Shalawat Padang Arafat
Ini shalawat faqir namakan sahaja sebagai Shalawat Padang Arafat atau Shalawat Wuquf kerana ia pernah dicatat dan dianjur sebagai amalan di Padang Arafat ketika berwuquf oleh pihak Tabung Haji suatu masa dahulu. Shalawat ini faqir nukil dari risalah Panduan Doa - Doa Di Tanah Suci yang dikeluarkan oleh Lembaga Urusan & Tabung Haji, cetakan ke-6, Tahun 1973 dan Risalah Kecil Mengandungi Doa - Doa Di Tanah Suci, cetakan ke-10, Tahun 1985, juga dikeluarkan oleh pihak Lembaga Urusan & Tabung Haji.
Selain itu, faqir juga mendapati bahawa shalawat yang hampir sama juga dimuatkan oleh Ustaz Syaikh H. A. Fuad Said rahimahullah dalam buku beliau, Adab Manasik Haji & Umrah pada halaman 165 sebagai amalan yang dibaca ketika wuquf. Faqir nukilkan di sini biar jadi ingatan dan tatapan, serta tambahan bagi khazanah shalawat kita kerana membaca shalawat tidaklah terikat dengan wuquf atau dengan Padang Arafat. Bershalawatlah sentiasa tanpa mengira masa dan tempat, asalkan layak, dan dengan apa jua shighahnya.. Bacalah shalawat ini sesekali atau banyak kali, mudah - mudahan dengan keberkatannya diberikan peluang dan kesempatan untuk kita berwuquf di Padang Arafat menunaikan rukun yang kelima. Mudah - mudahan bermanfaat hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan