Faedah Istighfar
Bulan Rejab terkenal sebagai bulan istighfar, di mana para ulama amat menganjurkan kita memperbanyakkan istighfar dalam bulan yang mulia ini. Mungkin di antara hikmahnya adalah kerana istighfar itu berperanan seumpama sabun untuk mensucikan diri kita daripada segala kekotoran kesalahan dan dosa, maka apabila sudah bersih dari najis dosa dan noda maka kita barulah kita mengharumkan diri kita dengan wangian ucapan shalawat dan salam dalam bulan Sya'ban, bulan diturunkan ayat perintah bershalawat. Kemudian masuklah kita ke bulan al-Quran Kalam Allah yang agung, di mana kita membaca dan mendarasnya dengan adab yang sempurna, bersuci, berwangian dan berhias demi kemuliaan dan keagungan Kalam Allah ta`ala ...... Allahu ... Allah. Maka kita dapati, para ulama telah meriwayatkan berbagai rupa bentuk istighfar, bahkan ada bentuk yang masyhur dengan sebutan "Istighfar Rajab" sebagaimana yang dinukil daripada Habib Hasan bin `Abdullah al-Haddad rahimahullah.
Di sini, kunukilkan satu sighah istighfar yang biasa diamalkan oleh para ulama kita. Shighah yang kunukilkan ini berdasarkan kepada apa yang dicatat oleh al-Imam Mulla `Ali al-Qari Sultan al-Harawi `alaihi rahmatul Bari. Ianya tercatat pada halaman 39, kutaib beliau yang berjodol "al-Adab fi Rajab".
Telah aku lihat al-Manufi (Syaikh `Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Manufi al-Mishri rahimahullah, seorang fuqaha` Malikiyyah yang wafat di Kaherah tahun 939H) berkata:-
"Telah aku dapat faedah daripada pengarang "Taghriibul Mathaalib fi Asyrafil Mathaalib" bahawa dia telah melihat akan tulisan tangan al-Hafiz Kamaluddin al-Damiiri rahimahullah (satu hadis) yang diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma secara marfu`: "Sesiapa yang membaca pada bulan Rejab dan Sya'ban - Astaghfirullahal `Adhzim, alladzi la ilaha illa Huwal Hayyal Qayyum, wa atuubu ilaih, tawbata `abdin dhzaalimin li nafsihi, la yamliku li nafsihi mawtan wa la hayaatan wa la nusyuura (untuk bacaan tepat sila rujuk huruf `Arabnya) - 7 kali, Allah mewahyukan kepada dua malaikat yang diwakilkan untuk mencatat amalan seseorang, agar catatan dosa-dosanya dibakar (yakni dihapuskan catatan dosanya kerana taubatnya diterima Allah ta`ala)".Kata (Mulla `Ali al-Qari rahimahullah): "Dan cukuplah bagi kita untuk mensabit waridnya hadis ini dengan perhatian yang telah diberikan oleh al-Hafiz ad-Damiiri rahimahullah menukilkannya dengan tulisan tangannya sendiri tanpa sebarang komentar, jika sekiranya hadis ini palsu, pasti beliau menerangkan kepalsuannya kerana beliau adalah seorang imam dalam bidang hadis. Maka serendah-rendah darjat hadis ini adalah ianya dhaif (nota: baca dhaif, bukan maudhu`), dan hadis dhaif diamalkan dalam perkara fadhail a'maal mengikut kesepakatan (ittifaq) para ulama yang muktabar."
Amalan membaca istighfar dengan shighah ini atau yang serupa dengannya telah dianjurkan oleh para ulama kita yang muktabar. Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah juga turut memuatkan amalan ini dalam kitab beliau, "Badaa-i`uz Zuhuur", jilid 2, halaman 66-67 dengan membawa sepotong hadis sebagai berikut:-
Dan daripada Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma daripada Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: "Barangsiapa berkata pada bulan Rejab dan Sya'ban dan Ramadhan pada barang yang antara Zuhur dan `Asar:
nescaya diwahyu[kan] [oleh] Allah ta`ala kepada dua malak:- "Bakar oleh kamu akan surat kejahatannya daripada diwan shahifahnya."
Istighfar ini juga adalah antara wirid Imam al-Haddad rahimahullah yang dibacanya sebanyak 7 kali selepas shalat `Asar terutama sekali dalam bulan - bulan haram. Oleh itu, eloklah ianya dijadikan sebagai amalan kita juga sebagai ittiba` akan para ulama kita yang shalihin. Jadikanlah istighfar ini sebagai satu munajat permohonan kita dan pengakuan kita sebagai seorang hamba yang telah banyak menzalimi dirinya sendiri. Yang penting keikhlasan dan kesungguhan kita memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya. Allah berkuasa secara mutlak untuk menerima taubat hamba-hambaNya. Jika taubat kita diterima Allah ta`ala, maka bergembiralah kita kerana mafhum hadis Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bahawa orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya adalah seperti orang yang tiada dosa baginya.

1 ulasan:
Allah Allah
Catat Ulasan