Merokok Itu Haram - Syaikh Nur
Zaman pemerintahan Pak Lah dahulu, kempen anti merokok @ kempen "Tak Nak Merokok" hebat dijalankan. Namun malangnya para penagih rokok masih berleluasa dalam negara, apatah lagi bila zaman pemerintahan Tok Najib 1 Malaysia ni, kempen - kempen anti merokok seumpama zaman Pak Lah dahulu sudah jadi langka, ditenggelamkan oleh kempen-kempen "politicking" dengan berbagai jenama kreatif produk para politikus.
Kat tempat-tempat awam masih berlambak, muka-muka penagih rokok menghisapnya dan dengan muka selamba menghembus toksik beracun ke udara. Mereka tidak menghirau orang-orang yang di sekeliling mereka, bahkan anak-anak kecil juga menjadi mangsa mereka tersebut. Free-free je deme tu jadi passive smokers. Memanglah yang menghidupkan dan mematikan itu Allah yang Maha Kuasa, tapi Allah yang Maha Kuasa itu jugalah yang menegah kita daripada memudaratkan diri atau mendatangkan mudarat kepada orang lain. Janganlah disalahgunakan nama Allah untuk tujuan tersebut, kalau gitu balik nanti ekau bawaklah kereta kat highway tu menyongsong arus, jangan takut - takut, kalau Allah tak mematikan takkan mati punya. Sampai rumah, hang teguklah sebotol dua klorox ke, minyak tanah ke, eleh hidup mati di tangan Allah, takut apa.
Ada yang berdalih bahawa ada ulama atau awliya yang menghisap rokok, maka elok sangatlah dalih tersebut dalam bebanyak sifat kepujian yang ada pada ulama tersebut rokok dia yang kau ikut....Allahu ...Allah. Ilmunya ko ikut ke idak, amalnya ???? Rokok ulama tu sama ke ngan rokok ekau Jang? Memandai je ekau jual nama ulama. Ulama tersebut mungkin ada alasan baginya untuk merokok, dan rokok mereka mungkin tak sama dengan rokok kita zaman ni. Rokok zaman ni dah banyak melalui transformasi sehingga menjadikan ianya lebih merbahaya. Kome carilah sendiri kandungan dalam sebatang rokok zaman moden ni.
Merokok telah lama difatwakan haram oleh sebahagian ulama, antaranya Syaikh `Abdul `Aziz ad-Dabbagh, Imam al-Haddad, Imam al-Qalyubi, Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi, Syaikh Sayyid Abu Bakar bin Qasim al-Ahdal rahimahumullah dan ramai lagi. Di Malaysia, pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah difatwakan bahawa merokok adalah HARAM ( baca: HARAM bukan makruh) dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keputusan fatwa kebangsaan tersebut telah diikut oleh negeri-negeri dalam Persekutuan termasuklah negeri ese yang tercinta di mana Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak pada 9 Disember 1995 memutuskan:
"Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan."
Namun sayang seribu kali sayang, keputusan fatwa Nombor Rujukan: KAJFS/5/1/95 sehingga kita belum tidak diwartakan. Entahlah kenapa, idak le ese tahu, kena tanyalah ngan pihak yang berkenaan, pasti ada dalih dan alasan yang mereka akan kemukakan. Apa-apa pun, warta ke tak warta itu tak penting, apa yang penting sekarang ialah merokok telah difatwakan haram oleh para ulama tanahair kita sendiri. Maka sewajarnya kita selaku umat Islam memberi muka kepada institusi agama kita dengan mematuhi apa yang telah difatwakan tersebut.
Kepada para perokok, mudah-mudahan Allah ta`ala menguatkan saudara/i agar bisa berhenti merokok. Merokok itu bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi mendatangkan kesakitan dan mudarat kepada orang lain. Duit yang tuan/puan bakar beli rokok, eloklah disedekahkan atau buat beli kitab, nanti bertambahlah amalan dan ilmu pengetahuan. Allahummah-dina bi hudaak.
******************************************
Merokok Adalah Haram - Syaikh Nuruddin
3 ulasan:
Assalamualaikum. Saya minta izin copy paste berserta link ustaz. Semoga Allah memberi hidayah kepada para perokok muslim khasnya suami saya untuk berhenti dan membenci rokok, dan mengikut sepenuhnya jalan yang diredhaiNYA. InsyaAllah.
Assalamualaikum..Senang sungguh memfatwakan rokok itu haram..Atas sebab ini ---> "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan."..JIka begitu, maka sy nk mengajukan 1 soalan kpd anda..Soalanya seperti berikut: Apakah hukum senjata tajam (pisau, parang, kapak dll) yg org ramai simpan di rumah? Haruskah? Haramkah? Sunatkah? Makruhkah? atau Wajibkah? Senjata2 ini bukan sahaja terdapat kemudaratan pada kesihatan malah ianya juga boleh membawa bunuh (hilang nyawa)..Ini lagi dasyat drpd merokok..Knp tidak dihukum haram sahaja?? Sila jawab..sebelum tu, lihat sini ---> http://www.youtube.com/watch?v=rOYBqGb9T4U
Wa 'alaikumus salam wa rahmatullah,
Yang sedara figura ni marah-marah nape? Yang menghukumkan rokok tu haram bukannya ese, para ulama termasuklah para mufti. nak marah, marahlah kat deme. Mungkin penilaian sedara terganggu sebab dikaburi asap toksik yang sedara dok sedut.
Sedara pun nampaknya kurang arif mengenai rukun dan syarat penggunaan qiyas. Qiyas alatan seperti pisau dengan rokok yang sedara lakukan itu adalah qiyas batil atau qiyas ma`al fariq. Silalah sedara pelajari dulu usul dan kaedah fiqh sebelum membuat komentar yang entah apa-apa. adalah rokok itu suatu alat seperti pisau? Atau lebih tepat jika ianya diqiyas dengan racun atau dadah, atau apa-apa yang dimakan / dimasukkan ke dalam badan.
pisau tak haram disimpan tetapi haram disalahgunakan untuk perbuatan yang tak syarie. ulama kita menghukumkan haram MEROKOK, adakah sedara tahu beza antara rokok dan merokok??? Sedara juga hendaklah mengetahui sesuatu yang haram pada zat dan haram yang aradhi.
Berkenaan dengan Syaikh Yasin, maka persoalannya adakah sama rokok yang sedara candui itu dengan rokok yang syaikh yaasin hisap???
Janganlah senang-senang menjaja nama ulama musnid dunya tersebut untuk menentang fatwa yang telah difatwakan oleh para ulama yang lain.
Terpulanglah kepada saudara sekiranya untuk terus merokok, tapi ketahuilah ianya adalah memudaratkan kesihatan. Fakta yang telah dibuktikan, jika sedara masih enggan menerima fakta ini, maka mungkin sebab otak sedara telah rosak akibat merokok, maaf cakap.
Sudahlah ianya memudaratkan diri sendiri, ianya turut memudaratkan orang lain... Allahu.. Allah. Mungkin disebabkan asap yang terhasil daripada perbuatan sedara merokok, orang lain menerima padahnya. Bersediakah sedara untuk memikul pertanggungjawabannya nanti di akhirat?
Catat Ulasan