Qadha Sholat 6
Ikhwah, jangan marah dan boring, sekali lagi kita nuqil kata ulama berhubung masalah qadha sholat fardhu dan sholat sunnat. Ini petikan dari mukasurat 42 juzuk 2 kitab "Bahrul-Madzi" karangan Syaikh Muhammad Idris 'Abdur Rauf al-Marbawi al-Azhari (Tokoh Ma`al Hijrah Pertama), katanya:-
91- Masalah:
- Qadha sembahyang dengan segera. (Kata Nawawi) bermula kehasilan mazhab bahawasanya apabila luput akan dia oleh satu fardhu wajib qadhanya.
- Dan jika luput ia dengan uzur sunnat qadha atas bersegera dan harus takhirnya atas qawl yang sahih dan dihikayatkan daripada Baghawi dan lainnya akan satu wajah bahawasanya tiada harus ia.
- Dan jika sembahyang itu luput dengan tiada uzur wajib qadhanya atas bersegera atas qawl yang asah. Dan kata qil tiada wajib atas segera bahkan harus baginya takhirkan.
- Kata di dalam (Fiqh al-Madzahibil Arba`ah) wajib qadha sembahyang yang luput itu dengan segera sama ada ia luput dengan uzur atau tiada uzur (melainkan Syafi`i, maka ialah sebagai kata Nawawi di atas itu) dan tiada harus takhirkan qadha melainkan kerana halangan seperti berusaha bagi menghasilkan rezeki dan menghasilkan ilmu yang wajib atasnya akan sebagai wajib 'aini dan seperti makan dan tidur, dan tiada terangkat yakni tiada lepas dosa sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja itu dengan semata-mata qadha bahkan tak dapat tiada dengan taubat sebagaimana tiada lepas qadha sembahyang dengan semata-mata taubat bahkan maulah dengan qadha kerana bahawasanya setengah daripada syarat taubat itu meninggalkan daripada dosa dan orang yang taubat dengan tiada qadha itu tiadalah ia orang yang meninggalkan daripada dosanya.
- Dan haram pada mazhab Syafi`i atas orang yang atasnya beberapa sembahyang luput yang wajib qadha dengan segeranya itu bahawa ia mengerjakan sebarang sunnat sama ada ia sunnat ratibah atau lainnya hingga lepas dirinya daripada segala fardhu yang luput.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan