Ahad, Oktober 29, 2006

Mawlid di Jeddah

Sewaktu dahulu, ada seorang 'Arab dari Saudi yang tinggal di Makkah, datang ke tempat aku untuk menziarahi saudaranya yang telah lama tinggal menetap di sini. Dia menceritakan bahawa mereka di sana juga mengadakan majlis-majlis mawlid, tetapi dalam tempat yang tertutup. Perkara seumpama ini juga dinyatakan oleh Kiyai Sirajuddin Abbas bahawa ada warga Saudi yang membaca Qasidah Burdah yang berkat dalam kenderaan yang sedang berjalan kerana khuatir jika membacanya di rumah dan ketahuan oleh pemerintah Wahhabi, maka tindakan akan diambil terhadap mereka. Tahun lepas, sewaktu aku di Kota Madinah al-Munawwarah, kedatanganku hanya seminggu selepas Syaikh 'Afifuddin al-Jilani berada di sana dan aku dimaklumkan bahawa mereka telah mengadakan satu majlis mawlid di hotel penginapan mereka dengan dihadiri oleh ramai warga Madinah. Aku dimaklumkan bahawa warga asli Madinah (viz. keturunan Anshar dan Muhajirin) amat menyukai mawlid, hanya yang datang dari luar sahaja yang membencinya (viz. penjajah Najd).

Majlis mawlid sebenarnya telah menjadi amalan utama masyarakat kita, ianya dimulakan oleh para ulama dan pendakwah yang telah mengIslamkan leluhur kita di rantau sini. Diadakan majlis-majlis mawlid ini semata-mata untuk mengenang Junjungan Nabi s.a.w. dan menyebar sebutan nama baginda yang mulia lagi berkat, nama yang tertulis di dedaun syurga dan di bawah arsy Malikur Rahman. Oleh itu amat hairan jika ada yang mengaku umat yang membenci perhimpunan yang tidak menyalahi hukum syarak, yang tidak ada ikhtilath antara lelaki perempuan, yang tidak ada padanya perkataan-perkataan keji dan kalam fahisy, yang ada hanya ucapan dan ungkapan sholawat serta salam bersama-sama dan lantunan kisah dan pujian kepada Junjungan Nabi s.a.w. serta ucapan pernyataan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah mengutuskan baginda.

Kenapa ada yang tergamak mengeluarkan fatwa mengharamkan menyambut mawlid Junjungan? Kenapa ada yang tergamak menyebarkan fatwa songsang tersebut dengan tujuan agar mawlid Junjungan tidak lagi diingati? Jika dikatakan upacara mawlid mengandungi unsur maksiat, maka adakah semua upacara mawlid yang dilaksanakan mengandungi unsur tersebut ? Aku tidak menafikan bahawa memang ada yang melaksanakan upacara mawlid dengan majlis yang tidak syar`ie, seperti berlaku ikhtilath yang nyata, atau aku diberitahu bahawa di sesetengah tempat di India, diadakan upacara - upacara yang tidak syari`e seperti tarian-tarian dan pementasan yang bercirikan maksiat. Atau kat sesetengah tempat di negeri aku, diadakan perlawanan bola sepak sempena mawlid, bahkan bukan setakat mawlid, setengah tu mengadakannya sempena apa sahaja, hari raya, hari merdeka dan sebagainya, kaki bolalah katakan. Tapi tak juga boleh disalahkan terus jika perlawanan tersebut dilakukan dengan jalan syar`ie, tutup aurat, tidak melalaikan dan sebagainya.

Jikapun adanya unsur-unsur tersebut, maka yang sewajarnya dibanteraskan ialah maksiat tersebut dan bukanlah majlis mawlid yang berorientasikan mahabbah dan cinta kepada Junjungan s.a.w. Janganlah seperti kata pepatah Melayu, marahkan nyamuk kelambu dibakar, jadi bakarlah nyamuk jangan bakar kelambu. Mudah-mudahan majlis-majlis mawlid tetap meriah dan diraiekan oleh setiap umat yang mengaku dirinya umat Sayyiduna Muhammad s.a.w. Sambutan terbitnya cahaya pembimbing dan petunjuk ke jalan Allah berupa kelahiran Junjungan yang mulia adalah lebih utama untuk diberi perhatian dan disambut dan dibesarkan dari hanya kelahiran sebuah negara yang dikatakan 'merdeka'.

Terima kasih kepada akhina Tawel dan akhina Syed Salman yang telah membolehkan aku meletakkan klip satu sambutan mawlid yang diadakan di Jeddah, Hijaz, Saudi Arabia.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Tuan, mohon dapat kiranya memberikan sedikit penjelasan ttg hadis tsa'labah ni kerana sepanjang saya menadah kitab2 lama didepan tok-tok guru, tak pernah lah pulak org mempertikaikan cerita ni. Mudah2an tuan diberikan akan Allah kesempatan untuk memperjuangkan ilmu yg haq ini dari pencerobohan ustaz2 moden yg nakal2 ni..

cuba baca ini : http://kdi2.wordpress.com/2006/06/01/tsalabah/

sekian terima kasih

Abu Muhammad berkata...

Insya-Allah, du`aukum.

Tanpa Nama berkata...

Tuan! Soalnya mau atau tidak

Tak payah bakar pun

sekarang ni ridsect ada baygon pun ada. kalau mahu hapuskan nyamuk tu, sembur aje

Abu Muhammad berkata...

cik nony, loyar burok plak kat sini. Tu kan pepatah Melayu, nak ubah kenalah mintak kat DBP. Karang ubah marahkan nyamuk sembur baygon, kerana marah pihak DBP plak kan susah.