Pernyataan Rabithah Ulama Libya
"Apa yang berlaku di Syria sekarang mengingatkan kita kepada jenayah Monggol terhadap nyawa manusia. Dan apa yang berlaku di Libya pula mengingatkan kita
kepada jenayah Monggol terhadap ilmu, sejarah dan turats Islami" . Inilah antara komen al-Habib `Ali al-Jufri mengenai apa yang sedang berlaku di Syria dan di Libya, suatu fitnah terhadap umat Islam yang ditimbulkan oleh puak - puak ajaran sesat, Rafidhah dan Wahabiyyah. Tragedi Syria telah sedia kita ketahui. Di Libya pula, antek - antek Wahabi Salahpi telah mula menunjukkan hero mereka, namun sayang seribu kali sayang, ianya ditunjukkan kepada mereka yang telah lama wafat. Mereka telah menceroboh makamnya para awliya` dan memusnahkannya. Sewaktu berjuang menentang rejim Ghadafi, hanya di saat akhir sahaja mereka muncul, sebelumnya mereka hanya santai - santai di zon selesa. Memang sudah dasar oppurtunist, hanya pandai menangguk di air keruh. Silalah tuan/puan baca pernyataan Rabithah Ulama Libya di bawah, dan sudilah mendoakan agar segala fitnah yang timbul daripada puak-puak Kafir, Rafidhah dan Mubtadi`ah ini segera dipadamkan oleh Allah SWT.
Fatwa by the League of Libyan Ulema - English
Tiada ulasan:
Catat Ulasan