Sabtu, Mac 09, 2013
Mudah - mudahan Allah memberikan kemenangan kepada prajurit dan pegawai keselamatan kita terhadap para penceroboh yang telah membuat onar terhadap kedaulatan negara kita. Bagi mereka yang telah gugur, mudah-mudahan dikurniakan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah al-Malikul Ghaffar. Bagi pendakwa waris kesultanan Sulu, ingatlah bahawa hidup biarlah berpijak di alam nyata, jangan hanya hidup dalam kegemilangan silam. Sabah Negeri Merdeka ! Hidup Sabah ! Hidup Malaysia.
********************************************
Lagu Kebangsaan Negeri Sabah
Rabu, Februari 13, 2013
Syaikh Nur Di Kuching
Alhamdulillah, dengan anugerahnya Kuching akan didatangi seorang lagi ulama yang akan menyampaikan dakwah dan ilmunya. Sesiapa yang berkelapangan, janganlah alpa untuk merebut peluang ini, demi memartabatkan ilmu dan ulama. Tuntutlah ilmu itu walaupun di mana semata-mata untuk meraih keredhaan Allah SWT dan bukan dengan tujuan lain. Ingatlah pesanan Junjungan Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu 'Asaakir rahimahullah daripada Sayyidina Anas RA yang menyatakan bahawa:-
"ORANG YANG PALING MENYESAL PADA HARI KIAMAT ADALAH ORANG YANG MAMPU UNTUK MENUNTUT ILMU DI DUNIA NAMUN DIA TIDAK MENUNTUTNYA; DAN ORANG YANG MENGAJAR SESUATU ILMU NAMUN YANG MENGAMBIL MANFAAT DENGAN ILMUNYA ITU ADALAH ORANG LAIN YANG MENDENGARNYA DAN BUKAN DIRINYA."
Allahu ... Allah, moga Allah tidak menjadikan kita dalam kalangan orang - orang yang akan mendapat sesalan di hari kiamat nanti. Moga di sana kita dihimpunkan dalam taman - taman syurga yang hakiki bersama-sama dengan Junjungan Nabi SAW dan para pewaris baginda.
Khamis, Januari 31, 2013
Mawlid - Syaikh Muhammad al-Khidr
Syaikh Muhammad al-Khidr Husain rahimahullah, ulama yang telah dipilih untuk menerajui Universiti al-Azhar asy-Syarif sebagai Syaikhul Azhar pada tahun 1952. Sebagai seorang ulama besar yang menjadi panutan umat, beliau turut menyatakan pandangan beliau mengenai sambutan Mawlid Nabi SAW, antaranya sebagaimana yang beliau utarakan dalam majalah "al-Hidayah al-Islamiyyah", antara lainnya sebagai berikut:-
Allahu ... Allah, makanya memuji dan membesarkan Junjungan Nabi SAW dengan kata-kata indah berbentuk nazam atau natsar atau dalam bait-bait syair dan qasidah bukanlah sesuatu yang boleh dibid`ahsesatkan. Begitu juga dengan mendengar dan memperdengarkan keagungan, keindahan, keelokan, keunggulan, kebesaran pribadi dan akhlak baginda SAW juga tidak boleh dengan sewenang - wenangnya dibid`ahsesatkan. Dalam majlis-majlis mawlid Junjungan Nabi SAW, apa yang manusia pencinta Baginda SAW lakukan ? Adakah mereka berdansa dan minum - minum sampai mabuk, atau mereka dengan penuh adab dan takzim, memuji akan Junjungan Nabi SAW, membesarkan baginda, bersholawat dan mengucapkan salam ke atas baginda ? Jika tiada kemungkaran yang menyalahi syarak dalam majlis - majlis mawlid, maka apa alasan untuk kamu wahai para pendokong anti-mawlid untuk menyanggahnya. Mana nas yang sharih daripada Syari' yang mengharamkan kaum Muslimin untuk menyambut mawlid nabi mereka, Nabi Teragung, Junjungan Sayyidina Muhammad SAW ? Janganlah pula kamu berhujjah dengan mengqiyaskan kaum Muslimin yang mentauhidkan Allah dengan kaum Nasrani yang musyrik menyambut Krismas. Itu qiyas batil yang menyalahi kaedah dan syarat - syarat qiyas. Makanya, hendaklah kamu kembali kepada as-sawadul a'dhzam, jom hadir mawlid.
Adapun sambutan kita bagi memperingati mawlid Junjungan Nabi SAW, maka kita tidak melakukannya melainkan atas apa yang pernah dilakukan oleh Sayyidina Hasan bin Tsabit RA ketika manusia berkumpul bersamanya dan mendengar beliau memuji Junjungan Rasulullah SAW dalam bait - bait syair. Dan bukanlah pula kita melakukan sesuatu yang lain daripada apa yang pernah dilakukan oleh Sayyidina `Ali bin Abi Talib RA atau yang dilakukan oleh Sayyidina al-Barra` bin `Aazib RA atau yang dilakukan oleh Sayyidina Anas bin Malik RA ketika mereka menceritakan tentang keunggulan pribadi dan akhlak Junjungan Rasulullah SAW kepada para jemaah."
Allahu ... Allah, makanya memuji dan membesarkan Junjungan Nabi SAW dengan kata-kata indah berbentuk nazam atau natsar atau dalam bait-bait syair dan qasidah bukanlah sesuatu yang boleh dibid`ahsesatkan. Begitu juga dengan mendengar dan memperdengarkan keagungan, keindahan, keelokan, keunggulan, kebesaran pribadi dan akhlak baginda SAW juga tidak boleh dengan sewenang - wenangnya dibid`ahsesatkan. Dalam majlis-majlis mawlid Junjungan Nabi SAW, apa yang manusia pencinta Baginda SAW lakukan ? Adakah mereka berdansa dan minum - minum sampai mabuk, atau mereka dengan penuh adab dan takzim, memuji akan Junjungan Nabi SAW, membesarkan baginda, bersholawat dan mengucapkan salam ke atas baginda ? Jika tiada kemungkaran yang menyalahi syarak dalam majlis - majlis mawlid, maka apa alasan untuk kamu wahai para pendokong anti-mawlid untuk menyanggahnya. Mana nas yang sharih daripada Syari' yang mengharamkan kaum Muslimin untuk menyambut mawlid nabi mereka, Nabi Teragung, Junjungan Sayyidina Muhammad SAW ? Janganlah pula kamu berhujjah dengan mengqiyaskan kaum Muslimin yang mentauhidkan Allah dengan kaum Nasrani yang musyrik menyambut Krismas. Itu qiyas batil yang menyalahi kaedah dan syarat - syarat qiyas. Makanya, hendaklah kamu kembali kepada as-sawadul a'dhzam, jom hadir mawlid.
Rabu, Januari 23, 2013
Mawlid 1434
Alhamdulillah, dengan rahmat dan kemurahanNya, insyaAllah dapat lagi kita bersua dengan hari di mana lahirnya cahaya pertunjuk yang menunjuki jalan keselamatan. Hari kelahiran Baginda Muhammad SAW yang sewajarnya diperingati setiap masa dan ketika, teristimewa pula pada tanggal yang bertepatan dengan hari kelahiran baginda SAW lebih 1000 tahun dahulu. Marilah kita jadikan hari ini sebagai hari kesyukuran atas rahmat dan nikmat Allah teragung bagi sekalian makhlukNya, juga kita jadikan hari ini sebagai hari kita menghisab diri kita, memperbaiki diri kita, menanam azam, meneguh tekad dan memantapkan niat untuk menuruti, mencontohi, mengikut segala ajaran dan sunnah Baginda Muhammad SAW.
Mari kita sama - sama mentelaah kembali sirah kehidupan dan keagungan pribadi Baginda Muhammad SAW melalui penghayatan karya-karya tulis para ulama yang muktabar. Antaranya karya agung yang masyhur lagi berkat, untaian - untaian indah mutiara mawlid Baginda Muhammad SAW, karangan ulama besar dan wali ternama, Mufti Tanah Haram Sayyid Ja'far al-Barzanji rahimahullah. Mawlid yang dengannya kita dibesarkan, dahulunya sewaktu kelahiran kita (baca: ese, ekau semua idak le ese tahu) itulah mawlid yang dialunkan sebagai tanda kesyukuran ayah bonda kita. Itulah mawlid yang sentiasa dibaca oleh bangsa kita, Bangsa Melayu yang budiman, dalam segala kenduri - kendara mereka. Maka alangkah sedihnya, jika amalan warisan zaman berzaman bangsa ini dipinggirkan untuk memberi laluan kepada yang lain. Seharusnya amalan kebajikan seumpama membaca mawlid ini hendaklah ditambah dan bukannya dikurangi. Mudah-mudahan Allah memperkukuhkan persatuan, kesatuan dan ketuanan Melayu - Islam di rantau Nusantara Tanah Melayu khasnya dan segala pelusuk dunia amnya dengan jah Baginda Muhammad SAW. Selamat Menyambut Mawlid Junjungan Nabi SAW.
Isnin, Januari 21, 2013
Kenapa halang kami ? - Syaikh Mutawalli
Bagi sesiapa yang tidak suka melihat kaum muslimin menyambut kelahiran pembawa cahaya hidayah, Junjungan Nabi SAW, maka renungi kata - kata seorang alim besar, Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi rahimahullah yang beliau utarakan dalam "Ma-idah al-Fikr al-Islamiyyah" halaman 295 yang bermaksud:-
“Jika setiap ciptaan yang dijadikan, hatta yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda SAW dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda SAW, maka kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda SAW ?.”
Maka, jika pun kita tidak suka akan sambutan mawlidnya baginda SAW, maka apa pula hak kita untuk menghalang orang lain untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Janganlah terpedaya dengan fatwa otai kat Saudi yang jelas "double standard". Menyambut mawlid difatwakannya sebagai perbuatan syirik yang tiada asas dalam agama tetapi menyambut hari kebangsaan Saudi boleh pulak bahkan dianjurkan agar dijadikan sebagai hari kesyukuran. Apa besar sangatkah nikmat hari kebangsaan deme tu berbandingkan hari kelahirannya Penghulu sekalian alam yang membawa panji-panji hidayah ? Poning .... poooniiinnggggggg....
Sabtu, Disember 29, 2012
Abu Talib Mukmin ?
Entri ini ese tulis dengan berat hati kerana ianya berhubung kait dengan seorang individu yang telah berjasa memelihara dan membela Junjungan Nabi SAW. Namun, atas pertanyaan bertalu-talu beberapa ikhwan tentang pencerahan yang dibuat oleh beberapa asatizah kita yang dianggap sebagai saling bertentangan, maka ese tuliskan juga entri ini dengan harapan agar persoalan yang telah ditimbulkan dapat ditanggapi dengan sewajarnya.
Jika kita katakan bahawa ustaz si fulan menyatakan Abu Talib beriman, manakala ustaz si fulan pula mengatakan bahawa Abu Talib tidak beriman, maka ese katakan bahawa perbezaan pandangan dalam hal ini adalah wajar kerana sememangnya para ulama muktabar Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak pernah sependapat mengenai keimanan Abu Talib. Kebanyakan ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah berpandangan bahawa, menurut nash yang mereka kaji dan teliti, Abu Talib tidak pernah masuk Islam atau menyatakan keimanannya sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Sungguhpun begitu, ada juga ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi mereka ini, Abu Talib adalah seorang mukmin. Di antara tokoh yang menyokong pendapat ini adalah al-'Alim al-'Allaamah as-Sayyid Muhammad bin Rasul al-Barzanji asy-Syafie (1040H - 1103H) rahimahullah dan Syaikhul Islam, Mufti Baladil Haram, Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan ( 1232H - 1304H) rahimahullah, pengarang kitab "Asnaal Mathaalib fi najaati Abi Thaalib". Selain daripada pendapat yang mensabit dan yang menafi keimanan Abu Talib tersebut, ada lagi pendapat ketiga yang dipegang oleh sebahagian ulama yang mengambil sikap bertawaqquf mengenai perkata ini. Maka boleh disimpulkan bahawa ada tiga pendapat ulama dalam hal beriman atau tidaknya Abu Talib.
Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah berketurunan Ahlul Bait juga tidak sependapat dalam hal ini. Walaupun ramai yang cenderung dengan pendapat bahawa Abu Talib itu seorang yang beriman dengan Junjungan Nabi SAW. Namun ada juga di antara mereka yang menyatakan bahawa Abu Talib termasuk dalam golongan orang yang kekal di neraka. Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi rahimahullah dalam syarah beliau bagi qasidah guru beliau Imam al-Haddad rahimahullah yang dikenali sebagai "Syarhul - `Ainiyyah" pada halaman 370 menyatakan, antara lain sebagai berikut:-
Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah berketurunan Ahlul Bait juga tidak sependapat dalam hal ini. Walaupun ramai yang cenderung dengan pendapat bahawa Abu Talib itu seorang yang beriman dengan Junjungan Nabi SAW. Namun ada juga di antara mereka yang menyatakan bahawa Abu Talib termasuk dalam golongan orang yang kekal di neraka. Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi rahimahullah dalam syarah beliau bagi qasidah guru beliau Imam al-Haddad rahimahullah yang dikenali sebagai "Syarhul - `Ainiyyah" pada halaman 370 menyatakan, antara lain sebagai berikut:-
Dan yang kedelapannya (yakni dari bentuk-bentuk syafaat Junjungan Nabi SAW): (Memberi syafaat) dengan meringankan azab bagi seseorang yang kekal dalam api neraka seperti Abu Talib dan apa yang datang tentang Abu Lahab di mana dia mendapat keringanan (azab) pada setiap Isnin kerana kegembiraannya atas kelahiran Junjungan Nabi SAW dalam kisahnya yang masyhur.
Oleh itu, adalah lebih baik jika kita biarkan sahaja masalah beriman atau tidaknya Abu Talib sebagai suatu masalah yang mana para ulama kita telah bersetuju untuk berbeza pendapat. Makanya, hendaklah kita menjaga adabul ikhtilaf, dengan masing - masing saling menghormati dan meraiekan pandangan yang berbeza walaupun tidak bersetuju dengannya. Jika al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll as-Senari hafizahullah menyatakan pandangan beliau bahawa Abu Talib itu seorang yang beriman, maka itu bukanlah satu masalah kerana beliau mempunyai sandaran daripada kalangan para ulama Ahlus Sunnah yang muktabar seperti Sidi Ahmad Zaini Dahlan rahimahullah. Begitulah juga dengan al-Fadhil Ustaz Zainul Asri hafizahullah yang menyatakan sebaliknya, beliau juga bersandarkan kepada pandangan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang lain.
Apa yang penting, dalam keghairahan kita membincangkan keimanan orang lain, jangan pula kita lupa melihat kepada keimanan diri kita. Nanti di akhirat sana, pasti kita akan ditanya tentang keimanan kita sendiri. Tidak kurang juga pentingnya bagi kita untuk sentiasa menjaga adab dengan Junjungan Nabi SAW, jangan sampai kita bersikap biadab dengan baginda atau menyakiti hati baginda dengan mencela kaum kerabat baginda seperti Abu Talib. Biarlah urusan Abu Talib kita serahkan sahaja kepada baginda kerana Abu Talib itu adalah paman baginda yang dikasihinya. Mudah - mudahan Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih - sayangNya kepada para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, kepada para ustaz kita yang ikhlas dalam dakwah dan penyebaran ilmu dan juga kepada mukminin mukminat sekaliannya....Allahumma aamiin.
Rabu, Disember 26, 2012
Berkirim Salam Kepada Junjungan SAW

Telah sampai kepada ese akan perkataan seorang ustaz yang menyalahkan perbuatan sebahagian umat berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui jemaah haji / umrah. Menurut beliau perbuatan tersebut adalah satu amalan yang salah dan menyeleweng, yang tiada sandaran sama sekali daripada para ulama yang muktabar. Allahu ... Allah, alangkah baik jika sekiranya kita sebelum mengeluarkan pendapat dan/atau fatwa sedemikian, mentelaah dahulu kitab - kitab turats para ulama. Mungkin juga beliau hanya menelan bulat - bulat fatwa ulama Nejd yang menyalahkan amalan tersebut, tanpa mengambil kira pandangan dan fatwa para ulama lain.
Sebenarnya, tiada kesalahan untuk seseorang menyampaikan salam atau berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui orang lain yang menziarahi makam baginda di kota suci Madinah al-Munawwarah. Qadhi Iyadh al-Yahshubi rahimahullah dalam kitab beliau yang masyhur, "asy-Syifaa` bi ta'riifi huquuqil Musthafa" pada juzuk ke-2 halaman 85 menyatakan:-
"Daripada Yazid bin Abi Sa`id al-Mahriy yang berkata: "Aku telah datang mengadap Khalifah 'Umar bin `Abdul `Aziz, ketika hendak pulang, beliau berkata kepadaku: "Aku mempunyai satu hajat daripadamu, apabila engkau datang ke Madinah dan menziarahi kubur Nabi SAW maka ucapkanlah kepada baginda salam daripadaku." Dalam riwayat daripada orang lain dinyatakan bahawa Khalifah `Umar mengutus salamnya kepada Nabi SAW melalui surat yang baginda hantar dari Syam."
Oleh itu, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika amalan berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW ini dibenarkan oleh para ulama kita. Imam an-Nawawi rahimahullah dalam kitab "al-Idhah fi manaasikil hajj wal `umrah" pada halaman 453 menyatakan:-
"Kemudian, jika seseorang berpesan kepadanya (yakni berpesan kepada si penziarah) untuk menyampaikan salam kepada Junjungan Rasulullah SAW, maka disampaikannya dengan mengucapkan: "as-Salamu 'Alaika, ya RasulAllah min fulanibni fulan" (Salam kesejahteraan atasmu wahai Utusan Allah daripada si fulan anak si fulan ) atau "Fulanubnu fulan yusallim 'alaika, ya RasulAllah" (Si fulan anak si fulan mengucap salam kepadamu, wahai Utusan Allah) atau dengan ucapan lain yang seumpamanya."Menurut Syaikh `Abdul Fattaah bin Husain bin Ismail bin Muhammad Thayyib Rawah al-Makki (1334H - 1425H) rahimahullah dalam "al-Ifshaah 'ala masaail al-Iidhaah", hukum menyampaikan kiriman salam yang dipesankan seseorang kepada Junjungan Nabi SAW adalah sunnat sahaja kerana tujuan berkirim salam tersebut adalah semata-mata untuk bertabarruk dengan Junjungan Nabi SAW.
Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol "Fadhilat Haji" pada halaman 204 - 205 menyebut:-
" ......., mungkin seorang lain yang telah menyuruh kamu untuk menyampaikan salamnya kepada Rasulullah SAW. Dengan demikian sampaikan salam secara demikian: (Salam ke atasmu ya Rasulullah, daripada orang ini bin orang ini yang memohon syafaatmu dengan Allah bagi pihaknya)
Jika ini menjadi satu kesukaran untuk diucapkan di dalam bahasa Arab, maka lakukanlah di dalam bahasa Urdu atau di dalam bahasamu sendiri. Imam Zurqani (Zarqani) rahmatullah `alaihi berkata: "Jikalau seorang telah meminta kamu menyampaikan salam dan kamu telah menerimanya dan berjanji untuk melakukannya, maka ianya menjadi wajib untuk menyampaikan perutusannya kerana ia adalah seumpama memegang amanah yang diterimai oleh seseorang. Ithaaf menyatakan bahawa daripada kalangan orang - orang dahulu telah menjadi adat sejak beberapa kurun untuk mengutuskan salam mereka kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan orang lain. Sebenarnya setengah pemerintah - pemerintah pernah menghantar satu utusan khas yang bertugas menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW seperti Umar bin Abdul Aziz RA pernah lakukan."
Oleh itu, memfatwakan bahawa amalan berkirim salam kepada Junjungan Nabi SAW melalui seseorang sebagai salah dan menyeleweng adalah fatwa yang gegabah. Ini adalah kerana rata-rata ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jamaah, membenarkannya. Di sisi sebahagian ulama, adalah menjadi kewajipan kepada orang yang dipesan untuk menyampaikan kiriman salam tersebut kepada Junjungan Nabi SAW, manakala sebahagian yang lain hanya menghukumkannya sebagai sunnat sahaja untuk disampaikan kepada Junjungan Nabi SAW. Maka, kita boleh, bahkan digalakkan untuk mengucapkan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW di mana jua kita berada. Ucapan sholawat dan salam kita akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT dan akan disampaikan kepada Junjungan Nabi SAW oleh Allah SWT melalui para malaikatNya, sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa hadits, antaranya hadits yang diriwayat oleh Imam Ahmad RA daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-
إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً سَيَّاحِينِ فِي الأَرْضِ ، يُبَلِّغُونِي عَنْ أُمَّتِي السَّلامَ
"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang ditugaskan berjalan ke serata pelusuk bumi untuk menyampaikan kepadaku salam umatku."
Langgan:
Catatan (Atom)








