Tawassul Selepas Wafat - Nik Aziz
Tok Guru Nik 'Abdul `Aziz bin Nik Mat hafizahUllah, dalam karya beliau "Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman", pada halaman 175 - 176 menulis:-
Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.Maka jelas menurut Tok Guru hafizahullah, sesiapa yang berpendapat bahawa tidak boleh bertawassul dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alahi wa sallam setelah kewafatan baginda, maka orang tersebut adalah ORANG SESAT YANG HATINYA TIDAK KASIHKAN BAGINDA shallaAllahu `alaihi wa sallam. Maka tak kiralah samada manusia sesat ini mufti ke, ustaz ke, barua politik ke, pencacai politik ke dan dan dan dan seumpamanya.
Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW. Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.
Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.
1 ulasan:
Tumpang share ya sidi
Catat Ulasan