Madrasah Shaulatiyyah
Sejarah madrasah ini bermula dengan penghijrahan Maulana RahmatUllah al-Kiranwi (@ al-Kiranawi) ke Makkah dari India setelah dikejar oleh penjajah British. Maulana RahmatUllah adalah pengarang kitab "Idzharul Haq" yang terkenal. Di Makkah, selain mengajar secara berhalaqah dalam Masjidil Haram, beliau tergerak untuk mendirikan sebuah madrasah formal, maka pada bulan Rabi`ul Awwal 1285H, beliau mendirikan sebuah madrasah di kawasan Syamiyyah atas sebidang tanah milik orang India. Dalam tahun 1289H, datanglah ke Makkah seorang perempuan India yang terkenal sebagai dermawan, iaitu Shaulatun Nisaa`. Kedatangannya selain untuk menunaikan haji adalah untuk membeli sebidang tanah untuk diwaqafkan kepada faqir miskin yang tinggal di tanah suci tersebut.
Ditaqdirkan Allah, bertemulah Shaulatun Nisaa` dengan Maulana RahmatUllah yang kebetulan sedang mencari tanah untuk membangunkan madrasah yang lebih bak dan lebih besar dari apa yang telah sedia ada di Syamiyyah. Shaulatun Nisaa` bersetuju membeli tanah untuk diwaqafkan sebagai madrasah dan tanah tersebut terletak di desa al-Khandarisah. Setelah tanah tersebut dibeli dan diwaqafkan, maka pada 15 Sya'baan 1290H, Maulana RahmatUllah telah meletakkan batu asas pembangunan madrasah dan ianya beroperasi sepenuhnya pada tahun 1292 dan, alhamdulillah, berkekalan sampai ke hari ini. Sebagai mengenang sumbangan wanita dermawan tersebut, madrasah itu dinamakan Madrasah Shaulatiyyah.
Madrasah Shaulatiyyah telah menjadi tumpuan para pelajar dan santri dari berbagai pelosok dunia. Ramai ulama kita yang belajar secara halaqah dalam Masjidil Haram, turut belajar di madrasah ini. Pelajaran di madrasah ini masih menurut kaedah Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ramai ulama-ulama kita yang belajar dan mengajar di Madrasah ini. Antaranya ialah Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafi`i Makkah zamannya, Sayyid Muhsin al-Musawa, Dato Seri Utama Diraja Dato` Hj. Ghazali Haji Abdullah, Mufti Kerajaan Selangor (1968-1973), dan ramai lagi, bahkan Tuan Guru Syaikh Nuruddin al-Banjari juga merupakan lulusan madrasah tersebut. Antara yang pernah menjadi tenaga pengajar di sana ialah Syaikhul Islam Selangor, Tengku Mahmud Zuhdi, Syaikh Hasan Masyath dan ramai lagi ulama kenamaan kita. Tahun lepas, sewaktu aku berada di Makkah, aku berkesempatan bertemu dengan beberapa pelajar Indonesia yang menjadi santri madrasah tersebut, dan mereka menyatakan bahawa madrasah itu masih tetap atas manhaj Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Sebenarnya, ajaran Wahhabi di Hijaz hanya nampak kukuh pada lahiriah sahaja dengan bantuan Kerajaan Sa`ud. Kebanyakan penduduk Hijaz masih tetap Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi terpaksa beramal secara sembunyi-sembunyi. Tahun 1990, aku ke Makkah dan berkesempatan sowan ke Buya Maliki di Rushaifah. Aku pergi setelah sholat Ashar di Masjidil Haram dengan seorang pakcik dari Fathani Darus Salam. Setelah lewat petang, hampir-hampir Maghrib barulah kami berdua bergegas pulang ke Masjidil Haram untuk mengejar sholat Maghrib dalam Masjid yang mulia. Dalam perjalanan pulang, kami lewat satu masjid (aku dah lupa namanya) tetapi dikatakan bahawa masjid ini merupakan tempat telaga di mana Junjungan Nabi s.a.w. pernah mandi dan bersuci sebelum masuk ke Haram Makki (pastinya telaga itu telah ditutup rapat oleh Wahhabi). Aku terdengar suara Imam Masjid tersebut memulakan bacaan al-Fatihahnya dengan basmallah seperti kebiasaan amalan kita yang bermazhab Syafi`i, memandangkan kami hendak mengejar Maghrib di Masjidil Haram tidaklah kami singgah di sana. Menurut saudara-saudara yang menyantri di sana, Ahli Hijaz masih berpegang dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, bahkan mereka turut mengadakan mawlid secara sembunyi-sembunyi dalam rumah yang tertutup. Hanya Ahli Najd (baca: penjajah) sahaja yang fanatik dengan ajaran Wahhabi dan kita tahulah apa yang dikatakan oleh Junjungan Nabi s.a.w. berkenaan dengan Najd dan pengganas mereka yang telah menumpahkan darah kaum muslimin dan menjajah bumi Hijaz (walaupun mereka bersungguh-sungguh memberi berbagai penafsiran berhubung hadits tersebut). Insya-Allah, pengaruh Wahhabi tak akan bertapak selamanya di bumi suci tersebut. Kebatilan pasti lenyap, kebenaran pasti terserlah.

17 ulasan:
Assalamualaikum,
mohon pandagan tuan berkenaan masalah saya. ianya dah lama saya fikirkan, namun hanya dalam fikiran saja. sejak berjumpa blog tuan, baru saya rasa nak bertanyakan maslaah saya.
berkenaan mazhab. benarkah tidak boleh mencampuraduk mazhab?
saya sering didedahkan dengan mazhab syafie. namun bila membuka beberapa kitab berkenaan perbandingan mazhab contohnya "fiqh ala mazhabil arbaah" dan "fiq Islami waadillatuh", saya mula membandingkan antara pendapat mazhab.
Bila membandingkan mazhab, saya mula berfikir pendapat paling kuat bagi saya.
contohnya bab bersentuhan suami isteri tanpa syahwat. setelah menilai pendapat mazhab 4 ini, saya secara peribadi berpendapat yang paling kuat adalah ianya tidak membatalkan wudhu'.
Sebenarnya kes ini bermula bila saya membaca buku Fiqh Muqaron yang diguna sebagai teks rasmi fakulti syariah universiti al azhar.
selepas itu saya merujuk banyak kitab2 termasuk kitab atas tadi serta fiqh sunnah, nailul author dan banyak lagi.
Kesimpulannya, dari rujukan saya, saya berpendapat bersentuhan lelaki perempuan ajnabi tanpa syahwat adalah tidak membatalkan wudhu'. kebanyakan kita merujuk hadis nabi mencium aishah dan terus solat. syafie berpendapat berlapik.
Persoalan saya, adakah saya boleh mengamalkan mengikut pendapat yang saya yakini lebih tepat, atau saya mesti mengikut pendapat imam syafie? Tak pernah terlintas dihati saya merendah2 kan ulamak syafie, tapi saya berpendapat bab ini qaul lain lebih rojih.
Tambahan pula saya diberitahu Tabung haji turut mengeluarkan fatwa (atau pendapat) bahawa bersentuhan lelai perempuan ajnabi tanpa syahwat sewaktu tawaf tidak membatalkan wudhu'. Tidak pulak dipastikan kenyataan tabung haji hanya di makkah sahaja atau merangkumi di malaysia.
Mohon pendapat ustaz.
itu namanye,,, mazhab sendiri cik noni.. sbb dah boleh tarjih dalil..
"Bila membandingkan mazhab, saya mula berfikir pendapat paling kuat bagi saya."
Cik Noni,izinkan saya bersuara,kalau ikut kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi :
"Para ulama' keseluruhannya,termasuk golongan muqallidin telah mentarjihkan bahawa orang awam tiada mazhab baginya.Mazhabnya ialah mazhab ulama' yang memfatwakan untuknya.." (Al-Qaradawi : Taisir Al-Fiqh Li Al-Muslim Al-Mu'asir).
Dekat Malaysia ni,ulama' syafi'ie dan yang diajar pun fiqh syafi'ie.So,mazhab awam Malaysia Syafiie la.Diorang taqlid.Tapi tak tau la Mufti Asri tu bermazhab ke tak..hi hi
Cik Noni,bukan senang nak memahami ilmu fiqh ni,hanya orang yang ahli saja boleh.Kalau Cik Noni nak ikut kaedah talfiq pun kena ada adabnya.Nak talfiq pun kena ada ilmu,kalau takda ilmu,lebih selamat berpegang kepada mazhab yang satu,tok usah dok pening2 nak pikirkan mazhab lain.Sapa yg susah nanti?Cik Noni and keluarga Cik Noni gak susah..hihi..main ja :D
Abu Muhammad : Aritu ana tgk Jejak Rasul,katanya Madrasah Saolatiyyah tu dah nak diruntuhkan,pihak berkuasa nak bina bangunan lain la pula..Aduss..ruginya..
Tak ku sangka Sheikh Nuruddin belajar di madrasah tersebut!I adore him kteer!!
Wallahu a'lam wa 'ilmu atamm.Sekian wassalam.
Cik Noni, talfiq itu ada hukumnya tersendiri, dan ada kaedahnya yang dibenarkan oleh para ulama.
Kita kena tahu Usul Fiqh, sebab ditakuti kekadang nash yang dikatakan kuat pada pendapat kita tidak diguna dalam mazhab lain sebab kaedah usul mereka lain. Contohnya, hadits ahad diterima sebagai hujjah untuk amalan dalam mazhab kita, tetapi dalam mazhab hanafi diterima jugak dengan beberapa syarat. Jadi semata-mata mengetahui sesuatu hadits tersebut shohih atau tidak, adalah tidak mencukupi untuk mengetahui kekuatan dalil sesuatu pihak. Takut kejap kita terima penggunaan hadits ahad ikut syarat Syafi`i, dalam bab lain kita tak terima sebab ikut syarat hanafi, kan dah bercelaru disiplin ilmu.
Begitu pula, dengan hadits mursal dan sebagainya. Mengetahui keshahihan sesuatu hadits tidaklah mencukupi untuk membuat sesuatu kesimpulan. Sesuatu hadits yang shohih tidak semestinya boleh dijadikan hujah. Kena tahu bab nasikh dan mansukh dan banyak lagi ilmu alat yang lain. Khilaf ulama adalah perkara yang tidak dapat dielakkan, tapi biarlah yang berkhilaf itu ulama dengan ilmu mereka.
Kalau nak tarjih, ertinya si pentarjih mestilah telah tabahhur dengan kesemua aqwal mazahib dan segala dalil dan nash mereka. Bahkag hendaklah ilmunya mengatasi para imam mujtahid dan ulama-ulama mazahib mereka. Dan perlu ingat tarjihnya juga adalah berdasarkan ijtihad juga. Adakah sesiapa yang sudah sampai ke darjat itu ? Bagi ambo sealim-alim Syaikh Qardhawi, Syaikh Wahbah dan Dr. Abdul Karim Zaidan, rasanya belum cukup untuk tujuan tersebut. Sepatutnya mereka ikut gaya ulama terdahulu, mereka mentarjih pendapat mazhab mereka sahaja tanpa menyentuh mazahib yang lain.
Ambo nukil sini kata Tok Syaikh Daud al-Fathani rhm. dalam Munyatul Mushallai:- " ... jika dikata `hamba taqlid Imam Abu Hanifah yang mengharuskan dengan 3 orang (yakni ahli jumaat) atau 'taqlid Imam Maliki ....... itu pun tidak sah pula taqlidnya. Kerana tiada orang yang tahu hukum pada 2 imam itu, apa yang wajibnya dan syaratnya. Dan tiada dapat tiada pada keduanya sampai kita peliharakan jangan jadi talfiq hukum atas segala orang yang awam. Dan yang khawash tiada tahu pula. Ketetapan mazhab dirinya ia tiada mengetahui, maka betapa pula dengan mazhab orang ?"
Kesimpulannya: ADAKAH ILMU KITA SUDAH CUKUP UNTUK MELAKUKAN TARJIH DENGAN SEBENAR-BENARNYA SETELAH MENGKAJI DALAM-DALAM AQWAL DAN NASH SETIAP MAZAHIB????
Cik Noni, ambo lebih gemar dengan Fiqh Mazahib kerana dia cuma nukil aqwal tanpa melakukan tarjih. seperti juga dengan kitab Rahmatul Ummah fikhtilafil Aimmah. Dan elok jika ditelaah kitab Quthub asy-Sya'raani yang masyhur iaitu "Mizanul Kubra".
Jazakallah.
dalam usrah, saya pernah berbincang dengan ustaz ustazah lulusan al-azhar, dan mereka mengatakan boleh kalau kita mengikut fatwa2 dari ulamak muktabar sekarang walaupun bercanggah dengan mazhab syafie dengan syarat kita tidak merendah2kan pendapat yang berbeza dan kita meyakini fatwa tersebut.
Malah menurut beberapa orang dari mereka, fiqh muqaran dijadikan subjek teras bagi kuliah syariah, dan profesor yang mengajar sendiri memberi tarjih terhadap sesuatu perbandingan. saya pernah melihat sendiri buku2 yang dijadikan teks universiti al azhar tersebut. terkadang profesor mentarjih pendapat syafie, terkadang hanafi atau lain2 mazhab. malah ada terkadang yang terkeluar dari mazhab 4.
Menurut seorang ustaz dari jordan, dalam kuliah di jordan, profesor memberi satu2 permasalahan, dan student diminta mengumpul semua pendapat ulamak dan diminta setiap student membentangkan kesemua pendapat tersebut serta membuat penilaian dalil dan membuat tarjih masing2.
hasil perbincangan dalam usrah, mereka menggalakkan saya mendapatkan koleksi fatwa syeikh Athiah saqr, Syeikh Gad Ali Gad Haq, Syeikh Qaradhawi dan beberapa syaikh yang mereka sebut sebagai muktabar.
padahal, bila melihat fatwa2 yang mereka keluarkan, mereka tidak mengikut mazhab tertentu. Benar mereka menyebut pendapat mazhab2, namun mereka tetap mentarjihkan pendapat yang dikira kuat bagi mereka. malah ada antara mereka bercanggah tarjih pada masalah yang sama.
mohon pandangan tuan, adakah benar pendapat mereka bahawa saya boleh mengikut fatwa syaikh2 tersebut, atau hanya boleh menambah pengetahuan saja tanpa mengamalkan fatwa syaikh tersebut yang bercanggah dengan mazhab syafie.
Jazakallah.
maaf, sedikit lagi.
mohon pendapat tuan berkenaan "fatwa" tabung haji yang terbaru mengatakan bersentuhan lelaki perempuan sewaktu tawaf secara tidak sengaja tidak memerlukan kepada tajdid wudhu'.
juga beberapa keadaan yang membenarkan amalan bukan dari mazhab syafie seperti membayar zakat dengan wang.
mohon maaf sekiranya menyusahkan pihak tuan. Jazakallah.
Terima Kasih kepada Abu Muhammad di atas penjelasan tentang Madrasah Shaulatiyyah. Rasa sangat bershukur dan gembira kerana mendengar khabar yg benar2 dr mereka yg pernah ke sana adalah Tok-tok guru yg kita cintai.
Ialah sebenarnya ana pun lihat di Jejak Rasul, alangkah sangat gembira, bahagia dan rindu melihat mereka belajr. Entah bagaimana di sebalik suara pengacara jejak Rasul semasa kamera mengambil gambar tullab al-mukhlisin sedang berguru dengan Masyeikh2 terdengar syeikh tersebut menyebut Imam Syafie yang kita rindu.
Malah, ibu ana apabila melihat sekadar sangat kagum dan kita merasa sangat cinta pd mereka. Bakal pewaris ulama' yg 'amilin dan mukhlisin, inshAllah...
Maka ana tertanya2 untuk mentashihkan lagi, Alhamdulillah Syeikh AbuMuhd dah jelaskan dengan lebih mendalam dan jelas lagi.
Andai berpeluang, bagi Nisa' mungkin tidak, namun diharapkan kita berpeluang menghantar generasi2 or anak-anak kita ke sana inshAllah untuk bertalaqqi dengan ikhlas akan mutiara-mutiara ilmu di sana.
Cuma yang menyedihkan ianya akan diubah dan dirobohkan oleh kerajaan Saudi dan diubah ke tempat lain. Tetapi ianya tanah waqaf menurut apa yg Abumuhd naqalkan. Bagaimana kira2 mereka sanggup melakukan yang sedemikian?
Tulab2 tersebut, duduk bersm2 di lantai dengan berhimpit namun diwajah mrk terpapr sifat ikhlas, dan zuhud yg tinggi, inilah pengajian yang sangat kita cintai dan rindui.
Cik Nony, dalam mentarjih sesuatu aqwal ulama apa kaedah yang hendak digunakan ? Para ulama mujtahidin punya kaedah dan usul yang tertentu, takkan nak tarjih main ikut suka sahaja.
Berpindah atau bertaqlid kepada suatu mazhab yang lain dalam sesetengah perkara dibenarkan asalkan tidak melakukan talfiq. Contohnya, sekarang Tabung Haji fatwakan bahawa nak tawaf orang boleh taqlidkan mazhab hanbali, yakni bersentuh tidak membatalkan wudhu. Sebenarnya fatwa TH ini juga berubah-ubah, dulu deme kata ikut Hanafi, kemedian ikut Qawl Dhoif mazhab Syafi`i (qawl Imam Daud az-Zahiri). Ini tidaklah menjadi masalah asalkan tidak melakukan talfiq (kerana talfiq menyebabkan timbul mazhab baru yang bukan Hanafi atau Hanbali atau Syafi`i). Berpindah taqlid diharuskan oleh ulama kita, hatta selepas beramal, asalkan bukan dengan tujuan bermain-main atau mempermudah-mudahkan.
Sekali lagi aku kata, bahawa sesiapa yang hendak melakukan tarjih, kena betul-betul tabahhur ilmunya, kena mahir usul dan qawaid, jika tidak dia telah melakukan jenayah ilmiyyah dan mengkhianati disiplin ilmu.
Nak ikut fatwa ulama kontemporari, ikutlah, tapi jangan difatwakan bahawa itulah qawl yang muktamad dalam mazhab. Contoh, kalau seseorang bermazhab syafi`i bertanya bab qunut, takkan kita nak ikut kata Qardhawi yang bukannya bermazhab Syafi`i. Carilah ulama Syafi`i, kemedian nak sebut pendapat Qardhawi, sebutlah.
Apa yang menyedihkan sekarang, ramai yang mengaku mentarjih tetapi masih bertaqlid kepada perkataan Syaukani, Ibnu Taimiyyah, Qardhawi dan sebagainya. Ini bukan tarjih tetapi taqlid jugak. Tarjih dah jadi medan berlagak ulama melebihi ulama lain yang aqwal mereka ditarjih.
Tidak perlulah ditarjih, bertaqlid atau pindah taqlid adalah dibenarkan dengan beberapa syarat. Dah tahukah kita semua adillah para ulama yang hendak kita tarjih itu ?
sebab itu masyarakat islam sekarang berada dalam suasana menyedihkan. Pelajar menghabiskan masalah dengan benda yang tidak perlu. Mentarjih pendapat yang telah ditetapkan para ulama berdasarkan ijtihad masing-masing. Tak tahukah mereka bahawa sesuatu ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain. Adakah tarjih yang dilakukan itu benar-benar hakikat kebenaran sesuatu atau ianya juga adalah satu ijtihad si pentarjih?????? Susah benar ke nak faham ni. Kalau itulah yang diajar di Urdun, amat menyedihkan, bebudak disuruh buat tarjih, tak ke haru biru disiplin agama dibuatnya. Allahu...Allah. (Keluaran Jordan jangan terasa hati plak)
Saintis dan professional pula tidak mengembangkan kepakaran mereka dalam bidang mereka berdasarkan taqwa seperti saintis Islam dahulu, tetapi menyibuk dengan perkara yang bukan bidang mereka.
Saintis lain dah sampai ke bulan, saintis dan protaz kita duk sibuk tarjih bab qunut, bab talqin, bab tawassul dsb.
ukhie nai, waqaf tak waqaf, rejim tu tak ambil pusing. lihat saja jabal abi qubais, habis segala waqaf yang ada di sana, baik masjid, rubath, dan sebagainya dimusnahkan atas nama pemurnian dan pembasmian bid`ah, tapi atas runtuhan tersebut didirikan istana megah al-malik yang kononnya zuhud.
maaf, ukhtie nai, bukan ukhie
Berhubung dengan membayar zakat dengan nilaian matawang, jika dikatakan kita berpindah taqlid kepada mazhab Hanafi tidaklah berapa tepat, kerana dalam mazhab kita ada juga ulama yang membolehkannya, antara yang aku ingat Imam al-Bulqini rhm.
Assalamualaikum..
Syukran atas artikel yg bermanfaat tu. Moga Allah mengekakalkan cahaya-Nya yg bersinar di madrasah tersebut.
Sedikit tambahan buat Cik Nony dan lain2, ana teringat kata2 Syaikhuna Al-Allamah Prof Dr Ahmad Ali Toha Rayyan, hafizahullah, Prof Feqh Muqaran di Univ Al-Azhar,
"Walau aku meletakkan tarjih pada kitab2ku, itu hanyalah pada pandanganku yg teramat lemah. Engkau yg bermazhab syafie ikutilah pendapat dalam Mazhab Syafie" (seperti mana beliau sendiri mengikut Mazhab Maliki)
Begitu juga kata2 Abuya Al-Habib Muhammad bin Alawi Almaliki rahimahullah, "Aku menghafal Al-quran dan sunan sittah (6 himpunan kitab hadis) keseluruhannya, namun aku bermazhab Maliki"
Masalahnya ramai yg tak memahami Feqh Muqaran lantas menjadi fitnah kepada Feqh Muqaran itu sendiri.
Wallahu A'lam
Assalamualaikum
Ya Sheikh Abu Muhammad, boleh kasi email tak? Ana nak tanya sikit.
Syukran
abumuhammad123@yahoo.co.uk
Catat Ulasan