Faedah Dari Durratun Naashihin
Kata sebahagian ulama: "Barang siapa yang berpuasa pada hari - hari ini (iaitu hari - hari permulaan DzulHijjah, tanggal 1 hingga 9), (mudah - mudahan) Allah memuliakannya dengan 10 perkara. (1) Diberikan keberkatan pada umurnya; (2) Ditambahkan hartanya; (3) Dipeliharakan ahli keluarganya; (4) Dikaffarahkan (ditebus) dosa kesalahannya; (5) Digandakan pahala kebajikannya; (6) Dimudahkan sakaratul mautnya; (7) Diterangkan kegelapan kuburnya; (8) Diberatkan timbangan amal kebajikannya; (9) Diselamatkan dia dari jatuh ke jurang neraka; (10) Ditingkatkan ketinggian darjat kedudukannya dalam syurga."
Begitulah pandangan dan harapan sebahagian ulama bagi mereka - mereka yang berpuasa sunnat pada hari - hari awal DzulHijjah. Maka, jangan kita sia - sia peluang untuk menambah amal kebajikan. Jika kita tidak mampu untuk berpuasa keseluruhan hari yang sembilan tersebut, maka kita puasa pada hari Tarwiyah (8hb) dan hari Arafah (9hb), atau setidak - tidaknya jangan kita tinggalkan berpuasa pada hari `Arafah kerana warid sunnah dan fadhilahnya tanpa keraguan. Selamat Menyambut Awwal DzulHijjah, `Aidul Adha dan Ayyamut Tasyriq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan