (ulama muda dari makasar sulawesi) tidak berkelakuan begitu dan ana rasa dia jauh lebih handal drpd dr Asri (memandangkan tuan guru nik abdul aziz juga ada mempelajari hadith drpdnya).
Harapnya syeikh teruskan usaha murni ini bagi menangkis golongan golongan yang cuba merosakkan Islam. Wassalam
Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah, marhaba ya akhiena Irfan, sama-samalah kita hadapi golongan 'ajaba bi nafsih ini. Kelantan kaya dengan ulama dan tok-tok guru yang alim - alim lagi zuhud. Insya-Allah, berkat mereka, Ahlus Sunnah wal Jamaah sejati penerus dan pewaris sebenar ajaran salaf akan terus berdiri.
Cik Nony, insya-Allah, du`aukum.
Syaikh Nony, guna username boleh?
Catat Ulasan