Harakat Madani
Telah lama aku mencari-cari kaset nasyid sholawat kumpulan Harakat Madani. Sayang sehingga kini belum aku temui. Kumpulan tersebut pun sudah tak diketahui lagi ke mana perginya. Nasib ada lagi nasyid mereka kat alam siber. Nasyid yang aku gemari dalam kompilasi mereka ialah yang menganjurkan agar kita banyak bersholawat atas Junjungan s.a.w. Alhamdulillah, sesiapa yang nak dengar bolehlah cari nasyid no. 23 di bawah laman ni dengan jodol "Nur Selawat". Lirik-liriknya seperti berikut, tapi jangan dok bernasyid sampai lupa nak bersholawat:-
Banyakkanlah selawat ke atas Nabi
Memberi fadhilat yang besar sekali
Allah dan malaikat turut berselawat
Kepada Junjungan Nabi yang dikasihi
Berselawat itu menjadi sinar
Di hari akhirat mendapat syafaat
Penawar hati dari kegelisahan
Terlepas diri dari kemunafikan
Pahala selawat banyak sekali
Dimurahkan rezeki bagi yang meyakini
Pabila berdoa jangan dilupai
Semoga Allah akan memberkati
Amalan selawat elok dibiasakan
Tandalah ingatan kasih padanya
Moga keimanan kuat dirasa
Untuk mengamalkan segala sunnatnya
Memberi fadhilat yang besar sekali
Allah dan malaikat turut berselawat
Kepada Junjungan Nabi yang dikasihi
Berselawat itu menjadi sinar
Di hari akhirat mendapat syafaat
Penawar hati dari kegelisahan
Terlepas diri dari kemunafikan
Pahala selawat banyak sekali
Dimurahkan rezeki bagi yang meyakini
Pabila berdoa jangan dilupai
Semoga Allah akan memberkati
Amalan selawat elok dibiasakan
Tandalah ingatan kasih padanya
Moga keimanan kuat dirasa
Untuk mengamalkan segala sunnatnya
Wahai ikhwah budiman, Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Afdhalush Sholawat 'ala Sayyidis Saadaat" menukilkan banyak hadits berhubung keutamaan dan fadhilat bersholawat, antaranya:-
Oleh itu nyatalah kepada kita bahawa amalan bersholawat ini sama sekali tidak boleh diperlekeh dan diperkecilkan. Mari kita senantiasa melantunkan ucapan sholawat dan salam atas Junjungan s.a.w. dengan penuh rasa takzim dan syauq kepada Junjungan s.a.w. yang merupakan rahmat bagi sekalian alam.
- Junjungan s.a.w. bersabda:- "Sholawat ke atasku adalah nur pada hari kiamat tatkala kegelapan meniti titian Shiratul Mustaqim, maka perbanyakkanlah bersholawat ke atasku."
- Junjungan s.a.w. bersabda:- "Sesiapa yang mendapat kesempitan dalam menunaikan hajatnya, maka hendaklah dia memperbanyakkan sholawat ke atasku, kerana sesungguhnya sholawat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesusahan, serta membanyakkan rezeki dan menunaikan hajat-hajat."
- Junjungan s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang suka berjumpa Allah ta`ala dalam keadaan Allah meredhainya, maka hendaklah dia banyak bersholawat ke atasku."
Oleh itu nyatalah kepada kita bahawa amalan bersholawat ini sama sekali tidak boleh diperlekeh dan diperkecilkan. Mari kita senantiasa melantunkan ucapan sholawat dan salam atas Junjungan s.a.w. dengan penuh rasa takzim dan syauq kepada Junjungan s.a.w. yang merupakan rahmat bagi sekalian alam.
Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadinin
Nabiyyil Ummiyyi wa 'ala aalihi wa shohbihi wa sallim
Nabiyyil Ummiyyi wa 'ala aalihi wa shohbihi wa sallim
1 ulasan:
Ya Abu, bolehkah ana mendownload nur solawat dari harakat madani. Saya senang sekali syair dan iramanya. Jazakalloh ahsanal jaza
Catat Ulasan