Potong Kuku ke Tak Potong?
Ulama kita pula berbeza pendapat ketika berlaku pertembungan antara sunnah tidak memotong umpama kuku tersebut dengan sunnah memotongnya pada ketika tertentu seperti ketika hendak menghadiri Shalat Jumaat. Ada ulama yang menyatakan bahawa pertembungan tersebut dianggap sebagai pengecualian atas hukum karahah tanzih tersebut. Jadi bagi seseorang yang hendak melaksanakan ibadah korban, apabila tiba hari Jumaat yang berada pada hari-hari awal DzuHijjah tersebut, tidaklah makruh baginya untuk memotong kuku kerana perbuatan memotong kuku tersebut dianggap sebagai satu sunnah ketika itu. Di antara ulama yang memilih pendapat ini adalah Imam az-Zarkasyi rahimahullah. Namun, di samping itu tidak pula kurang bilangan ulama yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dan mereka mengqiyaskan situasi ini dengan situasi orang yang sedang berpuasa. Sebagaimana orang yang sedang berpuasa, tidak sunnat untuk memakai wangian ketika hendak berihram atau ketika hendak pergi menunaikan Shalat Jumaat, maka begitulah juga dengan orang yang hendak berkorban. Menurut pendapat ini bagi orang yang berkorban, dia meninggalkan memotong kuku dan seumpamanya adalah lebih utama daripada memotongnya.
Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi rahimahullah dalam karya beliau yang masyhur "I`aanatuth Thaalibiin" dalam juzuk ke.2, halaman 334 menjelaskan:-
Begitulah kedudukannya dalam mazhab, wujud ikhtilaf mengenai masalah ini. Maka ianya berdasarkan kepada sejauhmana perlunya perbuatan memotong atau menghilangkan sesuatu itu. Jika keperluan untuk perbuatan tersebut melebihi keperluan meninggalkannya, maka tidaklah makruh untuk menghilangkannya. Inilah rumus yang boleh kita jadikan panduan. Namun tanpa ada apa-apa keperluan, seelok-eloknya ditinggalkan dahulu perbuatan tersebut sehingga selesai ibadah korban, apatah lagi dalam situasi di mana wujud qawl yang menghukumkan haram menghilangkannya. Oleh itu meraiekan qawl tersebut dan mengeluarkan diri dari perkara yang diikhtilafkan ulama adalah satu perbuatan yang terpuji.
[Dan perkataannya (yakni perkataan muallif "Fathul Mu`in", Syaikh Zainuddin al-Malibari): dan makruh bagi yang menghendakinya] iaitu yang hendak berkorban ....... dan qawl yang menghukumkannya sebagai makruh adalah yang muktamad, manakala qilnya menghukumkan sebagai haram sebagaimana yang dipegang dalam Mazhab Imam Ahmad dan selainnya. Kemakruhan ini berlaku selagimana tiada keperluan untuk memotong atau menghilangkan benda-benda tersebut, seperti ada keperluan yang bersifat wajib, seperti melaksanakan hukuman potong tangan bagi pencuri yang telah sabit hukuman had ke atasnya atau mengkhatankan seorang lelaki dewasa atau keperluan bersifat sunnat seperti mengkhatankan budak kecil atau untuk menjaga kebersihan bagi sesiapa yang hendak berihram atau menghadiri Shalat Jumaat, atas pendapat yang dipilih oleh Imam az-Zarkasyi rahimahullah. Namun fatwa ini tidak dipersetujui oleh ramai ulama lain yang menyatakan bahawa orang yang sedang berpuasa ketika hendak berihram atau menghadiri Shalat Jumaat tidak disunnatkan untuk berwangi-wangian kerana menjaga kesempurnaan ganjaran puasanya, maka sedemikianlah pulalah bagi orang yang hendak berkorban adalah lebih utama baginya menjaga kesempurnaan maghfirah yang bakal diperolehinya supaya meratai atas setiap anggota dan juzuk badannya (yakni dengan tidak memotongkannya sehingga selesai berkorban).....
Begitulah kedudukannya dalam mazhab, wujud ikhtilaf mengenai masalah ini. Maka ianya berdasarkan kepada sejauhmana perlunya perbuatan memotong atau menghilangkan sesuatu itu. Jika keperluan untuk perbuatan tersebut melebihi keperluan meninggalkannya, maka tidaklah makruh untuk menghilangkannya. Inilah rumus yang boleh kita jadikan panduan. Namun tanpa ada apa-apa keperluan, seelok-eloknya ditinggalkan dahulu perbuatan tersebut sehingga selesai ibadah korban, apatah lagi dalam situasi di mana wujud qawl yang menghukumkan haram menghilangkannya. Oleh itu meraiekan qawl tersebut dan mengeluarkan diri dari perkara yang diikhtilafkan ulama adalah satu perbuatan yang terpuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan